lu pikir la sendiri... !


Setelah beberapa hari ditempatkan di wad ICU, keadaan Mak Temah mula beransur stabil. Keesokan harinya beliau dipindahkan ke wad biasa, tetapi peralatan pernafasannya masih belum ditanggalkan.

Tok Ketua bercadang untuk melawat Mak Temah yang merupakan salah seorang kariah mukimnya. Bersama isterinya Bedah, Tok Ketua ke hospital lewat petang itu untuk menziarah jirannya itu. Mak Temah kelihatan amat lemah tetapi masih dapat mengenali tetamu tetamunya. Dia memandang ke wajah Mak Bedah dengan mulut yang terkumat kamit.

Mak Bedah mendekati Mak Temah sambil mendekatkan telinganya ke bibir beliau. Tok Ketua yang berada di sisi katil sebelah lagi juga turut mendekati bahagian kepala Mak Temah.Tetapi, tiba-tiba Mak Temah mengalami sesak nafas dan dadanya berombak-ombak turun naik.Dalam keadaan kelam kabut itu, Tok Ketua terlihat tangan Mak Temah seolah-olah meminta pen dan kertas.

Kebetulan Tok Ketua menyimpan beberapa helai kertas kecil di dalam saku koceknya dan dengan segera menyerahkannya kepada Mak Temah.Tentunya Mak Temah mahu menulis wasiat, fikirannya. Nafas Mak Temah semakin sesak dan akhirnya terhenti setelah beliau menuliskan ayat terakhirnya. Kerana menghormati jenazah, Tok Ketua tidak mahu membaca wasiat itu di depan arwah Mak Temah.

Keesokannya setelah jenazah disempurnakan, barulah Tok Ketua memanggil kesemua waris Mak Temah dan menyatakan Mak Temah sempat menuliskan wasiat untuk mereka sebelum menghembuskan nafas terakhir.Waris-warisnya berasa hairan kerana setahu mereka Mak Temah bukan orang berharta. Perlahan-lahan Tok Ketua mengeluarkan kertas yang ditulis oleh arwah Mak Temah semalam dan memakai cermin matanya. Mukanya merah padam dan kertas tersebut jatuh dari tangannya....

Tiba-tiba Tok Ketua berlari keluar dari bilik tersebut secara tergesa-gesa dengan wajah cemas... Anak sulong Mak Temah, Rizal mengambil kertas tersebut dari lantai dan membacanya.Surat itu berbunyi... "Tok Ketua...! Tolong jangan pijak salur oksigen aku, aku lemas la..."
Untuk peringatan korang... kawal tingkah laku bila melawat orang sakit!

Wassalam.

Read more...

ini tuhan bagi... bukan semua orang dapat...


Ceritanya Gini... Suatu hari, seorang ustazah travel, Dia singgah di rumah seorang sahabatnya yang mana pasangan suami isteri tersebut adalah guru biasa. Sisuami seorang guru penolong kanan. Beliau tiba di rumah sahabatnya ini sekitar tengahari tapi belum zohor. Kedua-dua suami isteri ini masih di sekolah. Walau bagaimanapun beberapa orang dari 8 orang anak mereka yang ke semuanya lelaki yang mana yang paling tua dalam tingkatan satu & yang paling muda masih bayi sudah pun pulang dari sekolah. Waktu zohor masuk, abang yang tua mengajak semua adik- adiknya yang baru pulang untuk solat berjemaah dengan dia sendiri sebagai imam.

Sewaktu dalam rakaat kedua, salah seorang adiknya yang berumur lingkungan 8 tahun pulang. Tanpa bertangguh tatkala melihat jemaah yang sedang solat, dia mengambil wudhu' dan solat bersama jemaah, ia ikut ruku' apabila imam ruku'.. Dia ikut sujud apabila imam sujud. Dan selesai imam memberi salam,dia bangun menyelesaikan satu rakaat solatnya yang tertinggal. Subhanallah..., adik yang berumur 8 tahun ini sudah pandai masbuk... ustazah yang melihat terkejut dan kami yang mendengar mengucap memuji ALLAH. Bayangkan betapa taatnya anak-anak yang masih kecil ini menunaikan perintah ALLAH tanpa pengawasan kedua orang tua mereka atau mana-mana orang dewasa dan tanpa disuruh-suruh. Cerita tak berakhir di situ.

Ustazah bermalam di rumah sahabatnya itu. Apabila subuh, ustazah menyangka dialah yang paling awal bangun kerana dia bangun selesai sahaja azan subuh berkumandang kalau saya tak lupa. Takjubnya dia apabila ke bilik air dilihatnya anak-anak kecil sedang sibuk ambil wudhu'. Bayangkan 7 orang budak lelaki dengan yang paling tua berumur 13 tahun dan yang ke tujuh ntah berapa tahun sibuk mengambil wudhu' di bilik air di waktu subuh paling awal. Si ayah menunggu anak-anaknya di tikar sembahyang dengan sabar sambil berzikir.

Mereka solat jemaah sekeluarga (termasuk ustazah). Sewaktu hendak mula solat,si ibu meletakkan anak bongsunya yang masih bayi (yang sedang jaga) di sisinya. Ajaibnya anak ini tidak menangis mengganggu jemaah sepanjang mereka solat. Dan sekali lagi cerita tak berakhir di situ.

Ustazah tersebut ingatkan hendak sambung tidur kerana penat travel semalamnya tak surut lagi. Alangkah terkejutnya dia apabila hendak melipat sejadah, si ayah berpusing menghadap jemaah sambil berkata, "Anak-anak.. . hari ni ayah nak beri kuliah mengenai solat dan puasa... ". Dan 8 orang anak termasuk si ibu dengan tekun mendengar kuliah subuh yang disampaikan.

Subhanallah..., bila ditanya kepada si ibu mengapa didikan sedemikian diberi kepada anak-anaknya... Dia menjawab bahawa itu persediaan dia dan suaminya sebelum mati. Mereka berharap agar anak-anak lelakinya yang 8 orang itu dapat membacakan sekurang-kurangnya fatihah untuk mereka jika ditakdirkan mereka pergi dulu... Lagipun anak-anak mereka semuanya lelaki... Pasangan suami isteri ini tak sanggup melihat anak-anak mereka terabai tanpa pedoman... cuba kita tanya diri kita sendiri...

Berapa ramai keluarga Islam hari ini yang dapat mengamalkan solat jemaah dalam keluarga ?
Berapa ramai anak-anak Islam berumur 8 tahun yang pandai solat masbuk?
Berapa ramai anak-anak berumur 13 tahun yang pandai mengimami solat memimpin adik-adik mereka ?
Berapa ramai ibubapa yang berjaya mendidik anak-anak mereka sedemikian rupa yang taat melaksanakan perintah ALLAH tanpa suruhan dan pengawasan mereka yang lebih dewasa ?

Read more...

Assalamualaikum ! aku baru keluar selepas 100 hari...


Selepas 100 hari betapa, arinie aku keluar kembali berblogging.... terasa la pulak jari jari aku semacam kematu nak mengetok papan kekunci... dan sebenarnaya aku pun mati kutu... apalaaa...' yang aku nak type sebagai entry untuk dimuatkan dalam entry terbaru nie, nak ku ceritakan apa yg aku lakukan sepanjang 100 hari pertapaan aku tu panjang juga story nya... lain kali la kut ! cuma yg boleh aku katakan aku rindu sangat dengan kawan kawan blogger semua.

Terimakasih kepada teman2 bloger yang masih sudi datang terjah blog aku disepanjang pertapaan aku... 'anda semua memang world class' Hari ini aku balik semula bikin blog debaran tu ada jugak mana la tau aku tak diterima lagi dalam dunia nie.... Tapi tak apa la aku cuba jugak gagahkan... start all over again !

Satu hal lagi aku nak bagi tau kawan kawan blogger semua, hari nie bersamaan 10 july my besday aku tau... ! Tiap kali bila mai jea hari ulang tahun kelahiran aku sentiasa cemas... terasa sangat umur aku semakin sikit... rasanya inila perbezaan yang ada pada aku setiap kali datang tarikh besday... entahlah !

sekian, salam sayang untuk semua !

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Lorem Ipsum

E-mail kan kepada..... sheikh@mytownkajang.com

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP