interisting blog 2009

Lagi tag dari TIRANA ,
Diucapkan ribuan terimakasih kepada Tirana kerana tidak pernah lupa akan aku walaupun kini beliau berada di tempat yang tinggi di arena blog, terima kasih sekali lagi kerana pemberian ini... sesungguhnya anda seorang yang hebat !

Kepada anda yang belum mengenali Tirana segeralah melawati halaman beliau melalui halaman INI, Tirana seorang blogger yang pemurah dengan pemberian beliau juga seorang blogger yang amat sedarhana penampilannya. Kesedarhanaan ini dapat dibuktikan melalui tulisan tulisan yang ditulis di dalam blog beliau, dengan kesedarhanaan itu jugalah maka tidak hairan Tirana dapat menambat hati ramai pembaca, pengunjung dan pengikut keblog beliau.

Maka marilah kita bercemburu dengan sifat positif yang ada pada Tirana... !


**

Read more...

yahoo... toyol naik lagi... ! jangan demo nanti derhaka... !

One down five to go....
Kadar tol di lima lebuh raya dinaikkan bermula 1 Mac 26/02/2009 11:50am KUALA LUMPUR 26 Feb. - Kadar tol di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), Lebuh Raya Sistem Penyuraian Trafik Kl Barat (Sprint), Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuh Raya Sungai Besi (Bestraya) dan Lebuh Raya Baru Pantai (NPE) akan dinaikkan bermula 1 Mac, kata Menteri Kerja Raya Datuk Ir Mohamad Zin Mohamad.

Elok la tu.... naikanla semua, apa aku pedulik ini negara Umno... buatla apa korang suker lagipun ini bukan negara kami, negara kami MALAYSIA dulu dipanggil
Semenanjung Emas... ada paham ?!

Read more...

TUAH Wanita nampak di mana... ?


Sebagai
seorang kakitangan kerajaan... bila hari jemaat aje aku Suka balik umah.. pasal masa rehat dia panjang. Jumaat tu Hujan turun lebat sangat... so aku tumpangla office mate aku sampai depan umah.Rumah aku ni berbukit sikit... Sebelum turun.. akak tu janji nak amik aku pukul 2.30 petang...

Hujan kat luar masih lagi lebat...
jam hampir ke 2.30 petang.. aku mandi dan semayang.... lepas tu siap-siap tunggu akak tadi datang amik. Jam dah kul 2.35 aku dah risau.. mana akak ni.. tak sampai-sampai lagi... office masuk kul 2.45 ptg.

Tunggu punyer tunggu.. hah.. yang dinanti sudah pun tiba, Keter proton warna cokelat matelik pun berenti kat depan rumah aku. Hujan punyerlah lebat... so aku amik surat kabo lipat tebal tebal takut tudung aku basah...lepas kunci pintu.. aku terus berlari turun...pasal rumah aku berbukit.. aku kene berlari hati hati..

Sampai aje kat keta... aku tak tunggu lagi.. terus bukak pintu dan duduk kat tempat sebelah pemandu.. Tapi kenapa akak tu tak jalan. aku toleh kat sebelah... loorr... rupanya orang lain!!!! aku tengok orang tu..orang tu tengok aku.... mulut orang tu siap ternganga lagi... Ish... saper pulak nie ?! Camana aku boleh silap... abih tu.. kat luar ujan lebat.. takkan aku nak kuar cam tu jea... aku dengan muka macam kerang busuk berkata,"Err. . bang boleh tulung hantar kat UTM tak?" Abang tu pun...tak jawap apa2 agaknya pasal masih tergamam lagi.. terus angguk tanda setuju.

Sepanjang perjalanan aku diam... abang tu pun diam...
malu betul aku sebenarnya tapi dalam hati tu sempat jugak kata..." ensome jugak abang nie, siap pakai kopiah putih lagi... adaclass gitu..." Keadaan masing masing masih gabra lagi.. aku lagi ler... entah keter sapa aku main redah jea... Aku malu malu maluuuu sangat, rasa muka aku dah di tepek-tepek ngan taik... aku berdoa semoga aku pengsan masa tu... boleh la abang tu bawak gi sepital ker... bawak gi rumah mak dia ker... pokoknya abang tu rawat aku la masa aku pengsan, tapi sayang, aku tak pengsan pun... nak buat-buat pengsan terasa macam 'gatal' la pulak

Bila sampai kat destinasi... aku pun turun... lepas ucap timankasih.
Sampai kat opis aku tunggu kakak yang sepatutnya amik aku. Bila kakak tu sampai dia tanya aku, "Pergi naik apa? Kenapa tak tunggu?" Maka aku citalah peristiwa yang sadis tu.... Ya Allah.. kakak tu punyerlah gelak kat aku bagai nak gila menitik nitik airmata dia gelakan aku Ishhh!!! Sungguh memalukan.

Tapi itu cerita 3 tahun lepas... skang ni... Abang yang aku tumpang tu.. dah jadi laki aku He..he..he... Kekadang bila ingat balik.. ish.. malu sungguh. Suami aku pun kata masa tu dia ingat aku nak rompak dia.... he he he he. aku pun tanya kenapa masa tu dia berenti kat depan rumah aku... Then.. dia kata dia nak amik beg duit kat seat belakang tu pasal dia berenti. Tapi tau tau aku pulak yang masuk... He he he sampai skang ni.. dia masih ejek-ejek aku lagi pasal peristiwa tu...

Tapi kalau peristiwa tu tak berlaku. Maybe aku tak jumpa laki lagi sampai sekarang ! He he he..!
Moral drp citer ni : Korang buat la komen sendiri kat bawah tu... Jangan tumpang orang sebarangan semata-mata nak carix laki !

sekian
Terima Kasih

**Story nie datang dari 'Pembaca Senyap'yang menghantar e-mail kat aku yang mahu story nie di entry kan, so bagi menghargai persahabatan aku Post kan dalam entry yang terbaru aku nie sebagai penghargaan... TQ

Read more...

Buat Kerja Di Bilik x-ray

SEPASANG kekasih membuka seluar dan kain masing-masing sebelum melakukan hubungan seks di bilik X-ray sebuah hospital.
Oleh JUNHAIRI ALYASA - kosmo


KUALA LUMPUR - Akibat kemaruk seks, sepasang kekasih sanggup menjadikan sebuah bilik X-ray yang dipercayai terletak di sebuah hospital di ibu negara sebagai tempat untuk memuaskan nafsu. Lebih mengejutkan semua aksi lucah dan 'lakonan asmara' mereka turut dirakam menggunakan kamera video kononnya sebagai kenangan cinta mereka.

Bagaimanapun, rakaman tersebut kini tersebar dan menjadi tatapan umum bukan sahaja menerusi Internet malah dimuat turun ke telefon bimbit. Sebanyak tujuh siri rakaman klip video lucah tersebut telah disebarkan dan semuanya dilakukan oleh individu yang sama.

Dalam video selama enam minit itu, turut kelihatan wanita tersebut lengkap berpakaian baju kebaya dan bertudung sempat beraksi manja sebelum melucutkan kain yang dipakainya.

WANITA ini ceria ketika mengangkat kainnya sebelum melakukan hubungan seks dengan pasangannya di bilik X-ray sebuah hospital di Kuala Lumpur.Tidak lama selepas itu muncul seorang lelaki berbadan gempal dengan baju berwarna merah hati dan berseluar hitam mula melakukan hubungan seks dengan wanita terbabit. Lebih mengejutkan selepas lakonan 'panas' tersebut berakhir, wanita itu sengaja memegang sekeping filem X-ray menunjukkan rakaman itu dibuat di dalam sebuah bilik X-ray.


aku tak tengok lagi walaupun ada yang antar link dalam emel...... baik layan upin dan ipin


## meh la kita berdoa supaya perkara yang macam nie tak terjadi pada kita keluarga kita dan keturunan kita... Sayangi Agama Kita beb... !

Read more...

Wajah Sebenar UMNO

entry nie aku cuma copy/paste.... sementara menunggu blog aku kembali ker wajah asalnya... dalam dua tiga hari lagi ! lagi pulak penulis nie pun minta kita sebarkan pada semua masyarakat.

Dato' Seri Ir.. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin said...
Assalamualaikum Kepada semua yang telah memberi komen tak kira manis kepedas, kutuk ke puji ke, dsbnya, saya ambil kesempatan ini mengucapkan tahniah dan jutaan terima kasih kerana sudi kunjung dan beri komen serta kritikan. Sebenarnya dalam mesyuarat exco kerajaan PR Perak ini ada di hadiri oleh 3 orang pegawai kanan yang cukup berpengalaman sebagai Ex-Officio.

Ini dibuat bagi membimbing serta menasihati semua ahli MMK supaya tidak buat keputusan yang berlanggaran atau bercanggah dengan setiap perundangan dan ketetapan negara dan negeri. Oleh yg demikian setiap keputusan yang dibuat adalah melalui proses yang menyeluruh dan merujuk kepada mereka.

Kedua , Semua ketua jabatan teknikal negeri memberi komen dan input tentang setiap permohonan terutama hal ehwal tanah, perlombongan, pelaburan dsbnya. Mereka juga akan menasihati jemaah exco dalam membuat keputusan.

Ketiga, setiap kali sebelum bermesyuarat exco, semua kertas baru untuk kelulusan atau penolakan akan dipersembahkan kepada kebawah DuliYang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak atau Raja Muda , Raja DrNazrin Shah. Lagipun, setiap keputusan yang dibuat pada mesyuarat exco sebelumnya juga akan dibentang minitnya kepada DYMM Sultan.

Tohmahan sahabat mengenai "gadai tanah" kpda Cina atau seumpamanyatidak berasas sama sekali dan hanya menunjukan kurang hemah serta bijak dalam membuat dakwaan tersebut. Sekali gus memperkecilkan kewibawaan semua institusi kerajaan yang terlibat.

Untuk pengetahuan semua, saya ingin menyatakan sedikit maklumat yang mana puluhan ribu ekar tanah kerajaan serta tanah rizab melayu yang di gadai dan dijual kepada kaum lain oleh kerajaan terdahulu sebagaimana UMNO menggadaikan Singapura, Pulau Pinang, Batu Putih, Sebahagian Pulau di Langkawi atau Pulau Pangkor Baru.

Sebahagian tanah kerajaan dan rizab melayu yang melayang ketangan cina akibat kecerdikan kerajaan terdahulu ialah:

22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK di Lekir, Manjung.
5,000 ekar di Bruas
1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
12,000 ekar kepada semua petani cina di Coldstream , Bikam, Bidor
Dan banyak lagi jumlah kecilan diseluruh negeri.
200 ekar tapak kilang simin Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Hiway ! Kerajaan PR berjaya menghentikan penggadaian tanah kerajaan dibeberapa lokasi komersial ditengah bandar ipoh, taiping, bidor , kinta,dan Perak Tengah pada pertengahan bulan Mac 2008, tarikh kerajaan PR ambil alih, oleh kerana tanah tersebut telah dijanjikan kepada towkay-towkay jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepasPRU-12).

Sebenarnya penganugerahan hak milik selamanya kepada 102,000 lotkampong tersusun (kebanyakan melayu), 47,000 lot kampong baru(kebanyakan cina) dan sebilangan kecil kampong adat (orang asli) adalah janji PAS dalam manifesto PRU-12. Bukan janji DAP!. DAP tiadamanifesto ketika itu di Perak.

Seandainya semua keluarga kampong baru (47,000) menerima anugerah hak milik selamanya, ianya hanya melibatkan sejumlah tanah tak lebih dari 3000 ekar . Ya! tak lebih tiga ribu ekar.

Oleh kerana tanah lot di kampong baru jauh lebih kecil saiznya. Kerajaan akan memperolehi tanmbahan revenue (oleh kerana kenaikan kadarpremium tanah ) sejumlah RM330 juta. Nilaian tanah akan menjadi RM1.6billion dipasaran dan tanah tersebut boleh disandarkan ke bank komersial oleh tuan milik jika di tukar kepada hak milik selamanya.

Mereka boleh buat pinjaman dan membina rumah yang kekal dan cantik kerana tiada kebimbangan tanah mereka akan dirampas dimasa akan datang. Ini cuma kampong baru, belum lagi kampong tersusun!

Cuba bandingkan dengan jumlah keluasan tanah yang digadai oleh kerajaan dahulu.! Kerajaan Perak tiada dapat apa-apa bahkan kerugian berjuta-juta dan putih biji mata kita orang melayu sebagaimana melihat"kecerdikan " pimpinan UMNO gadai Singapura, Penang dll.

Saya amat berharap menghebahkan perkara sebenar kepada rakyat Perak khususnya kaum saya orang melayu, akan pengkhianatan pimpinan UMNO sewaktu mereka berkuasa dahulu.. Namun hajat ini tidak kesampaian kerana Radio Perak FM tak bagi kerana di milik UMNO, (agaknya!).

bangkai dinosour nak tutup dengan bendela UMNO.....mana bole....tara bule punya ....

Read more...

Ganguan Sementara

Kerja-kerja menggali terowong bawah tanah sedang di jalankan . Adalah di nasihat kan kepada semua lalu lintas supaya bersabar jika terdapat sebarang kesulitan.
Terowong ini kelak akan menghubungkan bandar Kajang terus ker bandar Gaza apabila siap kelak. Bagaimanapun anda masih boleh lagi memasuki bandar Kajang jika ingin membeli belah atau menikmati satay Hj Samurai atau untuk melakukan lain lain urusan di bandar ini - sekian Terima Kasih

Read more...

umno... telunjuk lurus kelingking berkait !

Banyak pendapat mengatakan raja2 banyak dari keturunan lanun... yea ker ?
tapi aku tak nak storry sangat la pasal tu, lagi pulak aku bukan ada fakta yang jelas, cuma jika diminta pendapat aku aku suka nak kata gini...KALAU MENGIKUT SIZE LANUN YANG ADA KAT MALAYSIA...PERTUBUHAN LANUN YANG PALING BESAR IALAH UMNO...dalam politik sekular tidak ada dosa dan pahala yang diperhitungkan. Kerana mereka yang tahu dosa pahala dari awal lagi tidak akan melangkahkan kaki ke dalam gelanggang politik assobiyah apa lagi politik fulus ! Puak-puak nie hanya akan amalkan kehendak Al-Quran bila dah mati jea !

selama lima puluh tahun berkuasa belum ada sehari pun pemimpim-pemimpin melayu islam umno call-up for meeting semua mufti-mufti yang ada termasuk cendiakawan2 berijmak membincangkan bagaimana nak memertabatkan hukum Allah. Akhbar-akhbar arus perdana yang terbitnya terlalu banyk sejak dahulu hingga kini masih gagal memberitahu takyat tentang adanya hukum Takzir ,Qisas dan Hudud yang dikehendaki oleh agama islam...

Televisen yang berbagai-bagai saluran juga kelihatan tidak bermaya untuk menerangkan sesuatu yang bersangkutan dengan Ibadah,Akhlak,Jenayat dan MUnakahat. Akibatnya apa ? manusia jadi resah... pedoman yang sebenar-benarnya tidak sampai ker jiwa rakyat, jiwa takyat jadi kosong... tidak dapat mengenal identiti sendiri sebagai penganut islam lalu kekosongan ini terisi dengan fahaman-fahaman yang memesongkan... angkara siapa ini ? siapa yang harus dipersalahkan... ? selain dari individu itu sendiri tentulah pemimpin-pemimpin yang berkuasa di atas sana yang perlu bertanggungjawab... janganlah bersifat " Telunjuk Lurus Kelingking Berkait " jangan nanti Cuci Tangan apabila diminta dipertanggungjawab atas kepincangan ini....

* eh aku nak kena teruskan ker tulisan nie ?
banyak lagi jika aku nak sambung.... korang jea la kut yg tak mau baca... !

Read more...

Berita Dari Kawan Untuk Kawan

Ini e-mail dari One-Hayati kepada kita semua yang saya namakan semula "Berita Dari Kawan Untuk Kawan" Terima Kasih Wan Hayati, semoga pesanan ringkas ini bermanfaat buat kami/kita semua

1) Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari


2) Zina bermaharajalela.
Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim

3) Bermaharajalela alat muzik
"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka." Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) & penyanyi2 wanita" -Ibnu Majah

4) Menghias masjid & membanggakannya.
"Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga
tidak baik.
"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim.

6) Ramai orang soleh meninggal dunia.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik & ahli agama di muka bumi,ma ka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran" - Riwayat Ahmad

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
"Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang pa ling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia" - Riwayat Thabrani

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
"Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." -
Riwayat Ahmad

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
"Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara anda2 telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang".

10) Bulan sabit kelihatan besar.
"Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiam at ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani

11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.
"Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu" - Sahih Muslim

12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.
"Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar." -Riwayat Ahmad

13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai2" - Sahih Muslim


Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun 1 ayat..."

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Lorem Ipsum

E-mail kan kepada..... sheikh@mytownkajang.com

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP