Makan Ubi Rebus Lagi Bagus


Daripada korang sembang pasal sumpah lahanat baik korang makan ubi rebus, nie ha... Sedap pun sedap lemak-lemak berkerim gitu...! boleh cicah dengan gula campor kelapa parut, ada jugak yang cicah dengan sambal belacan... masuk mulut kunyah hancur-hancur and terus telan pun sedap jugak, nikmat ooo... makanan orang tua kita dulu-dulu ! *macam la yang tulis entry nie muda sangat... he he.

Cakap pasal ubi rebus cicah gula nie kan.... teringat pulak aku yang harga gula dah naik 20sen, bengang betul aku... 20sen tu bagi aku tak la besar sangat, tapi... tak jugak kecik ! sebabnya aku nie jenis Tea Tarik Mania, kalau harga tea tarik naik, cepat la kempis poket aku... !

Biasanya kalau ada apa-apa kenaikan harga barang sure suratkhabar tulis Kenaikan Ini Masih Jauh lebih Murah Berbanding Harga di Negara Jiran... betul tak kata aku ? Ini Lagu Lama yang diberi Napas Baru.... menyampah betul aku...! bukan aku sorang jea... semua la yang jenis gaji kecik macam aku... kalau yang jenis perasaan neutral jea, mungkin la jenis puak-puak tue... puak yang tak faham masalah problem !

InsyaAllah sikit waktu lagi Ron95 naik lagi... ! itu jam ramai yang kata, kami sekeluarga dah tak reti makan ayam... kami memang tak makan lembu kambing sebab itu punca darah naik... kami jugak tak makan ikan siakap sebabnya gini... Siakap Sinohong Gelama Ikan Duri, dah terbiasa Membohong lama-lama Makan Diri ! So apa lagi... untuk pilihan yang akan datang tak payah lagi pilih Siakap Sinohong Gelama Ikan Duri... !

Rasanya aku nie dah terbabas nie... cadang tadi nak cerita pasal ubi rebus tetiba terkutuk orang pulak... mintak maaf je ala zohir dan batin ! Soon aku nak cerita pasal outdoor aktiviti la pulak lama dah aku tak cerita pasal mendaki gunung !

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Lorem Ipsum

E-mail kan kepada..... sheikh@mytownkajang.com

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP