Memang Payah Bercakap Dengan Orang pekak



Aku gelak... memang aku gelak ! lain yang di tanya lain yang dijawab.
Orang kata bercerai dia kata..
Abu kenapa kau nak pergi sampai Gunung Jerai nie buat apaa ? hutan hutan...

Siti mintak saya nak jadi pelayan.. saya tak bagi...
Dia jawab..... Abu kau bukan tak tau abu... rumah aku nie jauh dari tepi laut kalau dekat senangggg....
senang apa bang... ?
Jadi nelayan.....

Orang cakap pelayan dia cakap nelayan... hahaha
Asal aku cakap semua tak kena semua salah salah salah....
Memang salah la bang.... lain di soal lain yang dijawab...
Astaghfirullahhaladzim... Siti tue ikut Ahmad Nawab ?

hahaha hahaha aku gelak lagi.... hahahaha

Read more...

Gunung Datuk

Mendaki Gunung Datuk tidaklah sesukar mana seperti yang digambarkan... sebelum nie banyak jugak aku baca bloggers blog dari kalangan pendaki yang mengatakan yang Gunung Datuk nie sangat mencabar, tapi aku rasa pendapat nie tak berapa tepat la.... kalau terasa mencabar mungkin kerana baru nak mula mencuba-cuba jadi pendaki. Sekiranya ada asas-asas bersukan macam main bola ker jogging ker tak ada masalah la nak tawan puncak Gunung Datok nie. Kalau tak berlaku hujan semasa mendaki atau pun hujan sehari sebelum mendaki semuanya akan menjadi lebih mudah.

Trail Gunung Datuk nie memangla sentiasa menaik hampir tak ada laluan landai... kalau ada pun kurang dari 50m jea... Dari starting point tu ada sungai dan selepas menyeberang sungai tue pendakian dianggap bermula la tue... ! Pada pendakian sepuluh minit pertama trail banyak batu-batu may be sikit slow la, lagi pun badan belum panas lagi lepas pada tu boleh la mengorak langkah boleh la jika nak speed tapi ingat la kawan -kawan yang tinggal belakang... jangan la nak menang sendiri jea ! Trail nie dianggarkan sebagai dua jam untuk sampai ke puncak itu kira pada kelajuan biasa la... kalau ada yang kurang angin faham-faham sendiri la... kenapa tak isix dulu kat petronas ker kat shell ker... Ha ha ha lawak bodoh la pulak... ! Aku sendiri pun amik masa satu jam tiga puluh lima minit jea aritu. Mungkin jugak la power lebih sikit berbanding biasa !

panaskan perut buang lemak boroy di Gunung Datuk

Kemuncak Gunung Datok nie keadaannya berbatu-batu tapi besar-besar jika nak lepak-lepak kat atas tue boleh la setakat dua puluh hingga dua puluh lima orang... Tapi awas aku nak ingatkan korang jangan suka-suka nak bergurau tak tentu pasal atas tu, kalau jatuh tah payah cari dah, just kumpulkan orang kampung buat majlis tahlil jea.. so ingat pesan aku nie !

korang boleh tengok gunung bontot tapi jangan tengok bontot aku nanti aku kentut !

Sebelum sampai ke puncak Gunung Datok tue pendaki perlu menaiki tangga untuk sampai ke atas tangga nie curam... sangat curam dan tinggi jugak cuba tengok kat gambar tue pada yang jenis gayat tue lu pikir la sendiri.... ! Hahahaha . Don vori la semua boleh lepas naik atas tue asal lebih berhati-hati itu jea syaratnya... mesti mau focus doh !

Ok la sampai sini dulu... nanti aku story-story pasal Gunung Nuang pulak tapi coming sohun la.... !

Read more...

Gunung Irau Cameron Highlands Trail Lord Of The Rings

Mendaki Gunung Irau tidak la banyak mengunakan tenaga, cuma banyak menguji ketahanan mental jea la... Dari base camp atau starting point hingga ker puncak cuma mengambil masa lebih kurang 4 jam jea, jika korang bukan jenis sawan bergambar sure awal dari tu boleh sampai to Irau summit ! (pic atas menunjukan papan tanda Puncak Gunung Irau)
Ini laluan berkayu yang menghubungkan antara Base Camp dengan permulaan trail pendakian... panjangnya laluan nie lebih kurang 500m lebih kurang. Ada jugak dua buah pondok yang dibangunkan untuk sesiapa yang nak enjoy pemandangan gunung ganang sekitar Brincang... tapi tu banyak bergantung kepada keadaan cuaca la, kalau berkabus macam aku lalu aritu apah pun tak nampak... nasib nasib la !
Inilah laluan yang terpaksa dilalui oleh pendaki-pendaki untuk sampai ker puncak... pemandangan memang menarix superb kata orang melayu... kebanyakan pokok-pokoknya di selaputi lumut... kata orang lumut-lumut tu dah ribu-ribu tahun yea ker tidak, aku tak pasti... tak sempat nak kaji lagi !
Trail nie sukar nak speed sebabnya laluan berlecak dan licin sebab tu amik masa yang lama sikit untuk sampai ker puncak adakalanya kaki termasuk dalam lumpur yang melebihi buku lali... lumpur dah la warna macam air gambir, sejuk pulak tue ! Trail nie pacat lintah tak ada tu yang best nya.
Cun oooo !
Trail Gunung Irau nie terkenal dengan pangilan Trail Lord Of The Rings... yea ker ? sebenarnay aku pun tak pernah tengok movie tue ! He he he. Memang cun pemandangan... lain banyak dari gunung-gunung yang pernah aku naik sebelum nie... !
Malam sebelum aku mendaki tu ada hujan tapi tak la lebat sangat tapi itu dah cukup buatkan keadaan lebih sejuk dan berkabus tebal laluan pulak menjadi lebih licin... Ada satu ketika aku terjatuh atas batang kayu yang tombang licin punya pasal.. nah kau ! terduduk, nasih baik telo aku tak pecah... ! hehehee
Inilah makanan yang aku bawak dari Brincang ker atas puncak Gunung Irau... jap aaaa nanti aku sambung sikit lagi cerita... ada kija nak wat ! tunggu tau.... !

klik gambar untuk besarkan !

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Lorem Ipsum

E-mail kan kepada..... sheikh@mytownkajang.com

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP