LANGKAH MULA DAN AKHIR LANGKAH


Aku tak pasti apa yang aku mahu katakan dengan tajuk entry aku kali ini...
Tapi aku jugak pasti yang korang pun tak faham dengan apa yang aku nak kata tentang hal ini. Tetapi jika aku katakan setiap yang mula pasti akan berakhir, aku percaya korang tidak ragu dan tidak menolak kenyataan itu kan ? Ok la tak perlu korang nak pecah kepala nak fikir tentang tajuk entry aku kali ini, lebih baik korang tumpukan apa juadah berbuka puasa korang petang ini. Anggap lah makan itu lebih penting dari puisi dari bahasa gila ini.

Hari ini 1Ramadhan agak istimewa sikit sebab masuknya Ramadhan Al Kareem jatuh pada 10 Julai bersamaan tarikh lahir aku. So... ada laaa makan makan sikit sikit yang kebetulan jap lagi time berbuka puasa ! Hahaha. Harap harap korang jangan tanya la apa makan makan yang akan aku telan sebentar lagi... cuma yang boleh aku katakan kat korang, yang bakal aku makan kejap lagi ialah jenis makanan orang orang yang tak berduit....  korang paham tak maksud aku nie ? Kalau faham baguslaaa.... hehehe

Ooo yea sebelum aku lupa... korang mungkin tak perasan entry ' Langkah Mula dan Akhir Langkah ' adalah entry pertama aku untuk tahun 2013 ini. Kejam betul kan diri aku nie... sanggup tinggalkan kampung halaman sendiri demi menjual muka di muka buku. Pasa awalnya memang aku tak mau kemana-mana aku selesa di halaman aku sendiri.... tapi lama kelamaan aku semakin bersendiri apabila kawan-kawan mula berhijrah ke muka buku aku jadi sepi.... aku gagal bertahan di halaman ku sendiri lalu aku juga berhijrah.

Kini aku kembali pulang ke halamanku dengan tidak membawa apa apa... pulang dengan tangan kosong dan kosong dada mungkin bawak dosa.... pahala ? huh... itu aku tak berani nak cakap ! (sekarang sudah masuk waktu berbuka puasa korang makan la dulu.... bagi aku cukup la apa yg ada di depan aku nie tak banyak mana pun macam aku cakap tadi la makan cara orang tak ada duit....) Ok sementara korang berbuka puasa nie aku type habiskan sikit lagi entry aku nie... malas aku nak tinggalkan tempat duduk.... aku cuba habiskan sikit lagi

Masa korang sedap sedap makan tadi ada tak korang teringat mak atau abah korang tak kira la yang masih ada atau yang sudah pergi lebih awal..... ok itu jea la yg aku nak tanya korang ! Jmpa lagi di next entry....

0 Cucuk Satay Tak Habis Makan... Comment Sikit !:

Related Posts with Thumbnails

Lorem Ipsum

E-mail kan kepada..... sheikh@mytownkajang.com

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP