Korang Mungkin Tak Sengaja...


Korang mungkin tak sengaja jika..
Termakan nasi sepinggan pada hari pertama puasa.
Tapi mustahil tak sengaja jika..
Lepas habis tiga pinggan nasi baru teringatkan puasa.

Korang mungkin tak sengaja jika..
Terpegang tangan awek orang ketika berjalan di pasar malam.
Tapi mustahil tak sengaja jika..
Terpeluk pinggang awek tu sampai ke hujung pasar malam.

Korang mungkin tak sengaja jika..
Tertidur ketika sedang mengawal keselamatan premis selaku security
Tapi mustahil tak sengaja jika..
Siap bawak bantal dan tikar serta membaringkan badan ketika bekerja.

Korang mungkin tak sengaja jika..
Tersilap masuk rumah jiran sebelah kerana pintunya sama dan tak berkunci pula tu. Tapi mustahil tak sengaja jika..
Tersilap masuk dan kemudian tersilap bawa keluar barang-barang yang berharga.

Korang mungkin tak sengaja jika...
Terambil dan terpakai duit rakan serumah yang tertinggal di atas meja.
Tapi mustahil tak sengaja jika..
Duit rakan serumah itu korang terambil dari dalam dompetnya sewaktu dia tidur.

Korang mungkin tak sengaja jika...
Terlewat beberapa minit ke tempat kerja kerana jalanraya sesak.
Tapi mustahil tak sengaja jika...
Terlewat hingga beberapa jam dengan alasan jalan tren komuter jem.

4 Cucuk Satay Tak Habis Makan... Comment Sikit !:

Ietams 2 September 2010 at 11:51  

tak sengaja yang bahaya je semua ni..

Tirana 2 September 2010 at 13:19  

Minta maaf...sengaja masuk ke blog sheikh ni dan sengaja baca entry ni...hehehe

Kamsiah 2 September 2010 at 18:51  

salam
'ter' bermakna tak sengaja...dan tiada kali kedua perbuatan tersebut..
tp org muda mudi skrg...'terlanjur' berkali2...'terbuang bayi'...

Afida Anuar 2 September 2010 at 22:38  

hehe..terbaekkk ni sheikh.

Related Posts with Thumbnails

Lorem Ipsum

E-mail kan kepada..... sheikh@mytownkajang.com

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP