Apa yang Penting... Kerjasama !

Blogger – We Care !
Dengan lafaz bismillah... dan keikhlasan yang mantop marilah kita sama-sama membantu meringankan beban ke atas rakan blogger kita yang sedang di uji oleh Allah, semoga dengan kerjasama kita ini dapat meringankan beban kegetiran yang beliau hadapi ketika ini.

Perlu kita ketahui, ujian Allah ini bukan saja Allah berikan kepada saudara Megat sahaja, malahan ianya terarah juga kepada kita iaitu... Allah menguji apakah kita tergolong sebagai orang-orang yang bakhil lagi kedekut ! Menghlur bantuan sebanyak Sekupang Seratus Seribu rasanya tidaklah terlalu berat berbanding beratnya penderitaan keluarga saudara Megat
Apapun menderma lah dengan ikhlas dan tawadu'

Kepada anda yang Allah berikan gelaran 'Hati Yang Pemurah' atau ingin Allah berikan title Hamba yang Pemurah silalah salurkan bantuan kemanusian anda terus ke dalan akaun saudara Megat seperti yang tertera di bawah...

Perlu diingat title ini di beri oleh Yang Maha Pemurah bukan dari yang di bawah duli sotan !

Akaun CIMB.
Faisal Amirul Othman.
0123 0015 4575 21.

Akaun Maybank.
Faisal Amirul Othman.
1010 7541 8124

Perlu diingat title Pemurah diberikan oleh Yang Maha Pemurah bukan yang dari... Dibawah Duli Sotan.


*Anda di jemput untuk menziarahi dan melihat dan merasakan
keperitan yang dihadapi oleh keluarga beliau
klik di sini !

Terima Kasih

Read more...

Semanis Kurma mengapa Ramai yang Menyampah ?


AKU setuju sangat hari nie banyak program-program bercorak agama terbit di stesen-stesen TV tempatan bagi aku ini satu perkembangan yang baik la walaupun belum lagi sampai tahap sangat baik atau terbaik harus la jika nak bagi pujian pada stesen-stesen TV nie... itu pun jika nak puji la sebab program maksiat pun nampaknya makin subur.

HARI nie boleh la kita lihat program-program TV seperti rancangan Mari Bertaranum, Akedemi Al-Quran, rancangan Halaqah, Usrah, Hal Ehwal Islam banyak lagi la... semuanya bagus-bagus ! pendek kata banyakla benda-benda yang kita tak tau boleh dapat info seperti haram, halal, harus, makruh dan sebagainya kira bagus la untuk semua golongan. Kalau perlu perbanyakan program-program agama semacam nie.

TETAPIkan... dalam banyak-banyak program yang bercorak agama, aku cukup tak seronok dengan rancangan Semanis Kurma tah kenapa tah ? menyampah betul aku tengok... aku tak tau la kalau korang yang baca nie tak setuju dengan aku sebab tue program agama kan, tapi tu la hakikatnya aku menyampah betul rancangan Semanis Kurma nie... tah la masuk setan kut otak aku nie...! Sebenarnay bukan aku sorang jea yang tak suka rancangan Semanis Kurma nie, banyak lagi yang tak suka rata-rata bukan tak suka rancangan tu tapi... pengacara dia tu yang 'TER...' sangat, itu yang orang selalu sebut !

Read more...

Gula-Gula dan Krisis Gula

Kali nie gula pulak... dulu minyak masak pastu tepong pastu beras... sebelum tu petrol... pastu ayam, tue tak termasuk ayam picit lagi...! benda yang manusia kuat melantak itula yang naik harga. Arini sorok esok naik harga, lusa sorok tulat naik haaa begitu la seterusnya sampai mampos !

Dalam hal yang berkenaan gula krisis yang melanda sekarang nie, korang jangan tanya la mengapa hal nie boleh terjadi ? sebenarnya puak-puak nie dah ada jawapan, apa kata dia ? rakyat melayu mengambil gula dalam jumlah yang tinggi berbanding di negara-negara yang lain... untuk mencapai gagasan 1melayu yang sihat rakyart melayu perlu menjaga kesihatan... baru sekarang nak cakap semua nie, dulu tak penah pulak cakap macamtu... Tambah NYA lagi kenaikan harga gula hari ini masih jauh lebih murah berbanding harga di negara-negara jiran...! Bilamana ada saja kenaikan harga barangan kegunaan harian itulah lagu hit's yang diputarkan balik, baik dari bawang cabai sampai la kertas tisu lap bontot asal naik harga jea, depa kata harga di negara jiran jauh lebih mahal. Ini adalah lagu lama yang sentiasa di beri nafas baru... Dia mana tau rakyat sesak nafas bila dengar lagu tue !

Nie nak tanya sikit... duit hantaran naik jugak ker... ?
Setakat nie yang turun hujan jea la nampaknya... itu pun berhenti sekejap-sekejap !

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Lorem Ipsum

E-mail kan kepada..... sheikh@mytownkajang.com

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP