lu pikir la sendiri... !
Setelah beberapa hari ditempatkan di wad ICU, keadaan Mak Temah mula beransur stabil. Keesokan harinya beliau dipindahkan ke wad biasa, tetapi peralatan pernafasannya masih belum ditanggalkan.
Tok Ketua bercadang untuk melawat Mak Temah yang merupakan salah seorang kariah mukimnya. Bersama isterinya Bedah, Tok Ketua ke hospital lewat petang itu untuk menziarah jirannya itu. Mak Temah kelihatan amat lemah tetapi masih dapat mengenali tetamu tetamunya. Dia memandang ke wajah Mak Bedah dengan mulut yang terkumat kamit.
Mak Bedah mendekati Mak Temah sambil mendekatkan telinganya ke bibir beliau. Tok Ketua yang berada di sisi katil sebelah lagi juga turut mendekati bahagian kepala Mak Temah.Tetapi, tiba-tiba Mak Temah mengalami sesak nafas dan dadanya berombak-ombak turun naik.Dalam keadaan kelam kabut itu, Tok Ketua terlihat tangan Mak Temah seolah-olah meminta pen dan kertas.
Kebetulan Tok Ketua menyimpan beberapa helai kertas kecil di dalam saku koceknya dan dengan segera menyerahkannya kepada Mak Temah.Tentunya Mak Temah mahu menulis wasiat, fikirannya. Nafas Mak Temah semakin sesak dan akhirnya terhenti setelah beliau menuliskan ayat terakhirnya. Kerana menghormati jenazah, Tok Ketua tidak mahu membaca wasiat itu di depan arwah Mak Temah.
Keesokannya setelah jenazah disempurnakan, barulah Tok Ketua memanggil kesemua waris Mak Temah dan menyatakan Mak Temah sempat menuliskan wasiat untuk mereka sebelum menghembuskan nafas terakhir.Waris-warisnya berasa hairan kerana setahu mereka Mak Temah bukan orang berharta. Perlahan-lahan Tok Ketua mengeluarkan kertas yang ditulis oleh arwah Mak Temah semalam dan memakai cermin matanya. Mukanya merah padam dan kertas tersebut jatuh dari tangannya....
Tiba-tiba Tok Ketua berlari keluar dari bilik tersebut secara tergesa-gesa dengan wajah cemas... Anak sulong Mak Temah, Rizal mengambil kertas tersebut dari lantai dan membacanya.Surat itu berbunyi... "Tok Ketua...! Tolong jangan pijak salur oksigen aku, aku lemas la..."
Untuk peringatan korang... kawal tingkah laku bila melawat orang sakit!
Wassalam.

8 Cucuk Satay Tak Habis Makan... Comment Sikit !:
HEHEHE...
baca berapa kali pun tetap tersengeh...ngeh..ngeh..ngeh
Nk hilang tension, kena selalu ke sini...
kuang ajo...elok2 aku lyn cite ni...lastly mcm ni jadinya..hampeh ar sheikh..xpasal2 tok ketua jd pembunuh...haru biru dwatnye.
HAHA lawak la.. ingatkan wasiat betul..hampeh
hehehe....kesian mak temah...
aduh bahye nie....
len kali klu dh tulis kene bace trus...
klu la btul..tak ke naya?
hahaha...
best2..
aku tingat balik..
dulu ada mmber penah citer..
time dok lepak2..
tp kat mana aku tk ingat dah..
aloh shian mk temah...
comey tol cte nh!!huhu
Post a Comment