Cinta zaman cintan dolu-dolu

Bercinta zaman dolu dolu

Teringat zaman-zaman sebelum ade handphone dan internet. He he he bebudak sekarang nie dah mewah dgn handphone dan internet. sms, email, blog, friendster, myspace, forum... hentah hapa hapa lagi tah

Time dulu-dulu bercinte main tulis-tulis surat...
ahaks... best giler ooo !
Macam-macam bahasa yang keluor Ayat mesti power2 punya... ayat ayat pastinya skima... silap tulis, koyak buang... Macam tu lah sampai 5 - 6 helai baru dapat bahasa yang best best !

Tujuannye... bile awek kite bace... mesti tangkap lentok punyer, feeling abeh,
Tak main le ayat2 sms yang hentah hapa hapa tu...
tak ade feeling langsung...! Time tu pasti kan, kertas tulis surat mesti yang berbau wangi, ada katun... ada bunga yg cun-cun... sampul pun ada bunga bagai... Emm... indahnyaaa... masa tu dlm surat siap tulis lirik lagu lagi !

Malamnya plak dengar radio biasnya FM Stereo, rancangan ' Pilihan Bersama' Dj dia masa tu Lina Che Wan tak pun Sharifah Zaharah... bila dgr lagu yg di tujukn tuk kita...wow ! syahdu... syahdu banget dong ! i tell u !

Kalau yang tahap kronik tuh siap letak bedak dalam sampul surat bagi wangi...
pastuh kalau pos hari nie, esok dah jengah peti surat mengharapkan surat balasan dah sampai. Apa lah punya bongok, pada hal dah tau surat tuh ntah-ntah still on the way ke rumah si dia !

Hari-hari dok jenguk peti surat, lambat sikit mula lah start cakap sorang-sorang hehe... Time tu... macam orang ilang akal kalo tak nampak batang idong posman meroyan jugak la dibuatnye...! mana nie..? tak sampai-sampai lagi surat balasan !

Gambor pon pos dlm surat... skang nie attach je kat emel kan ? hehehe
Nak bergayut pulak kena gi public phone.... sanggup pi kumpul duit syiling banyak-banyak, biar poket berat takpe, janji malam karang buleh gayut lama-lama pastuh carix public phone yang jauh dari orang.... Udah macam kera sumbang hehe lagi gelap lagi bagus... hahaha
Pulak tuh sambil gayut tangan tekan
* dan # serentak... kokononnya buleh bagi lama sikit bercakap la tuh... Ntah mana punya dapat ajaran tuh ?! he he

Tapi kan...time tuh buleh jer hidup tanpa handphone dan internet,
takde masalah langsung...! Tapi sekarang nie ? Kalau tertinggal enset kat rumah...
sanggup patah balik... Biorlah punch card merah... he he he !

Nak nak la nie enpon dah jadi mesen bikin wang woooo !
Aper korang nak kata pasal nie ?

Read more...

Cerita Pasal Emak

Entry nie aku cilok sebenarnya, tapi adala jugak persamaan tentang mak aku walau tidak seratus persen tapi dalam tujuhpuluh peratus tue ada la kut

Aku sebenarnya rindu... rinduuu..!! sangat, itu saja perkataan yang boleh aku sebut di sini untuk bagi tau korang. Di sebalik keinduan itu jugak, ada yang manis untuk aku kenangkan semasa hayat mak aku masih ada... aaaa...! tak yah la aku citer kat sini, lagi pulak yg berlalu telah pun berlalu... kalau nak aku ceritakan pun next entry jea la... boleh ?
Sementara tu korang baca dulu cerita pasal mak dia mak saya mak awak !
terimakasih juga kepada yg telah memberi komen entry ini.

Nie Nak Citer Pasal Mak... !

Aku mest terkenangkan waktu aku kecil-kecil dulu, dimana Mak membesarkan aku dengan sepenuh kasih sayangnya dan pada azalinya arwah abah adalah orang yang paling rapat dengan aku masa tu, so... aku nak beritahu sifat Mak aku yang memang aku kagum sampai sekarang.. !


Mak aku seorang perempuan yang sangat tabah dan mempunyai ciri2 wanita yang aku inginkan. Mak aku cantik dari luaran mahupun dalaman kerana mak aku seorang yang berpegang kepada agama. Mak aku pandai berbahasa arab dan selalu ajar anak anaknya, cuma aku je yang malas sikit nak blaja..hehe..

Mak aku pandai masak, walaupun masakan dia simple tapi bagi aku rasanya amat sedap sekali..mak aku seorang yang ramah dan disenangi semua orang termasuk kawan2 aku, mak aku pandai mengaji bila ngaji dia punya suara power jugakla. Mak aku juga mengajar budak mengaji di rumah cuma aku agak lambat sikit tangkap bila belajar dengan mak aku sebab tu aku kut mengaji merangkak-rangkak sampai sekarang...bengong betul aku ni..hehehe..

Mak aku suka bercerita kisah Nabi, kisah percintaan Adam & Hawa, kisah diri dia, kesah asal usul keluarga dan macam2 lagi, sebab tu anak menantu smua rapat dan mesra dengan mak. Sebab mak aku sporting gile. Mak aku manja dengan anak2... mak aku seorang yang tabah dan kental...masa arwah abah meninggal..mak tenang aje hadapinya, tapi aku tahu dalam hati dia macam mana perasaan dan keadaan dia... sedey lak aku tetiba.... huk huk !

Bila waktu malam aku suka perhatikan mak aku tido sebab ada ketenangan di wajahnya, aku suka kucup dahi mak aku masa dia tidur dan aku suka temankan mak aku solat malam tanpa dia sedari aku sedang memerhatikanya... tu masa aku tak tidola...!Mak aku seorang yang rajin, mak aku juga suka berjalan. Mak aku suka binatang terutamanya kucing... mak aku sayang cucu2nya... mak aku sayang aku... huhu... mak aku suka akan pilihan aku.. .mak aku comel..hahaha...

MAK aku... adusss... berapa banyak mak daa... tapi yang penting aku tak pernah jemu panggil mak aku walaupun 1000x dan dari kita lahir sampai lah kehari ini... perkataan MAK adalah perkataan yang paling banyak kita sebut... sebab mak adalah permata yang takkan hilang sampai bila2... kerana syurga itu dibawah telapak kaki IBU. dan mak adalah segalanya bagi kita. Dan ingat... Mati kita nama mak lah yang akan di Bin or Binti kan apabila kita ditalkin dikemudian hari. Ingat...!!! Macam mana sifat mak kita sekalipun..dia tetap mak dan dia adalah insan yang paling sempurna dalam hidup kita, setitis airmata ibu yang mengalir akibat tindakan dan kesalahan kita berapa banyak dosa yang kita tanggung?? So... sapa2 yang pernah wat mak menangis... korang mintaklah ampun darinya... jangan tunggu raya baru nak mintak maaf..hari ni mungkin bukan untuk esok atau berikutnya.


Sebab tu aku terlalu sanjung tinggi dengan mak aku, sebab apa yang dia miliki dan kasih sayang dia takkan luntur sampai bila2. Dan pada aku yang sedang menaip ni, eh tak la copypaste jea.. hehe... tak ada insan yang mampu membuat aku kecewa dan tergugat kerana kasih sayang aku pada mak, kerana mak adalah segalanya, walaupun aku kehilangan seseorang yang di sayangi.. tapi aku tidak merasa akan kesedihannya sebab aku dapat rasakan orang tu tak penting bagi aku, kerana aku ada seseorang yang paling aku sayang dan penting iaitu MAK. Sebab tu aku akan cari seorang isteri yang boleh menggembirakan mak aku, memahami dan selesa dengan kluarga aku dan "ISTERI" yang aku inginkan seperti mak aku, walaupun tak sama tapi sekurangnya aku inginkan seorang isteri yang ada ciri2 mak aku walaupun sedikit. Aku juga akan sayang akan bakal mak mertua aku seperti mana aku sayang mak aku kerana itu adalah prinsip hidup aku. Dan aku bersyukur kerana mempunyai mak yang memahami akan diri aku, dan tiada pengganti selain dia... kerana Mak adalah segalanya buat diri aku hingga keakhir nya...
Aku "SAYANG MAK".
-
 tapi mak aku dah lama pergi - Al-Faatihah... !

Read more...

Lagi kes salah hantar e-mail akibatnya... !

Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di KL. Terdapat sebuah komputer di dalam bilik hotel itu. Dia pun mengambil keputusan untuk menghantar e-mail kepada isterinya.


Malangnya, dia telah tersalah taip alamat e-mail isterinya dan tanpa mengetahui kesilapan itu, dia pun terus menghantar e-mail tersebut...

Di sebuah rumah di Kedah pula, seorang janda baru sampai ke rumahnya selepas pulang daripada majlis pengebumian suaminya. Janda tersebut mengambil keputusan untuk menyemak e-mailnya untuk melihat sekiranya terdapat mesej daripada saudara-mara dan teman-temannya.

Selepas membaca e-mail pertama itu si janda tersebut pun pengsan. Anak lelaki janda tersebut pun bergegas ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai dan dia pun membaca mesej di dalam skrin komputer:

To : Isteri kesayanganku
Date : 6 April 2009
Subject : Abang telah selamat sampai
Abang tahu Sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini. Mereka telah menyediakan komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita.

Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini. Abang lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari esok.Semoga berjumpa denganmu nanti,

Sayang. Abang harap perjalananmu ke sini nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Abang lalui ketika ini.

Read more...

aku nak sedekah lagu nie pada semua kawan bloggers



antara yang menarik perhatian aku dalam lirik lagu tu ditulis...

Kau merasakan dirimu gagah,
hak yang lain tak kau indah... mengganas engkau di angkasa
terbanglah engkau tinggi sampai kemana lagi...
Ingin engkau jelajahi

Sahingga kau terlupa yang tinggi jatuh jua bila tiba ketika...
Kau Ketanah Akhirnya !
usahlah engkau lupa bahawa langit itu tinggi
nanti lemas sendiri...

semoga terhibur !

Read more...

jangan sebarangan guna bahasa it



Why Malaysian Government insists on using English for math and science?

This is because the whole world uses the language as an information and/or technology language. How dangerous it will be if we try to use Bahasa, especially in school. See example below:-

Hardware = barangkeras
Software = baranglembut
Joystick = batang gembira
Plug and Play = cucuk dan main
Port = lubang
Server = pelayan
Client = pelanggan

Try to translate this in english...!

That server gives a plug and play service to the client using either hardware or software joystick. The joystick goes into the port of the client.

Now in bahasa melayu....!

Pelayan itu memberi pelanggannya layanan cucuk dan main dengan menggunakan batang gembira jenis keras atau lembut. Batang gembira itu akan dimasukkan ke dalam lubang pelanggan.

Now you know...WHY ?... hah !

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Lorem Ipsum

E-mail kan kepada..... sheikh@mytownkajang.com

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP