Orang Pompuan Memandu Mesti nak Pakai Spek Hitam


Orang Pompuan Memandu Mesti nak Pakai Spek Hitam naper haa ? Ada ke sebab untuk melawa... atau sekali gus untuk menggoda lelaki macam aku? yang sememangnya mudah tergoda ! he he... Yang cun tu memang la cun.., yang kureng cun tu pun nampak jugakla kecunannya... cuma keta yang dipandu tu nampak lebih cun dari si pemandu. Bila berenti kat lampu isyarat pulak, serius jea pandang depan, macam la tak nampak aku yang duk perhati dia kat sebelah..., geram betul aku ! agaknya pasal aku bawak honda- cup, itu pasal dia tak pandang langsung kat aku, apa salahnya, pandangla sikit kan ? boleh aku jelir lidah ha ha !

Kalau yang bawak keta mewah tu, waa... bukan main lagi lagak. konon macam mak mak datin. la tue.., nampak terserlah sangatla konon... !(tah tah betul datin) tapi yang bawak keta cc 850 model tahun 90 nampak la jugak terserlahnya... tapi macam Mak Andam hehe !

Sebenarnya aku tak kisah sangat bila melihat pompuan pakai spek itam ketika memandu kenderaan, cuma sesekali hati tu terasa macam nak berkata... jangan jangan baru balik ataupun baru nak pergi mahkamah syariah ! hehehe maklum la kan ramai pompuan yang pakai spek itam bila hadir ke mahkamah korang tak kan tak perasan ker...? Eh aku nie dah terbabas dah nie mengutuk korang... sori sori ! he he

Jangan marah aaaa nanti lekas tua,
gurau-gurau jea boleh kan ! Sesungguhnya aku menulis bukan kerna nama tapi kerna sifat kasih pada sesama insan dan ingin menyatakan kasih sayang aku pada korang..... apa yang ada ini hanyalah satu kehidupan ! He he he he he he he he he he he he........ Ha ha ha !

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Lorem Ipsum

E-mail kan kepada..... sheikh@mytownkajang.com

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP