Duit Duit di Mana Kau Duit


ADA yang panggey ringgit, ada yang panggey dollar, ada yang panggey bhat, semua itu duit... duit duit duit. OOO... bestnya kalau aku ada banyak duit ! Macam-macam aku nak buat kalau aku ada duit. Aku dah terbayang dah macamana bila aku banyak duit... hahaha ! aku pegi sana aku pegi sini, aku beli hitu aku beli hini, aku tengok si dia tue aku tengok si dia nie... huh, pendek kata duit jea la yang bercakap... !

'' Satu perkara yang aku
tak berani lakukan bila aku
banyak duit ialah
...
BERJANJI.
Zaman ini zaman duit
Tak berduit diri tersepit
Jangan sampai jadi hamba duit, nanti musnah diri sendiri

Ada yang benci duit, ada yang cinta duit... bikin perut buncit *aaa... ini bukan aku aaa... !
Ramai orang yang berkata, Duit punca banyak dosa...
Jangan suker telan rasuah nanti Agama, Bangsa, Negara akan musnah. Semua punca duit...

Carix duit halal
Agar tidak kesal...

Duit-duit di mana kau duit, Duit hutang ku membukit
Ooo ooo hehehe... !


Read more...

Ucapan Salam 1Malaysia Bidaah - Ulama.

Ramai ulama mempertikai Salam 1Malaysia yang dianggap boleh menjejas aqidah seseorang Muslim kerana cuba merendah-rendahkan salam sedia ada dalam Islam.Ulama terkenal, Datuk Dr Harun Din menyebut dalam tulisan seperti disiarkan Harakah minggu lalu - Salam 1Malaysia merupakan kerja-kerja sia-sia kerana tidak diberi pahala.


Bekas penyarah Akademik Islam, Universiti Malaya, juga menganggap Salam 1Malaysia seperti syirik nasional yang cuba menyembunyikan keindahan Islam dengan slogan ciptaan manusia. “Ucapan Salam 1Malaysia adalah perbuatan bidaah kerana tidak ada dalam amalan Islam, yang ada ialah ucapan salam yang sempurna iaitu “assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh”.

“Salam 1Malaysia adalah salam nasionalisme yang berpokok kepada nasionalisme, sedangkan Rasulullah saw sendiri tidak pernah mengajar ‘Salam 1Madinah’. “Sekiranya mahu melaksanakan Islam dan bukan menjadi penghancur (kepada amalan Islam), berilah salam yang sempurna,” katanya.

Beliau yang juga bekas Yang Dipertua Abim Kelantan turut mempersoalkan konsep 1Malaysia kerana teras penyatuan yang cuba dibawa perdana menteri tidak mempunyai elemen Islam. “Amerika juga mengajak rakyatnya bersatu di atas dasar United State - satu Amerika, sementara Russia dengan satu Russia, demikian juga dengan ‘United Malay’. “Persoalan sekarang, aspek penyatuan itu disuruh Islam, tetapi hendaklah dipastikan sama ada penyatuan tersebut atas dasar tauhid atau syirik. “Bagi orang Islam, sama ada 1Malaysia atau pun tidak, itu tidak kisah, namun konsep ‘1Malaysia’ yang dicetuskan dipastikan sama ada berlandaskan dasar tauhid atau tidak ?”

Begitu juga katanya, slogan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ nampak elok, tetapi dalam Islam, Allah swt mestilah didahulukan. “Allah swt mesti didahulukan. Jangan bertindak seolah-olah hak Allah swt tidak ada dalam senarai urusan negara kita sekarang,” katanya.
sumber dari cina islam*

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Lorem Ipsum

E-mail kan kepada..... sheikh@mytownkajang.com

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP