hujah mak aku seterusnya

Selamat Menyambut ' Hari Emak '
Aku dah tak ada mak...
Aku sekarang tinggal sebagi anak yatim piatu, so aku tak dapat la nak merayakan Hari Mak..

Sedey ooo...! tengok orang lain yang ada mak, teringin nak sembang-sembang, minum-minum dengan mak, dulu masa hayat mak masih ada aku selalu baring baring atas peha mak aku walaupun aku dah bermisai atas dan... kaki la maksud aku ! Masa tu Mak aku usap usap kepala aku dia kata " Hang nie dah besaq panjang, bila lagi hang nak kawin ? tue jea yang selalu mak aku tanya... Tapi aku tak pernah boring soalan macam tu... sebab aku memang suka kalau mak aku tanya pasal kawin, aku sebenarnya memang dah gatal sangat nak kawin hehehe..! cuma aku tak nak cakap jea... bab sembunyikan perasaan nie aku memang teror hehee... dalam hati Tuhan jea yang tau...!

Aku cakap la kat mak aku...
" mak, chek nak tukaq minyak itam moto pun mintak duit kat mak, camner nak kawin ?aku saja jea cakap gitu, nak dengar hujah mak aku serterusnya... "Gaji hang besaq, hang boh mana duit hang ? kalau hang betoi betoi nak kawin... Mok ada simpan duit yang hang bagi kat mok bulan bulan tue " !

sebenarnya mak aku tak belanja duit gaji yang aku bagi kat dia, agaknya dia dah tau kalau aku dalam kesempitan tegar pasti dia yang jadi sumber rujuk aku hehe ! Abah macam biasa la tak kata apa-apa hehe... cover macho kut !

"Hang kalau ada duit pie merayau kat luaq negri la dengan beg besaq hang.., kalau dah bekenan sangat hang bawak jea la dia balik, Mok tak kesoh asalkan dia mau sunat..."
Apa la mak aku nie, kesitu pulak... !

Ketika tu sebenarnya aku tak dea makwee, aku tak ada peminat... kalau ada pun aku tak nampak yang boleh di buat bini sekadar kawan-kawan tu boleh la ! Agaknya aku nie tak teste diorang agaknya, tak cocok kata orang indon

insyaAllah aku sambung nanti... ! aku bzy betul sekarang nie....
aku jugak rindu dengan korang semua, tapi aku x dapat nak selalu berada di depan PC selalu kecuali urusan kerja jea... !

Kepada cikgu-cikgu ' Selamat Hari Cikgu

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Lorem Ipsum

E-mail kan kepada..... sheikh@mytownkajang.com

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP