Jawapan Tag dari LemangCute

Lama jugak aku perap tag dari lemang cute nie sebenarnya... sebulan ada dah agaknya tag nie aku marinate tag dia nie. Apa yang dia nak aku buat ialah bukak folder ker enam dan terbitkan gambar yang ker enam.... Nah kau ! sekali keluar merahhh..., aku sendiri pun terkezut ! hehe

Gambar nie member aku yang antor mlalui email, opis dia sebelah jea bangunan dari opis aku nie, dia suruh aku buat undian yang mana satu pilihan aku untuk dipangkah

Sebenarnya dua-dua aku tak pilih untuk dipangkah, kerana aku telah membuat keputusan aku sendiri dengan memilih calun Pakatan Rakyat untuk dipangkah ! he he.

sekian, Terima Kasih.

Read more...

kenapa orang leaki, lepas kawin jea mesti buncit ?

Kenapa, orang laki, lepas kawin je mesti buncit?



kawan-kawan semua boleh tak share dengan semua warga blogger kat sini, apakah faktor yang boleh menyebabkan lelaki boleh jadi sedemikian rupa sebab apa yang saya perhatikan memang macam tu... pelik la

Ada pendapat-pendapat yang kata...

*senang hati....sebab dah ader org yg kita sayang selalu depan mata... permakanan yang terjaga.. dah ada isteri...tau makan jer.... kurang nya melakukan aktiviti2 seperti riadah or bersenam.... sebab bila dah makan kenyang... pas tu rehat depan tv... baca paper... tetido...or sebab mereka nie banyak cacing kot... terlupa makan ubat cacing sebab tu lah jadi macam tu.... he he he

*Aku rase sebab mase bujang, depa mane ade buat hubungan kelamin. Lepas kahwin, selalu buat. Kadar testosteron menurun, air mani keluar. Kadar metabolisme menurun. Sebab tu perut boroi. Kalau kate pasal makan, before bujang makan banyak pun, x gak gemuk..hehe..

*Atau isteri yang suka try resipi baru
Suami akan jadi bahan ujikaji hehehe... mungkin jugak tuh kan ?

*Ini kebiasaan hidop la... Pompuan pon sama gak kot..Maybe pompuan stop shaving kot once married... Aku xtau ah coz x kawen g... Tapi abg aku yg dah kawin cakap buncit, coz hidop terlampau teratur and rilek sgt sampai lupa nak pk psl bende2 mcm xcercise and eat right..

*mane tak buncit, makan-minum sume terjaga bile dah kawen, nak gi bersenam pon agak malas..
sbb bini dah ade kat umah..bersenam ngan bini la.

*pompuan pun sama..lps kawin badan naik..
maybe sbb hati senang..makan berjaga..bersukan pun dah malas... aku belum kawin... tapi, aku akan pastikan laki aku nanti tak buncit... errr... tp skrg bleh la cakap... kalau dah takdir dia buncit esok, aku redha je lahhhh..

*siapa kata? ramai juga yang nak buncit lepas kawin, tapi tak buncit-buncit juga.
paktor usia, sbenarnye perut/badan diorang membesar tak semestinya lepas kahwin.
mende ni aku dok perati, orang yg berusia 22+ makin lama makin gemuk, sbab metabolisme dia makin kurang. tapi bila da kawin tu gemuk dia makin menjadi jadi mungkin faktor pompan pon ikut sama.

*kalo dulu lengan kurus je naik umur 22 tros besar je lengan, menggelebeh plak tu
lagi satu faktor duit, dlu tak bergaji hanya mampu je nengok makanan bes2. tapi bila da bergaji ha main sambar je makanan mahal.lagi2 yg tengah single mahu keje melantak je.
tapi gemuk yg single ni tak sama ngan gemuk yg couple. yg couple ni lagi besor. he he he
takde kene mengene yg kurus banyak tekanan ke ape

*bila lepas kahwin
perempuan bunting sembilan bulan lelaki bunting seumur hidup
tu namanya pengorbanan seorang lelaki...

*katenye coz sexual activities...
bile ade sexual intercourse, orgasm..bla..bla...kelenjar pitutuari (betul ke ejaan nie...? ) kat otak akan merembes hormon yg encourage cell growth.....x tau la btul ke x....

*Dah kawin tak yah ar susah2 nk control...menda yg nk da dpt kn... lgpn kegiatan riadah selama ni da ditukarkan untuk senaman lain lak...

*Tapi ada gak ar case cm cousin aku ni...dia ckp dia suka kalo husband dia gemuk sbb sedap peluk...so pas da kawin dia sumbat laki dia mkn byk2...dulu2 suh maintain kurus masa nk bersanding aje, teringat brader kat opis aku.aku tanye la kat die nape perot boroi pas kawen die bleh cakap"isteri aku tiup dari bawah, kembong la perot aku!"

*wakakakakaka...lawak bro! lawak!! tergelak aku sensorang!!

Pendapat korang pulak macamana ?


Read more...

Peguam Menulis - Kalimah ALLAH

Di ambil dari entry Nurhanisalwa - Terima Kasih kerana membenarkan saya menerbitkan semula entry ini mudah mudahan ada manfaatnya untuk kita...

Salam semua,

Kelmarin, seluruh negara dikejutkan dengan arahan daripada Kementerian Dalam Negeri berhubung penggunaan kalimah Allah oleh Akhbar Herald-The Catholic Weekly dalam buku-buku agama terbitan mereka. Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) hari ini diberitahu bahawa penggunaan perkataan ‘Allah’ dalam penerbitan berkaitan agama Kristian bukan lagi satu larangan. Keputusan itu terkandung dalam Perintah Keselamatan Dalam Negeri (Larangan Dalam Penggunaan Perkataan Tertentu dalam Dokumen dan Penerbitan) 2009 yang baru diwartakan oleh KDN. Menurut Peguam Kanan Persekutuan, Nizam Zakaria, perintah bertarikh 21 Januari lalu berkuat kuasa serta-merta setelah ia diwartakan pada 16 Februari lalu.

Perintah tersebut berbunyi: ‘‘Percetakan, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengedaran dan pemilikan sebarang dokumen dan penerbitan berkaitan agama Kristian yang mengandungi perkataan ‘Allah’, ‘Kaabah’, ‘Baitullah’ dan ‘Solat’ adalah dilarang melainkan di muka hadapan dokumen dan penerbitan itu ditulis dengan perkataan “Khusus Untuk Penganut Agama Kristian’’.

Untuk makluman semua, pada tahun 2008, sebuah gereja Titular Roman Catholic Arhbishop of Kuala Lumpur telah memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur melalui semakan kehakiman supaya pengisytiharan dibuat oleh Mahkamah untuk membatalkan keputusan Menteri Keselamatan dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia yang melarang penggunaan kalimah Allah di dalam akhbar the Herald Weekly dan istilah/perkataan Allah adalah tidak khusus bagi agama Islam.

Antara lain, alasan permohonan mereka adalah:-
1)Penggunaan kalimah Allah di dalam penerbitan tersebut adalah penghayatan Iman Kristian (biar betull!!) dan istilah itu turut digunakan oleh umat Islam dan Kristian;

2)Perkataan Allah terdapat dalam Al-Kitab dan digunakan dalam upacara sembahyang Katholik;

3)Mereka mempunyai hak di sisi undang-undang untuk menggunakan istilah Allah yang wujud dari hak kebebasan bersuara (Fasal 10 Perlembagaan Persekutuan) dan hak kebebasan beragama (Fasal 11 Perlembagaan Persekutuan);

4) Kalimah Allah ialah istilah yang tepat untuk istilah "God" dalam Bible, dan "Lord' sebagai "Tuhan";

5) Istilah Allah bukan istilah khusus bagi agama Islam, dan selama 15 abad, umat Islam dan Kristian telah menggunakan perkataan Allah sebagai merujuk kepada "Tuhan Yang Unggul". Istilah "God" telah diterjemahkan sebagai Allah dalam istilah/perkataan agama Katholik yang pertama kali diterbitkan pada tahun 1989 oleh Majlis Uskup-Uskup Katolik Semalaysia.

Atas dasar mempertahankan agama, beberapa Majlis Agama Islam Negeri-negeri termasuk MAIS telah bertindak balas dengan memfailkan permohonan untuk mencelah di dalam kes tersebut bagi memastikan hal ehwal agama Islam dapat dipertahankan dengan sewajarnya., dan permohonan ini telah dibenarkan oleh Mahkamah. Bagaimanapun, keputusan ini telah mendapat bantahan daripada peguam gereja dengan alasan Mahkamah Tinggi Sivil tidak ada bidangkuasa untuk mendengar permohonan pihak MAIS dan MAINS. Bantahan ini masih belum dibicarakan, tiba-tiba keluar kenyataan dari KDN.

Dari sudut perundangan sivil dan Syariah, pada pandangan saya, arahan yang dikeluarkan oleh KDN ini merupakan satu perkara yang tidak wajar dan tidak selaras dengan undang-undang yang berkuatkuasa di Malaysia dan juga Hukum Syarak. Dari sudut perundangan Syariah, sebab-sebabnya adalah:-

1) Maksud Syariah yang utama adalah menjaga agama. Jika penggunaan kalimah Allah oleh pihak gereja di dalam kitab-kitab pengajaran agama Kristian terbitan gereja-gereja, kebimbangan bahawa kitab tersebut mudah dibaca oleh orang-orang Islam, mendorong mereka meninggalkan agama Islam, mencetuskan kekeliruan akidah, (Tuhan kita adalah sama?!) justeru, wajiblah kita menghalangnya. Tambahan pula, mengikut kaedah fiqh, kemudharatan hendaklah dicegah.

2) Umat Islam wajib melafazkan perakuan keimanannya secara formal, iaitu La Ilaha Illa Allah yang bermaksud " Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah" dan Muhammadur Rasulullah, yang bermaksud " (Nabi) Muhammad itu Pesuruh Allah". Umat Islam tidak melafazkannya dengan cara-cara lain seperti " Tuhan yang saya sembah adalah Allah" atau "Allah adalah Tuhan saya". Ini menunjukkan bahawa seseorang yang beragama Islam membuat perakuan ketuhanan mereka dalam bentuk negatif, iaitu memperakukakn kewujudan satu Tuhan (Esa) yang dinamakan Allah, di atas penafian tuhan-tuhan lain. Unsur penafian tuhan-tuhan lain inilah yang menjadi tunjang konsep ketuhanan dalam Islam. Ini merupakan satu intipati tauhid (pengesaan Allah) dalam konsep ketuhanan Islam.

3) Perkataan "Allah" dan bukannya "Tuhan" digunakan oleh umat Islam untuk mengelakkan dari makna-makna lain yang tidak dikehendaki, seperti: i) Tuhan yang tidak beridentiti (fahaman pantheisme, iaitu Tuhan adalah segala-galanya dan segala-galanya adalah Tuhan!), ii)Tuhan sebagai entiti yang tidak mutlak/kabur (pandangan idealist), iii)Tuhan sebagai sifat makhluk (yang mempunyai jantina, perlu memenuhkan kehendak-kehendak biologi (makan, minum, berkelamin,) iv) Tuhan yang mempunyai kehendak sosial- berkawan, berkelompok, berpolitik, beragama, dll, v) Tuhan sebagai jelmaan, iaitu yang dijelmakan dalam bentuk objek-objek yang dapat dilihat. vi) Tuhan yang diangkat, asalnya bukan Tuhan, (seperti harta benda, kekayaan, sanjungan, kedudukan).Kesemua sifat-sifat ini tidak tulen dan bukan ciri ketuhanan yang dikehendaki.

4) Dari struktur nahu dan linguistik Arab, perkataan Allah itu secara mutlak bererti "Tuhan yang satu dan satu-satunya", adalah satu nama khas dan bukan ganti nama. Allah tidak boleh digunakan dalam bentuk atau makna-makna lain. Perkataan "Tuhan" sebagai bukan nama khas adalah "Ilah", bukan Allah. Allah ialah nama khas bagi Tuhan yang identitinya adalah keesaan. Jika kita menggunakan perkataan "Tuhan", ianya boleh diumumkan dan boleh dibanyakkan dengan menggantikan "T" besar dengan 't' kecil, memanusiakan pengertiannya seperti "godfather", "godmother", memperempuankannya dengan "goddess", atau memperkecilkannya dengan 'godling'. Kita tidak boleh memanupulasikannya dengan cara apa sekalipun dalam bahasa asalnya (Ahmad Deedat, 1981 : 33) Jelaslah dari segi linguistik perkataan "Allah" adalah lebih superior daripada apa jua perkataan dari apa jua bahasa dalam mempertahankan dan memelihara makna keesaan dan keunikan satu-satunya Tuhan yang layak disembah.

5) Ketika surah Al-Ikhlas diturunkan, ia membicarakan soal konflik, tentang siapakah sebenarnya Allah yang dituturkan oleh agama-agama lain itu. Adakah ia tepat dan benar dengan konsep 'Allah' yang digelar dan dipanggil oleh mereka? Imam Ibn Kathir menukilkan kata-kata Ikrimah tentang perihal turunnya ayat ini:

Berkata Ikrimah: " Ketika orang Yahudi mengatakan :"Kami menyembah U'zair anak Allah. Orang Nasrani menyatakan:"Kami menyembah Al-Masih anak Allah. Majusi mengatakan:"kami menyembah matahari dan bulan. Orang Musyrikin pula mengatakan:"Kami menyembah berhala". Lalu Allah swt menurunkan ke atas Rasulullah SAW surah Al-Ikhlas yang bermaksud; 'Katakanlah wahai Muhammad bahawa Allah itu Esa, Allah itu tempat bergantung segala makhluknya, Allah itu tidak beranak dan tidak diperanakkan dan Allah itu tiada bagiNya sekutu'.

Lalu, tidak mengira apa jua agama, sekiranya mereka tidak mengerti dan mengenal siapa itu Allah, makna sebenar di sebalik nama itu, maka mereka sekali-kali tidak layak untuk menggunakan kalimah tersebut sebagai merujuk kepada zatNya Yang Maha Agung.

6)Tuhan orang Islam dan orang Kristian tidak sama, kerana kepercayaan Kristian berasaskan kepada konsep Trinity , iaitu Tuhan yang Satu sebagai Tiga,(Konfiuslah! Berapa sebenarnya? Satu ke tiga?)

7)Diriwayatkan juga sebuah hadith daripada Abu Sa‘id secara marfu‘: “Bahawa Isa diserahkan oleh ibunya kepada seorang pengajar agar dapat mengajarnya menulis. Lalu si pengajar berkata kepadanya: Tulislah dengan nama Allah. Isa berkata: Tahukah kamu siapa itu Allah? Allah ialah Tuhan bagi segala yang dipertuhankan”.

Merujuk kepada undang-undang sivil, berikut adalah undang-undang yang berkaitan yang sepatutnya dirujuk oleh pihak KDN sebelum sesuatu arahan dikeluarkan.

1)Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa undang-undang Negeri boleh mengawal dan menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan ugama antara orang-orang yang menganut Ugama Islam.

2)Undang-undang mengawal perkembangan ugama lain tersebut telah diwujudkan oleh Badan Perundangan Negeri-negeri oleh kebanyakan negeri di Malaysia dan kebanyakan negeri-negeri mempunyai peruntukkan undang-undang yang sama. Di Selangor, undang-undang mengawal agama lain ini dinamakan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988. Untuk memudahkan penulisan, saya akan merujuk kepada Enakmen Selangor.

3) Seksyen 9, Enakmen tersebut memperuntukkan bahawa:-

Seseorang adalah melakukan kesalahan jika dia-
(a) dalam apa-apa tulisan, ucapan, pernyataan awam yang diterbitkan, menggunakan mana-mana perkataan yang disenaraikan dalam Bahagian I kepada Jadual di dalam Enakmen tersebut, untuk menyatakan atau memperihalkan sesuatu fakta, kepercayaan, idea, konsep, perbuatan, aktiviti, perkara atau hal mengenai atau berkaitan dengan sesuatu agama bukan Islam.

4) Merujuk kepada Jadual I, antara perkataan-perkataan yang tidak boleh digunakan berkaitan dengan agama Islam termasuklah Allah, Rasul, Fatwa, Nabi, Syariah, Ulama dll.

Justeru, pada pandangan saya, Perintah Keselamatan Dalam Negeri (Larangan Dalam Penggunaan Perkataan Tertentu dalam Dokumen dan Penerbitan) 2009 yang baru diwartakan oleh KDN adalah ultra vires (bertentangan dengan) objektif mempertahankan agama Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan, kerana tidak konsisten dengan peruntukan Perkara 11 (4) tersebut dan Enakmen yang diwujudkan di bawah Artikel 11(4).

Kalimah Allah bukanlah satu kalimah yang sekadar menjadi sebutan atau seruan atau panggilan bagi tuhan semata-mata. Sebaliknya ia merupakan nama yang melambangkan aqidah atau agama bagi orang yang menggunakannya. Oleh itu penggunaannya amat wajar dipantau dan dipelihara oleh kerajaan demi memastikan tiada sesiapa yang terkeliru dengan nama Yang Maha Agung itu. Justeru, keputusan kerajaan untuk mengekalkan larangan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan bukan Islam, sebagaimana yang telah diputuskan di dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada 18 Oktober dan 1 November 2006 adalah amat bertepatan dan tidak boleh dipertikaikan sama sekali. Malah penggunaan kalimah Allah, Baitullah, Solat dan Kaabah telah pun diwartakan hanya eksklusif buat umat Islam sahaja di bawah Warta PU (A) 15/82 dan pekeliling KKDN. S.59/3/6/A bertarikh 5 Disember 1986.

Anyway, terfikir juga saya, dalam masa yang sama juga, ini menunjukkan 'Bible' mereka tidak original dan boleh diubah-ubah. Sekejap nak guna Jesus Christ, sekarang mahu guna kalimah Allah pula. Memang suka meng'konfiuskan' orang. Maaflah, mungkin entri ini agak panjang, tapi saya amat berharap supaya entri ini dibaca dan jika pembaca bersetuju dengan pandangan saya, minta disebarkan kepada orang lain dengan me'link'kan artikel ini dalam blog masing-masing, untuk memberi kesedaran kepada orang lain peri-pentingnya mempertahankan kalimah Allah, untuk memelihara kesucian Islam. Wallahua'lam.


Rujukan Ilmiah:
-Perlembagaan Persekutuan

-Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988.

-Dr Amriah Buang, Mengapa Kalimah Allah? Satu percubaan menjelaskan pengertian ketuhanan dalam Islam.

- Artikel bertajuk : Kalimah Allah, bukan bermakna "God Semata-mata, Cawangan Aqidah, Bahagian Penyelidikan JAKIM.


Read more...

Senarai terbaru 21 terkaya di dunia

Berikut senarai 21 orang terkaya di dunia 2009yang dikeluarkan Majalah Forbes hari ini:


1. Bill Gates (AS$40 bilion - Microsoft - Amerika Syarikat)
2. Warren Buffett (AS$37 bilion - Berkshire Hathaway - AS)
3. Carlos Slim dan keluarga (AS$35 bilion - Telecoms - Mexico)
4. Lawrence Ellison (AS$22.5 bilion) - Oracle - AS)
5. Ingvar Kamprad dan keluarga (AS$22 bilion - Ikea - Sweden)
6. Karl Albrecht (AS$21.5 bilion) - Aldi - Jerman)
7. Mukesh Ambani (AS$19.5 bilion) - petrokamia - India)
8. Lakshmi Mittal (AS$19.3 bilion) - besi - India
9. Theo Albrecht (AS$18.8 bilion) - Aldi - Trader Joe's - Jerman
10. Amancio Ortega (AS$18.3 bilion) - Zara - Sepanyol)
11. Jim Walton (AS$17.8 bilion) - Wal-Mart, AS)
12. Alice Walton (AS$17.6 bilion) - Wal-Mart - AS)
13. Christy Walton dan keluarga (AS$17.6 bilion) - Wal-Mart, AS)
14. S. Robson Walton (AS$17.6 bilion) - Wal-Mart AS)
15. Bernard Arnault (AS$16.5 bilion) - LVMH - Perancis.
16. Li Ka-shing (AS$16.2 bilion) - Hong Kong.
17. Michael Bloomberg (AS$16 bilion) - Bloomberg, AS)
18. Stefan Persson (AS$14.5 bilion) - Hennes and Mauritz, Sweden)
19. Charles Koch, AS$14 bilion - pembuatan, tenaga - AS)
20 David Koch (AS$14 bilion) - pembuatan, tenaga - AS) - AFP

21 Sheikh Azmie - Ada blog MyTownSatay , Moto Kap Chai sebijik, Mesen Potong Rumput sebijik, Selipar Jepun tebal setengah hinci, T-Shirt Pagoda selai, Sejadah selai... banyak woooo tak tersenarai !

Read more...

bahasa melayu dimatikan


Tok nak ulas sikit tentang GMP atau ringkasnya Gabungan Mansuhkan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Impak bantahan PPSMI semalam oleh lebih daripada 100 ribu orang yang diketuai oleh Bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP dan mantan duta Malaysia ke UNESCO, Datuk Dr Hassan Ahmad telah mendapat liputan luas dalam dan luar negara.

Dokongan kuat daripada Sasterawan Negara Datuk A.Samad Said dan tokoh ilmuan seperti Profesor Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Karim, Prof Emeritus Abdullah Hasaan, Dr Shaharil Mohamad Zain dan berpuluh-puluh lagi tokoh akademik dan cendekiawan menjadikan gerakan ini digeruni kerajaan UMNO-BN sehingga terpaksa mengerahkan FRU menangani arus kebangkitan pejuang-pejuang bahasa Melayu.

Lebih menakutkan Pak Lah ialah GMP telah mendapat sokongan terbaharu daripada Majlis Permuafakatan Persatuan Ibubapa & Guru Nasional (PIBGN) yang mempunyai 8000 persatuan PIBG di seluruh negara. Pihak Suara Rakyat Malaysia(SUARAM) bersama 53 persatuan lain.Ini belum dikira Dong Zhong dan Persatuan Tamil.

Apabila tokoh cendekiawan Melayu sanggup turun ke jalan berdemo dengan rakyat jelata dan terpaksa menerima bahana gas pemedih mata yang dilepaskan oleh FRU,hilanglah maruah UMNO yang selama ini mendakwa memperjuangkan nasib bangsa Melayu sedangkan golongan yang ingin memperjuangkan bahasa Melayu ditangkap dan dimasukkan ke dalam lokap.

7 Mei 2009 adalah satu trajedi buat UMNO kerana sanggup mengarahkan FRU bertindak ganas terhadap bangsa sendiri,bangsa Melayu yang hanya ingin berarak ke Istana Negara untuk menzahirkan bantahan terhadap PPSMI.Rejim Yahudipun tak berlaku ganas terhadap bangsanya sendiri.Sekarang rakyat dapat melihat sendiri PDRM sanggup bertindak keterlaluan sehingga melepaskan gas pemedih mata ke dalam masjid negara.

Pak Lah patut merasa malu dan sebagai PM,sepatutnya beliau mengarahkan Musa Hassan dan Ketua Polis KL meletakkan jawatannya.Kenyataan akhbar Pak Lah mendesak agar isu PPSMI ini diselesaikan segera sebelum menjadi lebih serius mengugat peluang Hishamudin memenangi perebutan naib Presiden UMNO dan ramai yang meramalkan sepupu Najib ini akan kalah dengan teruknya. Tok faham mengapa Pak Lah cukup berlembut.Krisis politik di Perak, Pak Lah tak mintapun diselesaikan segera.

Sebenarnya Pak Lah sekali lagi ingin memperalatkan Pakatan Rakyat untuk menyokong usulnya menubuhkan Suruhanjaya Penambahbaikan Polis.Kali ni tok harap MP-MP Pakatan Rakyat jangan sokong kerana Suruhanjaya Perlantikan Hakim dan SPRM yang ditubuhkan baru-baru ini setelah mendapatkan sokongan MP-MP Pakatan Rakyat telah gagal berfungsi dengan baik dan sebaliknya memihak kepada UMNO.

Pak Lah memerlukan majoriti 2/3 daripada ahli parlimen untuk menubuhkan suruhanjaya penambahbaikan polis.Tok percaya jika helahnya ini terlaksana, Musa Hassan akan dilantik menjadi Pengerusi Suruhanjaya ini.

UMNO tak kira ketuanya Pak Lah ataupun Najib tetap sama cuma cara mereka menipu rakyat yang berbeza.

Sumber dari Tok Iskandar

Read more...

Negri silver yang sudah cair


Di mahkamah, hakim mengeluarkan penghukuman 'pelik', Speaker sebagai pegawai kerajaan, hanya boleh diwakili oleh Peguam Negara atau wakilnya sahaja. 'Conflict of interest' yang sangat jelas seperti mengharapkan anjing membela kucing. Terbaru, Hakim pulak dimaklumkan telah tamat tempoh, expiry date..

Apakah begitu berat permintaan Pakatan Rakyat untuk diperkenan oleh pihak istana. Ataukan mungkin benar seperti khabar angin yang bertiup kencang yang mengatakan sultan sebenarnya turut diperangkap oleh Umno.
Permintaan Pakatan Rakyat sebenarnya sangat munasabah. Tidak lebih sekadar minta dibubarkan DUN. Malah Hj NIzar cukup konsisten sejak dari awal. Semua tindakan beliau menjurus kearah membubarkan DUN.

Yang akan menanggung kesan langsung dari krisis di perak ini adalah rakyat negeri perak sendiri. Lagi lama krisis berlanjutan., lagi beratlah kesan yang akan ditanggung. Jentera Kerajaan terkontang kanting sekarang. Segala projek pembangunan pasti tergendala. Rakyatlah yang akan menangung kesannya.

Krisis di Perak ini sebenarnya cukup mudah untuk diselesaikan. Jika sultan Perak bersetuju membubarkan DUN, krisis ini boleh dianggap selesai. Biar dipulangkan mandat kepada rakyat Perak menentukan kerajaan mana yang patut mentadbir. Apa pun keputusan atau tindakan pihak istana selain dari membubarkan DUN, akan dilihat berpihak.

Dengan bersetuju membubarkan DUN, pihak istana akan lebih dilihat berpihak kepada rakyat. Masalahnya berapakah harga yang perlu dibayar sebelum pihak istana mengambil tindakan. Mungkinkah pihak istana menunggu sehingga ada yang terkorban.

Jangan sampai kesabaran rakyat tercabar. Sepatutnya kejadian di Kuala Kangsar boleh memberi pengajaran kepada semua. Jika kemarahan rakyat tidak lagi dapat dikawal, apa sahaja boleh berlaku.

Ataupun mungkin itu yang dimahukan oleh Umno, jika diistiharkan darurat di Perak, kuasa mentadbir akan berpindah kepada kerajaan Pusat yang masih belum berjaya Pakatan Rakyat kuasai walaupun 16 September sudah lama berlalu. Lagi lama krisis ini berlanjutan, lagi mahal lah harga yang perlu rakyat bayar. Adakah rakyat perlu bayar dengan darah baru krisis di Perak boleh selesai ? moga-moga tidak sampai ke tahap itu.

sumber dari ABO

Read more...

chat dgn cewek pendatang indon tanpa ijin

INI pendedahan berani nie... Pagi tadi aku chat dengan Neng cowok indon... dia sekarang kerja di Penang dia pun ada blog... klik di sini nak tengok blog dia


sheikh (3/3/2009 10:22:05 AM): salam Intan !
intan mgm (3/3/2009 10:22:15 AM): wasalam
sheikh (3/3/2009 10:22:20 AM): hehe
sheikh (3/3/2009 10:22:32 AM): Aku kangen ama kamu nih.
intan mgm (3/3/2009 10:22:49 AM): haha..bisa begitu ya? hehehe
sheikh (3/3/2009 10:23:07 AM): apa ngak ada ole2 nya ?
intan mgm (3/3/2009 10:23:48 AM): ya..kalau mau.. ada lagi ole2 nya.. bisa dihantarin sama pak sheikh hahaha

sheikh (3/3/2009 10:24:12 AM): makasih ngak usah repot repot !
sheikh (3/3/2009 10:24:35 AM): kalau bisa yea... boleh aja hehe
intan mgm (3/3/2009 10:24:54 AM): haha..kamu juga sangat pandai bicara bahasa indon ya?
sheikh (3/3/2009 10:25:21 AM): haha... emmmm yea dikit dikit aja..
intan mgm (3/3/2009 10:26:04 AM): pandai bangat pak sheikh ya...saya terlalu sibuk pak.. sampaikan nggak ada masa mau chatting huhuhu

intan mgm (3/3/2009 10:26:25 AM): musim sibuk sudah kemari nampaknya huhuhu...
sheikh (3/3/2009 10:26:51 AM): yea saya tau kamu sibuk amat... memangnya kenape yea !
intan mgm (3/3/2009 10:28:28 AM): iya..sejak balik dari bercuti bos bg kerja banyak
intan mgm (3/3/2009 10:28:50 AM): terpaksa siapkan dengan segera.. perlu teliti kerna itu saya jarang sekali on ym

intan mgm (3/3/2009 10:29:15 AM): saya sedang mengedit modul
sheikh (3/3/2009 10:29:16 AM): ngak apa apa saya ngerti dong
intan mgm (3/3/2009 10:29:37 AM): iya..harap kamu ngeti ya...hihihi
sheikh (3/3/2009 10:30:03 AM): emmm iya... kamu jangan hawatir... saya ngerti.. kok !
intan mgm (3/3/2009 10:30:29 AM): gimana pak..sehat semuanya ya??
sheikh (3/3/2009 10:30:49 AM): alhamdulillah sihat2 aja
sheikh (3/3/2009 10:32:20 AM): apa kamu sudah ketemu cowoknya tika di bandung.. ?
intan mgm (3/3/2009 10:33:00 AM): aduh.. cowoknya ganteng2 sekali..sampai saya nggak bisa buat pilihan pak
sheikh (3/3/2009 10:33:56 AM): waduhhhh.. kamu ini apa apaan sih...
sheikh (3/3/2009 10:34:15 AM): masaaa gitu enteng gak bisa... ? petik jari dong !
intan mgm (3/3/2009 10:35:08 AM): waduh..tangan ku penuh dengan barang2 shopping..ngak boleh petik jari hahaha

sheikh (3/3/2009 10:35:45 AM): tapi.... main main mata juga boleh kan ? hehehe
intan mgm (3/3/2009 10:36:13 AM): hahaha..iya..cumanya mata saya udah kelabu hahaha
sheikh (3/3/2009 10:37:08 AM): bahaya tu dong... bisa jadi buta... mata kamu
sheikh (3/3/2009 10:37:16 AM): buta huruf !
intan mgm (3/3/2009 10:38:28 AM): iya..bukan buta huruf pak... saya masih bisa baca hahaha..contohnya tulisan di sign board.. "ORANG BIJAK TAAT MEMBAYAR PAJAK" itu tulisan di sign board di bandung hahaha

sheikh (3/3/2009 10:39:55 AM): hahaha lucu juga kamu ini yea.. awas kamu saya kerjain kamu nanti bila ketemu... hehe

intan mgm (3/3/2009 10:41:05 AM): haha..iya..saya juga ketawa bila baca ayat begitu..sungguh unik pak.. ayatnya pandai membelai jiwa hehehe

sheikh (3/3/2009 10:43:12 AM): yea ayat ayat cinta itu barangkali... !
sheikh (3/3/2009 10:43:38 AM): saya kira bahasa indonesia itu lebih tepat nahunya
intan mgm (3/3/2009 10:44:50 AM): benar sekali...saya setuju..bahasanya masih belum tercemar
sheikh (3/3/2009 10:45:37 AM): jadi apa lagi yg kamu beli dari toko2 di sana ?
intan mgm (3/3/2009 10:46:07 AM): aduh pak..saya tidak keruan bila disana..segala galanya mau dibeliin hehehe..murah bangat dong
intan mgm (3/3/2009 10:46:29 AM): saya beli telekung, kebaya, jeans.. blaus
sheikh (3/3/2009 10:47:17 AM): waduhhhh kayaknya kamu sudah hilang ingatan.... udah gilak kamu ini hahaha

intan mgm (3/3/2009 10:48:20 AM): haha..memang bisa gila kalau disana...saya juga beli kain pelikat dan kain batik...kebayanya sangat cantik2...boleh buat baju raya hehehe

sheikh (3/3/2009 10:48:56 AM): tentu buat saya ada kan.... ?
intan mgm (3/3/2009 10:50:00 AM): haha.. kalau pak mau..bisa ada..kakaka...tapi kain pelikatnya udah abes diberi2 pada saudara mara..

sheikh (3/3/2009 10:51:17 AM): tidak ada kain pelikat spender pelikat pun boleh aja... emm gak apa2 la asal kamu senang !
intan mgm (3/3/2009 10:52:11 AM): haha..sungguh saya sangat senang hati disana...sebabnya saya adalah jutawan ketika disana..tetapi bila pulang ka Malaysia udah bertukar status menjadi bankrapsi
sheikh (3/3/2009 10:52:52 AM): oooo maksud kamu bangkrup ? hehehe
intan mgm (3/3/2009 10:53:09 AM): iya hehehe
sheikh (3/3/2009 10:53:51 AM): ngak apa2 kamu boleh tinggal di sana terus seperti pendatang tanpa ijin !
intan mgm (3/3/2009 10:54:12 AM): waduhhhh pak..nggak mau saya
intan mgm (3/3/2009 10:54:33 AM): nanti saya kena kerja sebagai penyanyi jalanan pula hahaha

sheikh (3/3/2009 10:55:39 AM): iya..kan kamu sudah bilang.. kamu jadi bilionir di sana... lagi pulak cowok2 nya ganteng2 lagi...
sheikh (3/3/2009 10:55:44 AM):
intan mgm (3/3/2009 10:56:50 AM): iyalah pak..cumanya kalau saya tinggal disana mau kurus kering saya..nggak tahan makan makanannya..nama makanannya sungguh malang sekali iaitu "BAKSO MALANG" sgt terkenal disana ngeTOP gitu hehe

sheikh (3/3/2009 10:58:05 AM): Ha ha ha... sunguh malang si kota malang, malangnya ngak ada bau ?
intan mgm (3/3/2009 10:58:51 AM): malangnya nggak ada bau...hahahaha..
intan mgm (3/3/2009 10:59:00 AM): pak sheikh terus kenain saya... wakakaka
intan mgm (3/3/2009 11:01:10 AM): pak sheikh, nanti kita ngobrol lagi ya..saya kena habisin kerja ini dahulu..

sheikh (3/3/2009 11:03:11 AM): yea yea... silakan ! eh eh nanti..! nanti dulu... SIRAP BANDUNG NYA MANA ?

Read more...

tag dari Alia

Rahsia DAN Tanda-tanda AKU.....

1.Sedang sukahati........
SERI MUKA AKU NAIK 9999 %
2.Sedang marah...
BADAN AKU JADI HIJAU
3.Sedang bosan tahap maksima...
SEBENARNYA AKU TAK PERNAH BOSAN... TAPI BORING MEMANG SELALU !
4.Sedang cemburukan sesuatu...
AKU SUKER MERABA RABA... SEBAB CEMBURU AKU JENIS CEMBURU BUTA... JANGAN GATAL GATAL NAK CARIX PASAL...
5.Sedang rindukan sesuatu...
BUKAN SESUATU TAPI SESEORANG...KORANG YANG MASIH ADA MAK/AYAH BERKHIDMAT LA SEBAIK MUNGKIN BIMBANG NANTI RINDU TAK SUDAH...


Kenapa anda........

1.Rasa cemburu....
CEMBURU ITU SYOK !
2.Rasa marah....
MARAH ? AKU BUKAN MARAH... NASIHAT !
3.Senyum-senyum......
EH... ! SENYUM PUN TAK BOLEH ? NAPER.. ?
4.Rasa bersalah...
SEBAB DAH BUAT SALAH !
5.Rasa mengantuk tahap gaban....
TERLEBIH TELAN UBAT BATUK

Reaksi anda...

1.Bila sedang marah....
MACAM ORANG MARAH LA...
2.Terasa malu teramat sangat....
AKU MUKA TEMBOK MANA PERNAH MALU....
3.Tak dapat tido....
AKU BUAT BUAT TIDO
4.Ternampak ehem berjalan ngan ehem...
KAU PUNYA PASAL LA...
SEKALI AKU KETIK JARI SEPULUH YANG DATAG TAU...
5.Keseorangan....
AKU TAK PERNAH KESEORANGAN...
MALAIKAT SENTIASA ADA DI KIRI KANAN

- Lima falsafah anda...

1.HIDUP BIAR SEDAP
2.MAKAN BIAR ENAK TIDUR BIAR NYENYAK
3.BIAR MULUT BUSUK JANGAN BUSUK HATI
4.BIAR MATI ADAT JANGAN MATI ANAK
5.BIAR MELAYU BERSEPAH ASALKAN ISLAM TAK BERPECAH BELAH...

Read more...

TAG SASHA


Terima Kasih kerana menghargai persahabatan walau hanya cuma di alam cyber,yang penting dalam persahabatan ialah keikhlasan . Kepada Sasha terima kasih sekali lagi semoga gembira di samping keluarga tersayang

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Lorem Ipsum

E-mail kan kepada..... sheikh@mytownkajang.com

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP