Malaysia semakin hancur

"Kalau kau nak rogol akupun rogollah, aku tak kisah!!" gambar diatas ialah S. Kalaichelvi... mula-mula dirogol, kini dia dipenjara....


Kalau korang seorang wanita dan rumah korang dicereboh, lalu muncul seorang lelaki mahu merogol korang, apa korang akan buat? Adakah korang akan mempertahankan diri atau membiarkan saja si-lelaki jahanam itu meratah diri korang sesuka hatinya? Kebanyakan wanita pasti akan melawan, biarpun nyawa menjadi taruhan tapi menyerah mahkota kesucian mereka tidak sekali!!

Dan di Ipoh semalam kes seorang isteri yang cuba dirogol oleh seorang lelaki yang tak dikenalinya berakhir dengan kisah menyayat hati apabila wanita yang menjadi mangsa rogol itu telah dihukum penjara kerana tindakannya melawan perogol tersebut telah menyebabkan kematian perogol berkenaan. Dan kerana perbuatan mempertahankan dirinya itu, Mahkamah Tinggi Ipoh semalam telah menjatuhkan hukuman penjara dua tahun ke atas S. Kalaichelvi, 24 tahun, seorang suri rumah selepas dia mengaku bersalah menyebabkan kematian seorang lelaki yang cuba memperkosanya pada tahun lepas.

Hakim Datuk Zainal Adzam Abid. Ghani memerintahkan S. Kalaichelvi menjalani hukuman tersebut selepas mengaku bersalah menyebabkan kematian M. Kumaran, 29, di dalam rumahnya di Taman Bistari, Ayer Tawar, Manjung di antara pukul 3 hingga 3.30 pagi pada 7 Januari 2010.

Mengikut fakta kes, perogol itu menceroboh rumahnya ketika suami wanita itu tiada di rumah. Wanita itu walaupun cuba dikasari oleh lelaki jahanam itu tapi dia dapat melarikan dirinya ke dapur dan sempat mencurahkan serbuk cili ke mata perogol itu. Dalam keadaan matanya yang pedih, perogol itu masih cuba untuk mendapatkan Kalaichelvi, tapi wanita tersebut dengan pantas mencapai sebatang besi dan memukul kepala lelaki yang cuba merogolnya. Pukulan itu menyebabkan si-perogol itu mati di dalam rumahnya.

Hakim Zainal Adzam dalam penghakiman bertulisnya berkata, Kalaichelvi sepatutnya dihukum lebih berat kerana melakukan pembunuhan kejam terhadap perogol tersebut.

Hakim kata Kalaichelvi telah melakukan "pembunuhan kejam", tapi pada pandangan korang perbuatan merogol orang itu tak kejamkah? Jika korang menjadi wanita itu, adakah korang akan menyerah diri kepada perogol itu tanpa melawan atau bertindak berani untuk mempertahankan diri seperti yang dilakukan oleh Kalaichelvi?

Jika Kalaichelvi hanya membiarkan dirinya diperkosa dan lepas itu pergi ke balai polis membuat laporan, dia pasti tak akan dihukum penjara dua tahun. Perogol itu mungkin akan dipenjara dan lepas keluar penjara dia akan mencari Kalaichelvi untuk merogolnya sekali lagi atau mungkin akan pergi mencari wanita lain, termasuk kakitangan Mahkamah untuk merogol mereka pula. Atau jika tak bernasib baik mungkin selepas merogolnya, perogol itu akan membunuh Kalaichelvi untuk menghapuskan bukti!!

Jika JR adalah wanita itu, JR juga akan bertindak sepertinya. JR lebih rela mempertaruhkan nyawa dari menggadai maruah!! JR sekali-sekali tak akan meminta belas kasihan perogol itu sambil berkata, "Kalau kau nak rogol akupun rogollah, aku tak kisah!!"

Read more...

Siapa Rafizi Ramli


Lahir: 14 September 1977
Tempat Lahir: Besut, Terengganu
Membesar: di Kemaman dan Kuala Kangsar

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN

Pendidikan awal @ Sekolah Rendah Sultan Ismail, Kemaman (1984 – 1989)
Kolej Melayu Kuala Kangsar (1990 – 1994)
Anugerah Carey/Bolkiah sebagai Pelajar Terbaik Keseluruhan

Pingat Emas Presiden Kesatuan Pelajar
Anugerah Pelajar Terbaik SPM 1994 (Fizik, Bahasa Melayu)
Anugerah Pelajar Terbaik SRP 1992
Johan Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri 1992 dan 1993 antara sekolah-sekolah berasrama penuh
Pembahas terbaik Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri 1992 dan 1993 antara sekolah-sekolah berasrama penuh
Johan Pertandingan Bahas Piala Sri Paduka Sultan Perak 1993
Presiden, Badan Revolusi Agama
Presiden, Pancaragam Tentera
Presiden, Persatuan Bahasa Melayu
Ketua Pengarang, The Malay College Magazine
Dianugerahkan biasiswa PETRONAS (Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik) dan ESSO (Geology) sebelum keputusan SPM diumumkan
Morrison’s Academy, Scotland (1995 – 1996)

Anugerah AD Kippen, Pelajar Terbaik Fizik A-Levels 1996
Anugerah John Knox, Pelajar Terbaik Kimia A-Levels 1996
Pengawas
Orkestra Morrison’s Academy
Leeds University (1996 – 1999)

Anugerah Arthur Crabtree 1997, Pelajar Terbaik Tahun Pertama Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik
Ijazah Kelas Pertama (Tahun Pertama dan Kedua)
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik
LATAR BELAKANG KERJAYA

Jeffreys Henry Chartered Accountants, London (1999 – 2003) lulus semua peperiksaan akauntan bertauliah dengan Institute of Chartered Accountants in England & Wales (ICAEW) dalam masa 2 tahun
diterima sebagai ahli ICAEW pada 2003, selepas tamat tempoh minima latihan di firma perakaunan diterima sebagai ahli Malaysian Institute of Accountants (MIA) pada 2003 apabila pulang ke Malaysia PETRONAS/MTBE Malaysia Sdn Bhd (2003 – 2005)

Pengurus, Propane Dehydrogenation Plant
Pengurus termuda semasa dilantik
PETRONAS/Pejabat Naib Presiden, Urusniaga Petrokimia (2005 – 2007)

Pengurus Kanan (Perancangan Perniagaan, Operasi dan Teknologi Urusniaga Petrokimia)
Pengurus Kanan termuda semasa dilantik

Bertanggungjawab menguruskan kumpulan urusniaga petrokimia PETRONAS dengan aset melebihi RM30 bilion
PETRONAS/Petronas Carigali Sdn Bhd (2007 – 2009)

Pengurus Kanan (Perakaunan, Belanjawan dan Percukaian Antarabangsa)
Bertanggungjawab menguruskan hal ehwal kewangan 51 anak-anak syarikat PETRONAS Carigali yang terlibat dengan operasi huluan di peringkat antarabangsa, membabitkan belanjawan tahunan melebihi RM20 bilion
Pharmaniaga Berhad (2009)

Pengurus Besar
Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor (2009 – )
Ketua Eksekutif

-------------------------------------------------

p/s : Rafizi, Betul ke anda bekas presiden pelajar sedunia sewaktu anda pelajar di Uk dahulu dan betulkan tony blair waktu itu presiden pelajar Uk hendak mengenakan yuran setiap pelajar 1000 us dolar setahun tapi anda membatalkannya? dan betulkah anda lebih dihormati disana berbanding Khairy? bukan gua nak bodek tapi sedikit info aku dapat dari budak junior beliua sewaktu anda student sana? kalau betul perghhhh salute.

sumber dari
networkedblogs

Read more...

Hiking di Pagi Ahad Sunday Morning



Pagi Ahad Sunday Morning.... Aku sebenarnya jarang keluar hiking hari minggu, kalau aku keluarpun cuma buat aktiviti outdoor yang ringan-ringan jea, such as hiking kat Pasar Tani atau kat Giant Market, jadi sweeper... jalan belakang bini sambil bawak bakul atau pun tolak troli, pendek kata jarang la masuk utan hari minggu.

Sebelum tue aku memang cadang nak hiking di Trail Wild Cherry masa hari sabtu sehari sebelum tue, tapi disebabkan adanya Perhimpunan Bersih 3.0 maka aku terpaksa batalkan niat aku aritu. Semua jalan yang menuju pusat bandar banyak yang ditutup. Memang la aku nak masuk hutan bukan nak ke bandar, tapi disebabkan banyak sekatan jalanraya semuanya akan jadi leceh ! Sedangkan trail Wild Cherry tue kena masuk bandar dulu sebelum menghala ke starting point dia sebab aku datang dari arah Kajang...
  
Apa yang membuatkan aku suka sangat meredah bukit bukau mendaki gunung turun ke lurah...? tak penat ker ? tak bahaya ker ? ada jumpa apa-apa tak ? So aku jawab kat sini... dengan jawapan yang simple iaitu.... Aku Sebenarnya Bosan dengan Lemak yang Bergayut di Perut Aku... Maka Aku Perlu Buang dia Jauh-jauh. ! Hahaha
* Rosita Mak Ngah Ita.. sedang berfikir nak terjun ker tak di air yg jernih itew... *
Ok la balik pada cerita Pagi Ahad Sunday Morning... hari tue kami tak ramai cuma berdua jea dengan Mak Ngah Ita yang kebetulan dia pun free hari tue, yang lain tah kemana tah barangkali saja tak nak keluar nak tengok rancangan Melodi di TV3Suku... maklum la ari tue hari minggu !

Trail Wild Cherry nie tak la mencabar sangat bukit bukaunya, dan jugak tidak la terlalu tinggi, ada la jugak laluan landai menurun dan menaik. Sangat sesuaila bagi yang baru nak cuba-cuba nak berjinak dalam aktiviti Buang Lemak Badan.Tapi jika tak biasa beraktiviti begini lidah boleh keluar sampai ke pusat jugak...! Apa pun itu cuma di peringkat awal, nanti lama kelamaan ok jea ! Trail wild Cherry jugak ada banyak laluan laluan terbuka yang pastinya panas meletup jika lalu (start) lewat pagi. kalau tengahari lagi la... berasap kepala. Macam yang korang tengok gambar yang no 2  tue !
Bunga nie Orang Cina panggil Misai Dragon
Aku jawab sms... hang kat mana ?
Ada dapat jemputan makan makan tak kat rumah Haji Razali...

Sorri la aku tiba tiba malas nak type untuk sambung entry pasal Pagi Ahad Sunday Morning.... perut aku lapar sebenarnya. Korang tak nak belanja aku makan ker dah tengahari dah nie !?

Enjoy gambar jea la yea !


Read more...

Di Dunia Yang Lagi Satu

Banyak Duit bukan bererti Hidup Senang. Senang Hidup bukan bermakna duit banyak.
Maka aku pilih yang senang-senang jea !

Banyak duit bukan bermakna orang kaya. Orang yang kaya tidak semestinya banyak duit.
Aku tak nak duit.... tapi aku pilih nak jadi Orang Kaya only !

Ada harta tidak bermakna hidup senang... Hidup susah tidak semestinya tiada harta

Yang ini aku tak nak banyak, tak nak sikit... Bagi aku ngam-ngam cukup la,
janji aku selesa di sana... di dunia yag lagi satu !

Read more...

Siapa Yang Makan Cili

Siapa yang makan cili dialah yang terasa pedas. Jika korang yang makan cili maka korangla yang terasa pedas... betul kan cakap aku nie ? Tapi kannnn.... korang kena percaya jugak, bahawa tidak semestinya pedas itu hanya datang dari cili. Rasa pedas yang kita rasa pun bukan semestinya di dalam mulut atau sekitar tekak tetapi telinga pun boleh jugak berasap menahan pedas.

Ini contoh aku nak bagi tau korang... " hang kalu nak jadi menantu aku, tauk(campak) moto honda cup hang tue dalam sungai, pas tue ganti Proton model terbaru... barula hang layak jadi menantu aku...." Pedas tak ? bukan kerana makan cilikan ? Pedas itu di telingakan ? dan pedas itu kerana mulutkan ? 

Dalam satu hal yang lain pedas nie jugak kadang-kadang datangnya dari mulut ustaz-ustaz yang mengajar di majlis-majlis ta'alim di masjid-masjid atau di surau-surau..... ceramah la senang cakap ! Contohnya bila ustad cerita isi syurga dan penghuninya, melopong jea mulut dengar dengan penuh takjub, terasa macam dah kompom masuk syurga. Bila ustad cerita bab keadaan di neraka pulak, tunduk jea masing-masing... dengan penuh keinsafan... layuuuu jea semacam ! Tetapi bila ustad bukak kitab pada bab yang menyatakan HUDUD.... haaaaa masa nie la ada telinga-telinga yang rasa tersangatla pedasnya. Maka berkatalah mereka itu bahawa mulut ustad sangat pedas dan pedas ini sangat terasa... lalu sampai di telinga-telinga mereka ! Ha ha

Ishhh.... terasa malas la pulak aku nak sambung lagi cerita Siapa Yang Makan Cili nie... Lagi panjang cerita, lagi la bertambah pedas nanti, Itu belum lagi cerita Pukul Anak Sindir Menantu.... itu pun pedas jugak tue ! Makan satay jea jika tak mau pedas.... Ok la yea...! 

Read more...

Bukit Tabur

BUKIT TABUR nie terletak di belakang Taman Melawati Ulu Kelang. Ia dikenali jugak dengan nama Dragon Back Bone... tak la susah sangat nak cari jika nak ke sini, senang cakap kat Kelang Gate la.... tempat budak-budak ponteng sekolah zaman aku sekolah dulu... sekarang nie tak tau la pulak aktiviti ponteng sekolah kat situ masih subur atau tidak ?

Harap harap pelajar sekarang lebih insaf, tak dea pekdahnya ponteng sekolah. Mak bapak kena la pantau sikit kegiatan anak-anak... abang-abang polis pun rajin-rajin la round-round area tue.... janganla rajin sangat kerja kat Perhimpunan Bersih jea.. (aku dah nak mula melalut dah....)

Untuk nak share pemandangan Bukit Tabur nie korang tak ada jalan lain melainkan terpaksa mendaki melalui cerun-cerun yang curam yang berbatu, tapi yang bestnya laluan atau trail dia tak licin walau baru lepas hujan dan tidak jugak lecak. Bagaimanapun pengunaan kasut yang sesuai sangat la dinasihatkan.... pakai selipar bukan tak boleh... tapi orang benci tengok ! selekeh... Cara lain untuk naik ke atas Bukit Tabur nie ialah dengan menaiki helikopter itu pun jika mak bapak korang banyak duit... kalau tidak, mendaki jea la macam aku selalu buat.

Mendaki Bukit Tabur nie paling lama pun cuma mengambil masa dua jam jea itu pun rasanya untuk pendaki-pendaki yang pancit jenis tak cukup angin... macam aku la contoh dia.. yang membuatkan lama duk kat atas tue pasai saja nak lepak lama nak enjoy pemandangan atau jugak kerana terkena Sawan Photo !

Antara pemandangan yang korang boleh lihat jika korang mendaki Bukit Tabur nie ialah di sebelah kiri, korang boleh lihat Empangan Kelang Gate iaitu takungan air untuk kegunaan atau bekalan cuci berak, mandi dan minum untuk orang-orang Kuala Lumpur..... hehehe, Sementara di sebelah kanan pulak korang boleh nampak jelas bandaraya metropolitan Kuala Lumpur. Di sepuluh peratus terakhir pendakian menuju puncak Bukit Tabur nie korang akan terjumpa laluan berpermaidani hijau... memang cantik terhampar kalah carpet dari Kashmir

Gambar di atas nie menunjukan beberapa bahagian di kecerunan yang terpaksa turun dan naik dengan menggunakan tali. Situasi di sini memerlukan lebih daya tumpuan ketika melaluinya, jika tak berhati-hati banyak kemungkinan boleh berlaku ! Anda mungkin tak suka mengadakan kenduri tahlil hanya kerana Bukit Tabur.... paham tak cakap aku nie ?

Lagi cerun yang terpaksa dituruni sebelum terpaksa menaiki semula dalam usaha mencapai puncak Bukit Tabur. Aktiviti turun naik turun naik beginila saat-saat yang paling memboringkan (mentel bengang) bagi mereka yang berhajat menawan Bukit Tabur. Tapi nak buat macamana minat punya pasai...!

Aku sendiripun dah berapa kali dah mendaki Bukit Tabur nie sebenarnya. Bukit Tabur antara yang aku anggap cantik pemandangannya. Setiap kali datang ke sini selalunya ada saja terdapat keadaan yang berbeza-beza. Aku pernah mendaki Bukit Tabur nie waktu malam, awal pagi dan tengahari...
pendek kata terbaikkkk... laaar !

Emy senyum lebar selepas berjaya menawan Bukit Tabur.... Korang jika nak test power boleh la cuba try uji kemampuan korang.... InsyaAllah aku pasti korang akan terpesona dengan pemandangan yang menarik di Atas Bukit Tabur tue.....
Apa lagi siap-siap la cepat... Jom !

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Lorem Ipsum

E-mail kan kepada..... sheikh@mytownkajang.com

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP