Gunung Datuk

Mendaki Gunung Datuk tidaklah sesukar mana seperti yang digambarkan... sebelum nie banyak jugak aku baca bloggers blog dari kalangan pendaki yang mengatakan yang Gunung Datuk nie sangat mencabar, tapi aku rasa pendapat nie tak berapa tepat la.... kalau terasa mencabar mungkin kerana baru nak mula mencuba-cuba jadi pendaki. Sekiranya ada asas-asas bersukan macam main bola ker jogging ker tak ada masalah la nak tawan puncak Gunung Datok nie. Kalau tak berlaku hujan semasa mendaki atau pun hujan sehari sebelum mendaki semuanya akan menjadi lebih mudah.

Trail Gunung Datuk nie memangla sentiasa menaik hampir tak ada laluan landai... kalau ada pun kurang dari 50m jea... Dari starting point tu ada sungai dan selepas menyeberang sungai tue pendakian dianggap bermula la tue... ! Pada pendakian sepuluh minit pertama trail banyak batu-batu may be sikit slow la, lagi pun badan belum panas lagi lepas pada tu boleh la mengorak langkah boleh la jika nak speed tapi ingat la kawan -kawan yang tinggal belakang... jangan la nak menang sendiri jea ! Trail nie dianggarkan sebagai dua jam untuk sampai ke puncak itu kira pada kelajuan biasa la... kalau ada yang kurang angin faham-faham sendiri la... kenapa tak isix dulu kat petronas ker kat shell ker... Ha ha ha lawak bodoh la pulak... ! Aku sendiri pun amik masa satu jam tiga puluh lima minit jea aritu. Mungkin jugak la power lebih sikit berbanding biasa !

panaskan perut buang lemak boroy di Gunung Datuk

Kemuncak Gunung Datok nie keadaannya berbatu-batu tapi besar-besar jika nak lepak-lepak kat atas tue boleh la setakat dua puluh hingga dua puluh lima orang... Tapi awas aku nak ingatkan korang jangan suka-suka nak bergurau tak tentu pasal atas tu, kalau jatuh tah payah cari dah, just kumpulkan orang kampung buat majlis tahlil jea.. so ingat pesan aku nie !

korang boleh tengok gunung bontot tapi jangan tengok bontot aku nanti aku kentut !

Sebelum sampai ke puncak Gunung Datok tue pendaki perlu menaiki tangga untuk sampai ke atas tangga nie curam... sangat curam dan tinggi jugak cuba tengok kat gambar tue pada yang jenis gayat tue lu pikir la sendiri.... ! Hahahaha . Don vori la semua boleh lepas naik atas tue asal lebih berhati-hati itu jea syaratnya... mesti mau focus doh !

Ok la sampai sini dulu... nanti aku story-story pasal Gunung Nuang pulak tapi coming sohun la.... !

8 Cucuk Satay Tak Habis Makan... Comment Sikit !:

Afida Anuar 19 January 2011 at 21:12  

Gunung Datuk ni kat mana pak shake? errr... :)

Kamsiah 21 January 2011 at 07:10  

oooo..ada hobi baru ya...panjat gunung....bagus..bagus...cintai alam semulajadi

Pak Shake 21 January 2011 at 09:41  

To Afida

Kek Rombau la... Nogorie Sombilan


To Kamsiah

Ha ha ha.... ini bukan hobi baru gila lama 15 thn dulu datang balik ! he he he

Suzi 22 January 2011 at 16:45  

amboi...asyik panjat gunung je sekarang ye...
tapi puaslah kan sbb dpt buat apa yg kita suka...

teruskan!

Naim 27 January 2011 at 12:24  

memang satu kepuasan bila sampai puncak.

- sudah lama tidak mendaki. terakhir panjat Chenuang, Hulu Selangor.

Norfa 29 January 2011 at 21:51  

oittt best ar g mendaki.. yg xtahan tgk tu siap meniarap lagi atas bukit..best benar gamaknya hehe

Suhaila Hashim 28 November 2012 at 10:56  

sy da panjat gunung ni...memang best..x lah susah sngat..

Related Posts with Thumbnails

Lorem Ipsum

E-mail kan kepada..... sheikh@mytownkajang.com

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP