Pergi haji dengan gaya vip..


Sebuah khemah khas untuk jemaah haji pakej VIP.
Beberapa syarikat Arab Saudi dan asing memperkenalkan pakej haji lima bintang bagi menarik jemaah haji kaya raya yang mahukan layanan istimewa bertaraf VIP ketika berada di Mina dan Arafah."perkhidmatan VIP itu pada dasarnya untuk memastikan seseorang jemaah haji dapat melakukan ibadah dalam keadaan tenang tanpa gangguan," kataseorang pembantu haji, Zaki Kamal Hussein.

Menurutnya, syarikat haji tempatan dan asing serta pejabat haji menyasarkan kelompok jemaah haji kaya sebagai pelanggan kerana mereka memberikan keuntungan lumayan."Walaupun jumlah mereka kecil, golongan itu perlu diberi tumpuan kerana banyak menyumbang kepada pendapatan kami," jelas Zaki tanpa menyebut kos pakej haji VIP itu. Ketika ditanya tentang perbezaan di antara pakej haji biasa dan pakejVIP, pembantu haji itu memberitahu, perbezaannya ketara kerana pakejVIP menumpukan pada privasi dan keselesaan pelanggan."Ia (pakej VIP) bermakna jemaah haji akan diangkut dengan bas mewah,menerima layanan bertaraf hotel, dihidangkan makanan istimewa menurutiselera mereka selain ditempatkan di dalam khemah yang luas dan mewahserta tandas bersih," ujarnya."

Kami turut menyediakan taman permainan khusus untuk kanak-kanak yang dipantau tenaga pengajar wanita supaya ibu bapa dapat mengerjakan ibadah haji dengan tenang tanpa bimbang mengenai anak-anak mereka,"tambahnya.Seorang pelabur berketurunan Mesir yang menetap di Britain, Mustapha Rajab berkata, dia memilih pakej haji VIP bagi memastikan mendapat privasi dan keselesaan tanpa gangguan akibat bunyi bising dan pencemaran udara terutama ketika musim haji tahun ini yang berdepan wabak selesema !

adoi !

6 Cucuk Satay Tak Habis Makan... Comment Sikit !:

sharamli 28 November 2009 at 12:24  

m0ga memper0lehi haji mabrur..insyaallah

Noorma Ismail 29 November 2009 at 19:46  

kalo g haji mcm ni, mesti kosnyer tinggi kan....

Kamsiah 30 November 2009 at 07:22  

hmmm...disana nati..tiada layan vvip mcm tu walau setinggi mana darjat dan pangkat..

Noorfa 30 November 2009 at 13:04  

layanan 1st classs tu beb.. ''balik kg'' nati semua sama taraf jer..

Tirana 30 November 2009 at 20:16  

nak dapat layanan taraf vip ni..kena sediakan duit banyak la..hehehe..tapi bila fikir2kan..jika tak rasa susah langsung masa mengerjakan haji, mampukan kita hayati ibadat haji itu dalam ertikata yang sebenar.

maria 14 December 2009 at 09:50  

apa salahnya kalau mampu...
daripada pegi melancong gaya vip..

Related Posts with Thumbnails

Lorem Ipsum

E-mail kan kepada..... sheikh@mytownkajang.com

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP