satu malaysia kena kelentong

Rowan Atkinson aka RON95
".Penetapan RON95 pada RM1.80 dan RON97 pada RM2.05 adalah berikutan purata kos produk bagi petrol telah meningkat daripada US$40.75 (RM142.63) pada Disember 2008 kepada US$82.30 (RM288.05) pada Ogos 2009."

(Ismail Sabri Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna. Petrol RON95 kini RM1.80 seliter, Utusan Malaysia).
Fakta paling penting: Semenjak awal tahun 2009 ini, iaitu apabila ekonomi dunia semakin merudum, harga minyak dunia tak pernah pun melepasi paras USD80 setong. Tertinggi yang pernah dicatatkan adalah pada 21 Ogos yang lalu, iaitu di paras USD75 setong. Jadi dari mana datang nilai USD82.30 ini?

2. Benarkah dakwaan kerajaan tiada perubahan harga petrol utama negara? Benar, Harga memang tidak berubah, tetapi kualiti sudah tidak sama. Dahulu, petrol jenis RON97 yang selalu kita gunakan sebelum ini berharga RM1.80 seliter. Kini, ia menjadi RM 2.05 seliter.

RON95 yang baru dilancarkan memang berharga RM1.80. Namun RON95 kurang bagus pada enjin. berbanding RON97

Contoh lain bagi mudah faham: Dulu kita beli filem DVD (RON97) pada harga RM20. Kini harga DVD itu dah jadi RM 30. Kalau nak tonton juga filem tu pada harga RM 20, boleh dapatkan salinannya dalam bentuk VCD (RON 95) yang lebih rendah kualiti audio dan videonya.

Undian di The StarOnline (tepat pada 1 September 2009) menunjukkan bahawa 52% respondenberasa tidak selesa apabila beralih kepada RON95.



3. Maka, apa implikasi kenaikan harga minyak pada kali ini? Kenaikan ini dilakukan pada waktu yang sangat tidak bijak. Ramadhan adalah bulan yang terkenal dengan "barang tak ada" dan "harga barang naik". Bila minyak naik masa bulan Ramadhan, makin lagi banyaklah barang yang mungkin akan naik harga.

Kenaikan harga minyak sehingga ke paras USD 75 setong baru-baru ini adalah dek kerana keyakinan bahawa ekonomi dunia semakin nampak macam mahu pulih, seperti di Jerman dan Perancis. Namun beberapa pakar ekonomi juga berpendapat bahawa trend tersebut mungkin bersifat fatamorgana:
We have seen this strength (in the oil price) which reflected renewed confidence in the economy. But in the last week or so people are starting to say that the stock market is overbought and the data is not that good.
(John Vautrain, penganalisis tenaga di Konsultan Purvin & Gertz, Singapura)
Jangkaan mereka lagi, harga minyak mungkin akan turun lagi (dan bukannya naik) dalam beberapa minggu yang mendatang.

Jika tekaan mereka benar, maka Malaysia akan mengambil masa yang lebih lama untuk pulih daripada kesemputan ekonomi. Ini kerana, apabila harga barang semakin mencanak, orang ramai akan lebih suka menyimpan berbanding berbelanja.

Sama ada dunia mengamalkan sistem ekonom kapitalis, sosialis atau pun Islamis, apabila majoriti orang jadi takut hendak membeli dan lebih banyak menyimpan di dalam bank dan di bawah bantal, maka ekonomi akan mandul.

Ekonomi hanya akan jadi subur apabila orang yakin untuk berbelanja sakan, di samping mereka masih ada duit untuk disimpan, diderma dan dizakatkan. Justeru, kita fikirkan sama ada kenaikan harga minyak pada kali ini boleh memandulkan atau menyuburkan ekonomi Malaysia yang baru sahaja menyambut hari jadinya yang ke-52 ini.

Orang kata... kat Mongolia minyak Ron95 lebih murah dari percuma betul ker ?

8 Cucuk Satay Tak Habis Makan... Comment Sikit !:

POSH76 2 September 2009 at 13:24  

sian rakyat kan...sumer naik...tp gaji cam hampeh susah nak naik...huhu

sharamli 2 September 2009 at 16:49  

ni k0t hadiah utk hari kemerdekaan ta0n ni..

tengku aziah 3 September 2009 at 01:02  

bnde nie ade kesan kt pengangkutan awam......

ksian kami~

pakngah 3 September 2009 at 01:15  

sheikh... nmpk gayo kena pospon niat nk kontek maiza... bajet larikk! ptuihh

Marzalina 3 September 2009 at 08:02  

Sabor jelah..ni first time hadapi kenaikan minyak setelah pakai keta..huhu..memang terasa!

@LiYaNNuaR 3 September 2009 at 23:13  

terkesima seketikaaaaaa... patut lah asyik2 kena lepak kat petoneh je skrg... aduihhh

pija5120 7 November 2009 at 01:51  

cerita lama ekk... takpe2 nak komen gak!

minyak ni mmg kureng kualiti n 'makan minyak'... tak pueh hati! dah la berulang selangor-kedah-ganu...

Related Posts with Thumbnails

Lorem Ipsum

E-mail kan kepada..... sheikh@mytownkajang.com

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP