1Malaysian Islamic Fashion Festival

Korang fikir la habis-habis.... ada mata pandang, ada telinga dengar, ada mulut berkata-kata jangan ingat nak melantak jea tapi... jika ada hati jangan biarkan hati itu MATI !

Hal gambar di atas terpulang la nak bangkang atau nak terima ?
tapi.... yang ini jangan berani nak bangkang iaitu Surah An-Nur ayat 31 kalau nak bangkang jugak, sila pindah dunia lain dan carix Tuhan lain jika ada... !

Read more...

Inilah Al-Kisah Tentang Bunyi Hon


Inilah al-kisah tentang bunyi ‘hon’… yang wajib diketahui !
Kalau korang semua ingat hanya kuntuman bunga jer yang ada maksud tertentu disebaliknya, korang silap... ! Pernah tak masa driving, kadang-kadang kita dengar kereta yang berselisih atau kereta di belakang kita membunyikan hon?

Percaya atau tidak ?
OK now pahamkan ayat-ayat yang tertera di bawah hehehe... !
Tahukah anda bahawa setiap bunyi hon itu ada maksud tertentu disebaliknya. Saya bongkarkan maksud disebalik bunyi-bunyi hon tersebut untuk anda sekarang. Please take note yer !

1 x HON PENDEK - pemandu tu nak cakap “HAI
2 x HON PENDEK - pemandu tu nak cakap “TERIMA KASIH” atau “JUMPA LAGI
3 x HON PENDEK - pemandu tu suruh kenderaan depan tu... cepat sikit la WOOI (biasanya kat traffic light time dah hijau tak reti-reti nak jalan...)


1 x HON PANJANG - pemandu tu beri amaran kereta lain bahawa diorang memandu secara merbahaya dan hampir menyebabkan kemalangan

2 x HON PANJANG - pemandu tu marah “HOI…! BODOH TAK DER OTAK KE

4 X ATAU LEBIH HON PENDEK - PENDEK - pemandu tu nak bagi tau...

“TIIILAM ! TIIILAM !… TILAM LAMA, TUKAR BARU.. TIIILAAAM!… TIIILAAAAM !”

Read more...

Warong DO RE MI


Warong DO RE MI Singgah Sebentar Rasa Setahun.... ini yang aku tak tahan dengar nie ! Hari tu (pagi ahad lepas)sempat la jugak aku kena nasix lemax ,macam biasala haku sure pilih nasix lemax yang lipat daun pisang punya , dua bungkus ooo, siap tea Ultraman lagi saja nak cuba... kut-kut ada power untuk fire... hehehe.

Lokasi warong nie area Sayong, Kuala Kangsar tapi x susah la nak carix tepi jalan jea !

SINGGAH SEBENTAR RASA SETAHUN sampai harinie aku duk sebut-sebut benda nie Korang singgah la gerai nie sebentar... sure rasa setahun !

Read more...

Jangan Banyak Melantak di Hari Raya


Aku mintak banyak banyak mahap kat korang selama aku bergurau senda dengan korang may be ada yang ter kocik hati... Haku mintak mahap tujuh petala bumi hingga tujuh petala langit

Korang don'worry sebesarmana pun kalau korang ada silap dengan aku haku dah maap kan korang, kalau tak ada salah pun aku mahapkan jugak korang... aku jenis pemaap punya orang ! so... marilah kita bermaaf-maaf-fan !

Kalau korang ketagih sangat nak main mercun, main la sekehendak hati, main laaa... haku tak larang tapi kalau sampai putus nyawa itu bukan masalah aku ! hehehe dan pastinya aku tak sempat nak melawat sebab aku nak jalan-jalan rumah orang carix duit raya... ! hahahaa

Jangan banyak melantak di hari raya nie... dah la style bukak posa tak serupa nabi, masuk shawal pulak sumbat ketufat lomang rendang batang buruk sekehendak hati ! Ingat.. badan baru lepas servis...

Read more...

Korang Mungkin Tak Sengaja...


Korang mungkin tak sengaja jika..
Termakan nasi sepinggan pada hari pertama puasa.
Tapi mustahil tak sengaja jika..
Lepas habis tiga pinggan nasi baru teringatkan puasa.

Korang mungkin tak sengaja jika..
Terpegang tangan awek orang ketika berjalan di pasar malam.
Tapi mustahil tak sengaja jika..
Terpeluk pinggang awek tu sampai ke hujung pasar malam.

Korang mungkin tak sengaja jika..
Tertidur ketika sedang mengawal keselamatan premis selaku security
Tapi mustahil tak sengaja jika..
Siap bawak bantal dan tikar serta membaringkan badan ketika bekerja.

Korang mungkin tak sengaja jika..
Tersilap masuk rumah jiran sebelah kerana pintunya sama dan tak berkunci pula tu. Tapi mustahil tak sengaja jika..
Tersilap masuk dan kemudian tersilap bawa keluar barang-barang yang berharga.

Korang mungkin tak sengaja jika...
Terambil dan terpakai duit rakan serumah yang tertinggal di atas meja.
Tapi mustahil tak sengaja jika..
Duit rakan serumah itu korang terambil dari dalam dompetnya sewaktu dia tidur.

Korang mungkin tak sengaja jika...
Terlewat beberapa minit ke tempat kerja kerana jalanraya sesak.
Tapi mustahil tak sengaja jika...
Terlewat hingga beberapa jam dengan alasan jalan tren komuter jem.

Read more...

Kawin Cerai Kawin Cerai Senangnya... !


PETALING JAYA: Jaguh badminton negara, Roslin Hashim,35, (gambar) akan memfailkan penceraian dengan isterinya Norhayati Othman,38, di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, Rabu, selepas sebulan mendirikan rumah tangga.

Mstar Online dimaklumkan, permohonan itu dibuat selepas berlaku masalah dalam rumah tangga yang dibina Roslin dengan Pengarah Pemasaran, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) itu.

Kedua-dua pasangan tersebut bernikah pada 9 Julai lalu selepas berkenalan tidak sampai lima bulan.

Bagaimanapun sebelum ini Roslim mengejutkan banyak pihak apabila perkahwinannya dengan Faizah Mohamad,32, pada 30 Januari 2009 tidak bertahan lama apabila mereka bercerai selepas 12 hari menjadi suami isteri.
pekejadah roslin nie... kawen cerai kawen cerai nih... !
tukar bini macam tukar reket jea... jangan-jangan shuttlecock dah condemn tak boleh nak SMASH !

Read more...

Lagi pasal Hari Bapak


Aku x tau apa pun pasal hari bapak...bahkan aku macam x terasa pun adanya hari bapak...bagi aku x glamour sangat la berbanding hari Ibu, maklum la nama pun IBU tentula besar, peranannya pun besar ibu la katakan....

misalnya ibu negara,ibu gamat,ibu roti,ibu ayam macam macam ibu la lagi... menunjukan besarnya ibu dan peranannya... tapi kalau hari bapak nie apa ker benda? keluar pagi balik petang carix duit tue jea ker...? macam BAPAK AYAM !

LaughingLaughingLaughing hehe

Read more...

Apa Hebatnya Korang Hinggakan Laki Korang Sayang Sangat ?


OK ! kali nie aku nak tanya korang, apa yang korang rasa spesel sangat pada diri korang hingakan laki korang sayang banget pada korang ?

**Adaker kerana korang pandai sangat masak, daripada laki yang dulunya kurus keding masa mula mula kawin dulu sekang nie dah boroy macam lori bancuh simen ?

**Adaker pada pandangan dia korang jenis bini yang bijak atau berhemah ketika berbelanja ? contohnya kalau pegi Tesco korang boleh tarik lima bijik troli tanpa bantuan laki... eeeeesi sekehendak ati lima bijik troli tu sampai melempah lempah ! Sedang waktu yang sama laki korang masih mampu tersenyum ! hehee

**Adaker sebab korang tak pernah mintak kat laki korang shopping di POH KONG ?

**Adaker kerana laki korang selalu bawak korang pegi konset Jum Heboh tak pernah mis hingga korang anggap laki korang sayang bangart pada korang ?

**Adaker sebab laki korang tak pernah bising bila korang tenyeh kad kredit sampai tahap maksima ?

**Atau mungkinkah Power Dalaman korang masih ada uuumph ! sahingga korang mampu bikin adik setahun satu ? he he he....

Jika ada sebab sebab lain yang korang rasa kenapa laki korang sayang sangat kat korang boleh la bagi pendapat sikit... rasanya ramai yang nak tau cerita dari korang !

Walau camner sekali pun aku percaya laki korang sayang korang, kerana dia sorang laki yang baik, beriman, bertangungjawab dan macam macam ber lagi la....
Tapi korang kena awas jugak mana la tau, dia ada dunia baru...korang taukan maksud aku ?

Read more...

cucu intai nenek mandi

Dia layak digelar cucu iblis kerana selain suka mengintai neneknya berusia 77 tahun yang mandi bogel, remaja berusia 14 tahun terbabit turut berani mencopet barang kemas dan wang tunai milik warga emas berkenaan dianggarkan bernilai RM2,000. Remaja lelaki itu sudah lama diberhentikan sekolah berikutan masalah disiplin selain terbabit dalam pelbagai masalah sosial termasuk bergaduh dan membuli.

Namun, kejadian kira-kira jam 8 malam pada 18 Mei lalu, remaja terbabit bertindak di luar batasan apabila menyelinap masuk ke rumah neneknya sebaik menyedari warga emas itu sedang mandi dan tinggal di rumah berseorangan.

Dia yang tinggal berhampiran rumah neneknya di Batu 11 Jementah, dekat sini, mengambil kesempatan mengintai warga emas itu sedang mandi bogel sebelum mengambil pakaian nenek yang digantungkan di pintu bilik air berkenaan. Suspek yang tahu pakaian itu berisi barang kemas termasuk rantai dan wang tunai, kemudian melarikan barangan terbabit selepas puas melihat aksi bogel warga emas terbabit mandi.

Mangsa tinggal bersendirian di rumah itu selepas kematian suami beberapa tahun lalu hanya menyedari persalinan bersama barangan berharganya hilang sebaik selesai mandi. Pada awalnya, dia yang tidak mengesyaki cucunya dalang mencuri barangan dan wang tunainya itu melaporkan kejadian kepada polis pada keesokan harinya.

Warga emas itu datang bersendirian ke balai polis di sini bagi membuat laporan memaklumkan pernah beberapa kali rumahnya dipecah masuk, tetapi sebelum itu hanya membabitkan kerugian kecil. Malah, nenek terbabit memberitahu anggota polis bahawa kecurian sering berlaku setiap kali dia mandi.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Abdul Majid Mohd Ali berkata, bertindak atas laporan itu, sepasukan anggota yang ditugaskan menyiasat kes berkenaan akhirnya menyelesaikan misteri kehilangan pakaian nenek terbabit dalam masa kurang 24 jam. “Kami menahan suspek berusia 14 tahun itu di sebuah rumah berhampiran kira-kira jam 6 petang hari kejadian itu dilaporkan. “Hasil serbuan, polis menemui sejumlah wang tunai iaitu baki duit yang dicuri berjumlah RM150 dan dua telefon bimbit selain seutas rantai dan gelang tangan,” katanya ketika ditemui.

Abdul Majid berkata, siasatan awal mendapati dua telefon bimbit yang dirampas itu disyaki dibeli suspek menggunakan wang yang dicuri daripada neneknya. Beliau mendedahkan, remaja terbabit cuba mengaitkan kejadian yang dilakukannya seorang diri itu turut dilakukan bersama beberapa rakan lain. “Namun, selepas soal siasat, kami mendapati semua cerita itu helah belaka, malah suspek kemudian mengaku mengadakan cerita kerana sering dibuli rakan,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, remaja terbabit belum sempat menggadai atau menjual barangan kemas curi yang ditemui disembunyikan di bawah tikar di rumahnya. Beliau mendedahkan, remaja terbabit cuba mengaitkan kejadian yang dilakukannya seorang diri itu turut dilakukan bersama beberapa rakan lain. “Namun, selepas soal siasat, kami mendapati semua cerita itu helah belaka, malah suspek kemudian mengaku mengadakan cerita kerana sering dibuli rakannya,” katanya.

Read more...

Orang Pompuan Memandu Mesti nak Pakai Spek Hitam


Orang Pompuan Memandu Mesti nak Pakai Spek Hitam naper haa ? Ada ke sebab untuk melawa... atau sekali gus untuk menggoda lelaki macam aku? yang sememangnya mudah tergoda ! he he... Yang cun tu memang la cun.., yang kureng cun tu pun nampak jugakla kecunannya... cuma keta yang dipandu tu nampak lebih cun dari si pemandu. Bila berenti kat lampu isyarat pulak, serius jea pandang depan, macam la tak nampak aku yang duk perhati dia kat sebelah..., geram betul aku ! agaknya pasal aku bawak honda- cup, itu pasal dia tak pandang langsung kat aku, apa salahnya, pandangla sikit kan ? boleh aku jelir lidah ha ha !

Kalau yang bawak keta mewah tu, waa... bukan main lagi lagak. konon macam mak mak datin. la tue.., nampak terserlah sangatla konon... !(tah tah betul datin) tapi yang bawak keta cc 850 model tahun 90 nampak la jugak terserlahnya... tapi macam Mak Andam hehe !

Sebenarnya aku tak kisah sangat bila melihat pompuan pakai spek itam ketika memandu kenderaan, cuma sesekali hati tu terasa macam nak berkata... jangan jangan baru balik ataupun baru nak pergi mahkamah syariah ! hehehe maklum la kan ramai pompuan yang pakai spek itam bila hadir ke mahkamah korang tak kan tak perasan ker...? Eh aku nie dah terbabas dah nie mengutuk korang... sori sori ! he he

Jangan marah aaaa nanti lekas tua,
gurau-gurau jea boleh kan ! Sesungguhnya aku menulis bukan kerna nama tapi kerna sifat kasih pada sesama insan dan ingin menyatakan kasih sayang aku pada korang..... apa yang ada ini hanyalah satu kehidupan ! He he he he he he he he he he he he........ Ha ha ha !

Read more...

Lagi Seratus Hari Cuti

Aku Cuti Lagi Seratus Hari tahun nie untuk 93,000 kedua, tahun lepas aku ada buat entry bertajuk CUTI 100 HARI tak silap aku bulan April 09 sebenarnya aku buat net-work biz hehehe tu sebab aku jarang hapdet blog .Se100tus hari tu aku focus bikin kaw-kaw... lepas tu baru la duit datang slow-slow, kira punya kira dapat la angka kat atas tu ! Alhamdulillah tapi itu cerita tahun lepas...

Tahun nie aku nak focus lagi se100tus hari, harap-harap dapat pecah rekod tahun lepas and then baru la aku cadang nak blogging balik macam dulu rindu jugak pada kawan-kawan blogger yang suatu masa dulu yang rajin keluar masuk ker blog aku nie sekarang dah ramai membawa diri main Buku Muka nampaknya terpaksala aku carix kawan baru. Apapun aku akan terus berada di sini biarpun kawan-kawan dah lama tak datang berkunjung.... jika ada yang masih sudi-sudi datang menerjah katakan pada yang lain aku masih ada setia di sini !

Read more...

Apa yang Penting... Kerjasama !

Blogger – We Care !
Dengan lafaz bismillah... dan keikhlasan yang mantop marilah kita sama-sama membantu meringankan beban ke atas rakan blogger kita yang sedang di uji oleh Allah, semoga dengan kerjasama kita ini dapat meringankan beban kegetiran yang beliau hadapi ketika ini.

Perlu kita ketahui, ujian Allah ini bukan saja Allah berikan kepada saudara Megat sahaja, malahan ianya terarah juga kepada kita iaitu... Allah menguji apakah kita tergolong sebagai orang-orang yang bakhil lagi kedekut ! Menghlur bantuan sebanyak Sekupang Seratus Seribu rasanya tidaklah terlalu berat berbanding beratnya penderitaan keluarga saudara Megat
Apapun menderma lah dengan ikhlas dan tawadu'

Kepada anda yang Allah berikan gelaran 'Hati Yang Pemurah' atau ingin Allah berikan title Hamba yang Pemurah silalah salurkan bantuan kemanusian anda terus ke dalan akaun saudara Megat seperti yang tertera di bawah...

Perlu diingat title ini di beri oleh Yang Maha Pemurah bukan dari yang di bawah duli sotan !

Akaun CIMB.
Faisal Amirul Othman.
0123 0015 4575 21.

Akaun Maybank.
Faisal Amirul Othman.
1010 7541 8124

Perlu diingat title Pemurah diberikan oleh Yang Maha Pemurah bukan yang dari... Dibawah Duli Sotan.


*Anda di jemput untuk menziarahi dan melihat dan merasakan
keperitan yang dihadapi oleh keluarga beliau
klik di sini !

Terima Kasih

Read more...

Semanis Kurma mengapa Ramai yang Menyampah ?


AKU setuju sangat hari nie banyak program-program bercorak agama terbit di stesen-stesen TV tempatan bagi aku ini satu perkembangan yang baik la walaupun belum lagi sampai tahap sangat baik atau terbaik harus la jika nak bagi pujian pada stesen-stesen TV nie... itu pun jika nak puji la sebab program maksiat pun nampaknya makin subur.

HARI nie boleh la kita lihat program-program TV seperti rancangan Mari Bertaranum, Akedemi Al-Quran, rancangan Halaqah, Usrah, Hal Ehwal Islam banyak lagi la... semuanya bagus-bagus ! pendek kata banyakla benda-benda yang kita tak tau boleh dapat info seperti haram, halal, harus, makruh dan sebagainya kira bagus la untuk semua golongan. Kalau perlu perbanyakan program-program agama semacam nie.

TETAPIkan... dalam banyak-banyak program yang bercorak agama, aku cukup tak seronok dengan rancangan Semanis Kurma tah kenapa tah ? menyampah betul aku tengok... aku tak tau la kalau korang yang baca nie tak setuju dengan aku sebab tue program agama kan, tapi tu la hakikatnya aku menyampah betul rancangan Semanis Kurma nie... tah la masuk setan kut otak aku nie...! Sebenarnay bukan aku sorang jea yang tak suka rancangan Semanis Kurma nie, banyak lagi yang tak suka rata-rata bukan tak suka rancangan tu tapi... pengacara dia tu yang 'TER...' sangat, itu yang orang selalu sebut !

Read more...

Gula-Gula dan Krisis Gula

Kali nie gula pulak... dulu minyak masak pastu tepong pastu beras... sebelum tu petrol... pastu ayam, tue tak termasuk ayam picit lagi...! benda yang manusia kuat melantak itula yang naik harga. Arini sorok esok naik harga, lusa sorok tulat naik haaa begitu la seterusnya sampai mampos !

Dalam hal yang berkenaan gula krisis yang melanda sekarang nie, korang jangan tanya la mengapa hal nie boleh terjadi ? sebenarnya puak-puak nie dah ada jawapan, apa kata dia ? rakyat melayu mengambil gula dalam jumlah yang tinggi berbanding di negara-negara yang lain... untuk mencapai gagasan 1melayu yang sihat rakyart melayu perlu menjaga kesihatan... baru sekarang nak cakap semua nie, dulu tak penah pulak cakap macamtu... Tambah NYA lagi kenaikan harga gula hari ini masih jauh lebih murah berbanding harga di negara-negara jiran...! Bilamana ada saja kenaikan harga barangan kegunaan harian itulah lagu hit's yang diputarkan balik, baik dari bawang cabai sampai la kertas tisu lap bontot asal naik harga jea, depa kata harga di negara jiran jauh lebih mahal. Ini adalah lagu lama yang sentiasa di beri nafas baru... Dia mana tau rakyat sesak nafas bila dengar lagu tue !

Nie nak tanya sikit... duit hantaran naik jugak ker... ?
Setakat nie yang turun hujan jea la nampaknya... itu pun berhenti sekejap-sekejap !

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Lorem Ipsum

E-mail kan kepada..... sheikh@mytownkajang.com

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP