Kita Memang Tiada Masa



Kita memang tiada masa... kerana kita sedang berpesta ketika ini. Kita memang tiada masa untuk mengajar kerana kita pun masih tahap kurang ajar.... He he he. Tetapi mengapa kita tak mau belajar ? yea tak yea jugak kan ? Apapun jawapannya tetap sama jugak, kerana kita Tiada Masa...

Cemas tak kita dalam hal nie ? mesti la cemas... gila la kalau tak cemas sedangkan kita tak punya banyak masa lagi, buatnya ajal sampai... apa kita nak jawab nanti ? I tak ada masa la... agak agak boley tak jawab gitu nanti ? Tak apa la jika kita memang tak ada masa, nak buat macamana kan... ? Apa pun kita memang betul betul tak ada masa jika tak mampu nak klik video 10 minit di bawah nie just hanya nak tahu di mana kita berdiri di masa ini ?

Read more...

Makan Ubi Rebus Lagi Bagus


Daripada korang sembang pasal sumpah lahanat baik korang makan ubi rebus, nie ha... Sedap pun sedap lemak-lemak berkerim gitu...! boleh cicah dengan gula campor kelapa parut, ada jugak yang cicah dengan sambal belacan... masuk mulut kunyah hancur-hancur and terus telan pun sedap jugak, nikmat ooo... makanan orang tua kita dulu-dulu ! *macam la yang tulis entry nie muda sangat... he he.

Cakap pasal ubi rebus cicah gula nie kan.... teringat pulak aku yang harga gula dah naik 20sen, bengang betul aku... 20sen tu bagi aku tak la besar sangat, tapi... tak jugak kecik ! sebabnya aku nie jenis Tea Tarik Mania, kalau harga tea tarik naik, cepat la kempis poket aku... !

Biasanya kalau ada apa-apa kenaikan harga barang sure suratkhabar tulis Kenaikan Ini Masih Jauh lebih Murah Berbanding Harga di Negara Jiran... betul tak kata aku ? Ini Lagu Lama yang diberi Napas Baru.... menyampah betul aku...! bukan aku sorang jea... semua la yang jenis gaji kecik macam aku... kalau yang jenis perasaan neutral jea, mungkin la jenis puak-puak tue... puak yang tak faham masalah problem !

InsyaAllah sikit waktu lagi Ron95 naik lagi... ! itu jam ramai yang kata, kami sekeluarga dah tak reti makan ayam... kami memang tak makan lembu kambing sebab itu punca darah naik... kami jugak tak makan ikan siakap sebabnya gini... Siakap Sinohong Gelama Ikan Duri, dah terbiasa Membohong lama-lama Makan Diri ! So apa lagi... untuk pilihan yang akan datang tak payah lagi pilih Siakap Sinohong Gelama Ikan Duri... !

Rasanya aku nie dah terbabas nie... cadang tadi nak cerita pasal ubi rebus tetiba terkutuk orang pulak... mintak maaf je ala zohir dan batin ! Soon aku nak cerita pasal outdoor aktiviti la pulak lama dah aku tak cerita pasal mendaki gunung !

Read more...

Video Hitam Putih


Video hitam putih... sapa nak tengok ? tak kebulur nak tengok pelakun tua dengan nyonya jual kangkung... lain la kalau aku yang tampan lagi gagah nie belakon, sure pecah panggung !

Rakyat tak nak lagi disajikan dengan cerita-cerita bodoh... faham tak ? Rakyat sekarang sedang menunggu bila kenaikan harga minyak akan berlaku... malam ini kah ? minggu depan kah ? atau bulan depan ? atau selewat-lewatnya selepas mengundi ? Rakyat lebih cemas menunggu berita ini dari cerita dan lakun layar dari pengarah yang munafik. Rakyat tak nak dengar siapa menang siapa kalah ! yang rakyat nak tau Bila Harga Minyak akan Naik ? sebab Rakyat nak buat bajet..... ! Paham tak nie apa aku cakap nie.... ?!

Ini video video nie apa cerita nie ? lawak tau... lawak ! kau tau tak lawak ? Sekarang mana ada orang nak tengok movie hitam putih... ? pelakun pulak jenis nyonya jual kangkong, sapa nak tengok... ? Eey, dengar sini... filem hitam putih nie cuma laku zaman P.Ramlee jea tau ! kalau P.Ramlee hidup lagi dia pun tak hingin nak buat pilem itam putih macam korang bikin tue ? Bodoh jenis apa korang nie ? Bodoh murakab ker....? bodoh jenis yang bersusun-susun.... ? hahaha gelak aku

Cerita helikopter terhempas dan menyebabkan pilotnya terkorban bukan satu hiburan pada rakyat sebaliknya rakyat nak tahu apa macam dua olang telejun tingkap... ? lagi ada ka nomo tiga punya...?

Tiba-tiba aku rindu Altantuya... mana pegi budak tue haa... ?

Read more...

Tiada Kata Secantik Bahasa


TIADA KATA SECANTIK BAHASA Aku hanya boleh ketawa dan gelak jea... U all boleh lihat sendiri melalui gambar di atas tue. Nak buat komen silakan... 'METCAM-MATCAM BULI' komen anda boleh buat, tiada sebarang paksaan ! Jika u all nak sama-sama gelak ketawa pun no problem, itu hak anda... ! Tapi jika U'll nak menangis jangan libatkan aku, itu bukan masalah aku... yang aku tau aku nak bergumbira sahaja !
TIADA KATA SECANTIK BAHASA ini bukan lagu bukan jugak puisi terpulang pada korangla nak tafsir bagaimana... ? aku tetap dengan cara aku... he he he gelak, gelak dan gelak sesekali aku tertawa... ! Ha ha ha. TIADA KATA SECANTIK BAHASA itu saja yang aku boleh kata... -------------------------------------------------------------------
RAWATAN TRADISIONAL
ini minyak gusuk metcam matcam buli baek :
lumpu
lukak gatar-gatar gigitan han jing
ta patuk ular
parampuan habis baranak

kenna ratsun

mati putcuk

salain dari ini sakit buli hubungi=N= TL=016-8153 526 P- Kadil
kaciwa sakit malawan ubat... ada sabab niya !

TIADA KATA SECANTIK BAHASA ha ha ha..... !

Read more...

Rindu Bertandang Lagi


Pertama kali aku dengar lagi nie kepala hotak aku tidaklangsung menghala kepada cinta sesama makhlok.... sebaliknya lagu nie bawak aku mengingatkan balik kenangan zaman belajar dulu...jelas kelihatan di ruang mata Room 116 kediaman aku masa tue. Aku nampak wajah Tok Guru mengadap kami setiap hari... terbayang geng geng yang seangkatan ketika tue. Aku ingat saat saat mentelaah kitab setiap hari, memasak membasuh semuanya DIY.

Malam-malam lepas bukak kitab aku lepak-lepak dengan dua tiga orang member sambil berstory-story kisah-kisah angan-angan nak kaween la, nak sambung belajar kat timur tengah la... macam-macam ! lepas tu tido....zzzz. Tidur ku kira lumayan jugak la... dengan sehelai toto sekaligus ku jadikan selimut jika keadaan memaksa Hahaha... walau tanpa tilam tebal sejengkal... hari ini aku rasakan tidur aku di sana terasa nikmat terbest yang pernah aku rasakan bernanding tidur di hotel, mungkin ketika tu kami semua tidur bersama malaikat kut...
korang nak caya boleh tak nak caya pun aku tak kisah !

Aku ingat lagi ketika melangkah buat pertama kali ker sana aku tinggalkan kemegahan dunia kerana aku ingin carix kesegaran dunia yang baru. Ada juga kawan-kawan aku macam tak caya aku memilih kembali "sekolah" setelah merantau kesana kemari. Depa tak caya aku pilih tali lehir ekor kat belakang dan menolak tie ikat kat tengkok... hehehe tapi itu semua kerja Tuhan tiada insan boleh membantah cayalah itu kehendak Tuhan....

Hari ini Rindu Bertandang Lagi...
Aku rasa sedih banget, rasa bersalah rasa bimbang macam-macam rasa... terkadang aku bertanya pada diri apakah Tuhan sudah tinggalkan aku atau... aku yang sudah meninggalkan Tuhan... Kepada Allah aku tidak mahu berputus dari rahmat Mu.. Maka ampunilah aku ampunilah kami berilah kami taufiq dan hidayah yang berterusan dalam kami menjalani kehidupan... Amin ya robbala'lamin

*pic di atas adalah pic Tok Guru Ustz Hj Latif yg dikenali sebagai Pak Teh.
*klik nikmat terbest to the lagu...

Read more...

Gunung Nuang

Mendaki Gunung Nuang
aku anggap sebagai tak kena jika aku tak try test...
Apa barang nama jea tinggal kat selangor tapi tak pernah layan Nuang, bukan jauh pun dari rumah ! Tak sampai 60km pun dari bilik tidor aku ha ha ha Puncak tertinggi di Selangor beb tak kan tak nak test power !

Ok aku nak story aku mendaki ari tue...
Biasanya aku mendaki dengan geng geng rock gunung Nyonya Pie Pie, John Harip, Nyonya Tun, Nyonya Hita, Non Patimah tapi aritu Si John Harip dengan Nyonya Hita gi Singapura si Nyonya Pie Pie domam tumbuh gigi Si Non Patimah pulak banyak kerja sekolah so aku shoot berdua denagn Nyonya Tun... berdesup sampai ker puncak !

Mendaki gunung nuang tak la semudah yang di sangka, boleh tahan jugak azabnya berbanding gunung gunung lain yang aku pernah mendaki azab itu rasanya perkara biasa jea bagi seorang pendaki, tapi bagi aku yang punya enjin power yang kurang dari 2000 cc nie panjang jugak la lidah dan terhangok-hangok nak menyampaikan ker puncak. Pendakian kali nie bukan la pendakian kali pertama tapi sebenarnya ini pendakian kali kertiga, maknanya tak banyak atau sikit tau jugak la keadaan lenggok trail gunung nuang macamana macamana !


Gunung Nuang nie lain sikit la pada aku.... dia punyer layan tu lain macam... Mula mula dari starting point(pic atas tu) menuju ker Kem Lolo. Untuk sampai ker Lolo Base Camp pendaki atau sesiap yang berhajat menawan Gunung Nuang mesti berjalan mengikut laluan lori balak jauhnya aku tak tau berapa.. aku tak sempat nak sukat tapi sampai Lolo satu jam setengah itu biasa... dua jam pun biasa aku dengar jalan dia beralun sikit ,ada la turun naik bukit sikit.. trail ini jugak dianggap jalan yang tak sampai sampai atau dalam bahasa jawa dipanggil never ending joloooon....

sepanjang trail nie ada la jugak didirikan pondok macam bas stop untuk orang yang kurang power, tak larat nak jalan boleh la rehat jap kat pondok tu, tapi jangan la pikir nak tunggu bas... mana nak carix bas dalam hutan nie, gila babi ker hapa... babi pun tak gila gitu ! hehehe
Jalan lagi jalan lagi jalan lagi sampaila ker penghujung jalan tadiiiiii... lepas tu jalan sikit lagi dan lalu jugak dua atau tiga batang sungai haaa... tue kira nak mula sampai la tue yang namanya Kem Lolo. Sampai Lolo Base Camp pun dah azab ooo mendaki belum lagi, tak payah la aku tunjuk gambat air terjun, nanti korang mendaki tidak berendam jea yg lebih... hahaha

Kem Lolo nie memang terkenal la dikalangan pendaki pendaki yang nak menawan Puncak Gunung Nuang. Kebanyakannya pendaki-pendaki bermalam dahulu Lolo Camp atau disebut jugak kaki Gunung nuang sebelum shoot ker puncak pada awal pagi esoknya.Di Lolo Camp nie yg bagusnya ia mudah dapat sumber air nak mandi pun mudah untuk tujuan masak memasak pun ok, air dia pulak bersih dan sejuk giler... air pun ada yang gila kan ? hehehe

Trail dari Kem Lolo Ker Kem Pacat..(tapi tak ada pacat pun) ha ha ha, dari sini kira mula mendaki la... Walaupun trail nie pendakian dia tak mendongak sangat, tapi laluan pendakian dia agak panjang ini pun sakit jiwa jugak ! hahaha Dalam keadaan speed biasa mau jugak amik masa satu jam setengah.Kalau yang jenis pancit dua jam pasti rasanya. Trail ker Kem Pacat nie laluan dia banyak laluan bertanah merah kalau hujan walau sehari sebelumnya sure licin trail dia, Kalau hujan masa mendaki baik gostan... tak payah carix bala laa... nanti nyusahkan kawan jea ! tu tak kira lagi pokok pokok tumbang yang besar besar semua tu menguji mental oooo...

Hari tu masa aku mendaki Gunung Nuang tue aku bertemu suatu benda yang aku tak pernah mintak untuk bertemu... korang nak tau apa ? sorry la aku tak nak bagi tau korang... cukup la aku katakan benda tu tersangat cun, cantik betul beb... aku pandang dia dia pandang aku... memang cun ! aku tengok dia macam senyum kat aku tapi aku takot nak balas... aku terpegun ! Ini kali kedua aku terserempak dengan benda cun dalam sejarah aku mendaki gunung. Kali pertama dulu di Gunung Ledang itu kira-kira empat belas tahun yang lalu lebih kurang laa... Aku cakap terus terang, aku memang tak nak jumpa benda benda macam nie... aku tak nakkkk... dah jumpa jugak kira rezeki la... !

Ok ok aku terus cerita pasal trail...
Lepas Kem Pacat akan jumpa pulak Kem Pengasih apa orang putih panggey apa haa Pengasih Camp ? Loving Camp la tue agaknya hahaha ! Kem Penagsih nie bukan untuk romen romen buat maksiat tapi ia adalah tempat rehat-rehat terakhir sambil minum-minum, sebelum pendakian ker puncak ! Trail dari Kem Pacat ker Kem Pengasih memang betul-betul tak ada rasa kasih langsung... laluan dia agak curam dan berbatu batu ada ketika kena mendaki kecerunan sembilan puluh darjah. Walaupun lalauan tidak sepanjang Lolo-Pacat tapi di sebabkan laluan dia banyak menegak berbatu-batu dan licin maka azab dia makin bertambah-tambah nak sampai sini pun may be amik satu jam atau satu setengah jam bagi yang jenis pancit... !

Dari Kem Pengasih pulak biasanya orang amik masa empat puluh minit hingga satu jam untuk sampai ker puncak Gunung Nuang Trail dia ok la... tak mencabar lagi dah sonang jea lepas nie laluan dia ada sikit berlumut-lumut ada la macam ala ala Gunung Irau gitu... dari Kem Pengasih trail dia menurun menurun menurunnnnn... lepas tu menaik menaik menaikkkk... sampaila puncak Ha ha ha ! Puncak Gunung Nuang nie tak la besar sangat boleh la setakat nak buat sekolah tadika dengan 40 orang murid. Sebagai tanda pulak puncak Gunung Nuang nie di tanda bierut betul ker tidak aku heja nie ? jangan korang bunyikan sebagai burit dah la sia sia aku terajang nanti ! alaa yang macam kemah besi tue... tue haa macam dalam gambar tue !

Ok la aku malas dah nak type panjang-panjang
nanti tidur aku pulak jadi pendek.

Kalau aku rajin nanti aku cerita pasal Bukit Broga pulak atau pun Gunung Tok Wan !

Read more...

Pine Tree Hill &Twin Peak di Fraser's Hill


Kami sampai di Fraser's Hill lebih kurang jam 6:50 pagi... dan pagi tue rezeki kami sangat bagus, kami disambut dengan hujan yang lebat jadi kami terus ke masjid tunaikan solat sementara menunggu hujan berhenti

Selesai buat tugasan di masjid kami bergerak menuju gerai... korang tau tak apa kitorang buat kat warung tue... ? makan pagi la... lagi mau tanya... ! Hujan masih turun kejap renyai kejap lebat, dalam hati kata... waduhh gawat dong kayak ginie... rencananya mau mendaki jam 8.30, tapi kok jam 9 pagi masih di sini.... gie mana nie sihh.. ! gue bisa mati konyol... sementara di sini sejuk bangat nihh.. !
Hujan dah mula berhenti... ada la pulak geng-geng dah mula kena penyakit Sawan Bergambar tapi aku tak kisah, lantak korang la nak posing kepala ke bawah ker, lutut atas dagu ker itu korang punya pasal... lagi pun aku tau bukan korang selalu sampai sini... kan ? kejap lagi ada azab menunggu... Hahahaa
*** Geng-geng di sini maksud aku merujuk kepada... si Harip si Pie Pie si Hita si Timah si Tun tapi si Nyonya Tun tak ada aritu dia balik kampung, kecemasan... kucing dia beranak songsang katanya and si Haku... haku tu pulak maksudnya Aku la tue !

Budak nie merayau jea kerja dia... bukan tau sejuk, lari sana lari sini... panjat sana panjat sini... Timah nama dia atau dikenali sebagai Elizabeth Timah anak saper la nie... ?

Ini laluan yang terpaksa di lalui oleh pendaki-pendaki yang berhajat untuk menawan puncak Pine Tree Hill dan puncak Twin Peak , pada hari pendakian kami aritu laluan berkabus agak tebal juga maklum lah lepas ujan, macam aku ceritakan kat atas tadi la... tue pun nak kena ingatkan balik... memang melayu nie mudah lupa.... !

Alamakkkkk.... pokok la pulak tumbang.... inilah antara halangan yg kami kena tempoh semasa pendakian ker Pine tree Hill & Twin peak ! tapi hal-hal yang macam nie memang biasa la dihadapi oleh mana-mana pendaki walau di gunung-gunung lain, tak ada benda-benda camnie pun tak best jugak ! nak yang lebih power punya cabaran pun ada !

Nie haa budak tadi... yang aku kata asik merayau tak kira apa jua keadaan.... hahaha last-last dia yang sampai dulu kat puncak Twin Peak sebelum tue dia jugak sampai dulu kat puncak Pine Tree Hill . Kuat betul ko yea Timah.. !

Alhamdulillah sampai jugak kami kat puncak Pine Tree Hill & Twin Peak ! gambar di atas nie menunjukan keadaan di puncak Twin Peak la tue ! Keadaan sentiasa dalam keadaan berkabus sejak mula sampai hinggalah waktu kami bergerak meninggalkan puncak Twin Peak tue... jika keadaan baik tentu dapat lihat pemandangan sekitar gunung-lain dari puncak sana... InsyaAllah aku nak naik balik sini... ada sesiapa yang nak hikut aku... ?

Nanti aku sambung.... aku nak kuar jap ader hal... itu pun kalau aku rajin harap-harap jangan termalas la nanti !


Read more...

Memang Payah Bercakap Dengan Orang pekak



Aku gelak... memang aku gelak ! lain yang di tanya lain yang dijawab.
Orang kata bercerai dia kata..
Abu kenapa kau nak pergi sampai Gunung Jerai nie buat apaa ? hutan hutan...

Siti mintak saya nak jadi pelayan.. saya tak bagi...
Dia jawab..... Abu kau bukan tak tau abu... rumah aku nie jauh dari tepi laut kalau dekat senangggg....
senang apa bang... ?
Jadi nelayan.....

Orang cakap pelayan dia cakap nelayan... hahaha
Asal aku cakap semua tak kena semua salah salah salah....
Memang salah la bang.... lain di soal lain yang dijawab...
Astaghfirullahhaladzim... Siti tue ikut Ahmad Nawab ?

hahaha hahaha aku gelak lagi.... hahahaha

Read more...

Gunung Datuk

Mendaki Gunung Datuk tidaklah sesukar mana seperti yang digambarkan... sebelum nie banyak jugak aku baca bloggers blog dari kalangan pendaki yang mengatakan yang Gunung Datuk nie sangat mencabar, tapi aku rasa pendapat nie tak berapa tepat la.... kalau terasa mencabar mungkin kerana baru nak mula mencuba-cuba jadi pendaki. Sekiranya ada asas-asas bersukan macam main bola ker jogging ker tak ada masalah la nak tawan puncak Gunung Datok nie. Kalau tak berlaku hujan semasa mendaki atau pun hujan sehari sebelum mendaki semuanya akan menjadi lebih mudah.

Trail Gunung Datuk nie memangla sentiasa menaik hampir tak ada laluan landai... kalau ada pun kurang dari 50m jea... Dari starting point tu ada sungai dan selepas menyeberang sungai tue pendakian dianggap bermula la tue... ! Pada pendakian sepuluh minit pertama trail banyak batu-batu may be sikit slow la, lagi pun badan belum panas lagi lepas pada tu boleh la mengorak langkah boleh la jika nak speed tapi ingat la kawan -kawan yang tinggal belakang... jangan la nak menang sendiri jea ! Trail nie dianggarkan sebagai dua jam untuk sampai ke puncak itu kira pada kelajuan biasa la... kalau ada yang kurang angin faham-faham sendiri la... kenapa tak isix dulu kat petronas ker kat shell ker... Ha ha ha lawak bodoh la pulak... ! Aku sendiri pun amik masa satu jam tiga puluh lima minit jea aritu. Mungkin jugak la power lebih sikit berbanding biasa !

panaskan perut buang lemak boroy di Gunung Datuk

Kemuncak Gunung Datok nie keadaannya berbatu-batu tapi besar-besar jika nak lepak-lepak kat atas tue boleh la setakat dua puluh hingga dua puluh lima orang... Tapi awas aku nak ingatkan korang jangan suka-suka nak bergurau tak tentu pasal atas tu, kalau jatuh tah payah cari dah, just kumpulkan orang kampung buat majlis tahlil jea.. so ingat pesan aku nie !

korang boleh tengok gunung bontot tapi jangan tengok bontot aku nanti aku kentut !

Sebelum sampai ke puncak Gunung Datok tue pendaki perlu menaiki tangga untuk sampai ke atas tangga nie curam... sangat curam dan tinggi jugak cuba tengok kat gambar tue pada yang jenis gayat tue lu pikir la sendiri.... ! Hahahaha . Don vori la semua boleh lepas naik atas tue asal lebih berhati-hati itu jea syaratnya... mesti mau focus doh !

Ok la sampai sini dulu... nanti aku story-story pasal Gunung Nuang pulak tapi coming sohun la.... !

Read more...

Gunung Irau Cameron Highlands Trail Lord Of The Rings

Mendaki Gunung Irau tidak la banyak mengunakan tenaga, cuma banyak menguji ketahanan mental jea la... Dari base camp atau starting point hingga ker puncak cuma mengambil masa lebih kurang 4 jam jea, jika korang bukan jenis sawan bergambar sure awal dari tu boleh sampai to Irau summit ! (pic atas menunjukan papan tanda Puncak Gunung Irau)
Ini laluan berkayu yang menghubungkan antara Base Camp dengan permulaan trail pendakian... panjangnya laluan nie lebih kurang 500m lebih kurang. Ada jugak dua buah pondok yang dibangunkan untuk sesiapa yang nak enjoy pemandangan gunung ganang sekitar Brincang... tapi tu banyak bergantung kepada keadaan cuaca la, kalau berkabus macam aku lalu aritu apah pun tak nampak... nasib nasib la !
Inilah laluan yang terpaksa dilalui oleh pendaki-pendaki untuk sampai ker puncak... pemandangan memang menarix superb kata orang melayu... kebanyakan pokok-pokoknya di selaputi lumut... kata orang lumut-lumut tu dah ribu-ribu tahun yea ker tidak, aku tak pasti... tak sempat nak kaji lagi !
Trail nie sukar nak speed sebabnya laluan berlecak dan licin sebab tu amik masa yang lama sikit untuk sampai ker puncak adakalanya kaki termasuk dalam lumpur yang melebihi buku lali... lumpur dah la warna macam air gambir, sejuk pulak tue ! Trail nie pacat lintah tak ada tu yang best nya.
Cun oooo !
Trail Gunung Irau nie terkenal dengan pangilan Trail Lord Of The Rings... yea ker ? sebenarnay aku pun tak pernah tengok movie tue ! He he he. Memang cun pemandangan... lain banyak dari gunung-gunung yang pernah aku naik sebelum nie... !
Malam sebelum aku mendaki tu ada hujan tapi tak la lebat sangat tapi itu dah cukup buatkan keadaan lebih sejuk dan berkabus tebal laluan pulak menjadi lebih licin... Ada satu ketika aku terjatuh atas batang kayu yang tombang licin punya pasal.. nah kau ! terduduk, nasih baik telo aku tak pecah... ! hehehee
Inilah makanan yang aku bawak dari Brincang ker atas puncak Gunung Irau... jap aaaa nanti aku sambung sikit lagi cerita... ada kija nak wat ! tunggu tau.... !

klik gambar untuk besarkan !

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Lorem Ipsum

E-mail kan kepada..... sheikh@mytownkajang.com

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP