Cerita Pasal Emak

Entry nie aku cilok sebenarnya, tapi adala jugak persamaan tentang mak aku walau tidak seratus persen tapi dalam tujuhpuluh peratus tue ada la kut

Aku sebenarnya rindu... rinduuu..!! sangat, itu saja perkataan yang boleh aku sebut di sini untuk bagi tau korang. Di sebalik keinduan itu jugak, ada yang manis untuk aku kenangkan semasa hayat mak aku masih ada... aaaa...! tak yah la aku citer kat sini, lagi pulak yg berlalu telah pun berlalu... kalau nak aku ceritakan pun next entry jea la... boleh ?
Sementara tu korang baca dulu cerita pasal mak dia mak saya mak awak !
terimakasih juga kepada yg telah memberi komen entry ini.

Nie Nak Citer Pasal Mak... !

Aku mest terkenangkan waktu aku kecil-kecil dulu, dimana Mak membesarkan aku dengan sepenuh kasih sayangnya dan pada azalinya arwah abah adalah orang yang paling rapat dengan aku masa tu, so... aku nak beritahu sifat Mak aku yang memang aku kagum sampai sekarang.. !


Mak aku seorang perempuan yang sangat tabah dan mempunyai ciri2 wanita yang aku inginkan. Mak aku cantik dari luaran mahupun dalaman kerana mak aku seorang yang berpegang kepada agama. Mak aku pandai berbahasa arab dan selalu ajar anak anaknya, cuma aku je yang malas sikit nak blaja..hehe..

Mak aku pandai masak, walaupun masakan dia simple tapi bagi aku rasanya amat sedap sekali..mak aku seorang yang ramah dan disenangi semua orang termasuk kawan2 aku, mak aku pandai mengaji bila ngaji dia punya suara power jugakla. Mak aku juga mengajar budak mengaji di rumah cuma aku agak lambat sikit tangkap bila belajar dengan mak aku sebab tu aku kut mengaji merangkak-rangkak sampai sekarang...bengong betul aku ni..hehehe..

Mak aku suka bercerita kisah Nabi, kisah percintaan Adam & Hawa, kisah diri dia, kesah asal usul keluarga dan macam2 lagi, sebab tu anak menantu smua rapat dan mesra dengan mak. Sebab mak aku sporting gile. Mak aku manja dengan anak2... mak aku seorang yang tabah dan kental...masa arwah abah meninggal..mak tenang aje hadapinya, tapi aku tahu dalam hati dia macam mana perasaan dan keadaan dia... sedey lak aku tetiba.... huk huk !

Bila waktu malam aku suka perhatikan mak aku tido sebab ada ketenangan di wajahnya, aku suka kucup dahi mak aku masa dia tidur dan aku suka temankan mak aku solat malam tanpa dia sedari aku sedang memerhatikanya... tu masa aku tak tidola...!Mak aku seorang yang rajin, mak aku juga suka berjalan. Mak aku suka binatang terutamanya kucing... mak aku sayang cucu2nya... mak aku sayang aku... huhu... mak aku suka akan pilihan aku.. .mak aku comel..hahaha...

MAK aku... adusss... berapa banyak mak daa... tapi yang penting aku tak pernah jemu panggil mak aku walaupun 1000x dan dari kita lahir sampai lah kehari ini... perkataan MAK adalah perkataan yang paling banyak kita sebut... sebab mak adalah permata yang takkan hilang sampai bila2... kerana syurga itu dibawah telapak kaki IBU. dan mak adalah segalanya bagi kita. Dan ingat... Mati kita nama mak lah yang akan di Bin or Binti kan apabila kita ditalkin dikemudian hari. Ingat...!!! Macam mana sifat mak kita sekalipun..dia tetap mak dan dia adalah insan yang paling sempurna dalam hidup kita, setitis airmata ibu yang mengalir akibat tindakan dan kesalahan kita berapa banyak dosa yang kita tanggung?? So... sapa2 yang pernah wat mak menangis... korang mintaklah ampun darinya... jangan tunggu raya baru nak mintak maaf..hari ni mungkin bukan untuk esok atau berikutnya.


Sebab tu aku terlalu sanjung tinggi dengan mak aku, sebab apa yang dia miliki dan kasih sayang dia takkan luntur sampai bila2. Dan pada aku yang sedang menaip ni, eh tak la copypaste jea.. hehe... tak ada insan yang mampu membuat aku kecewa dan tergugat kerana kasih sayang aku pada mak, kerana mak adalah segalanya, walaupun aku kehilangan seseorang yang di sayangi.. tapi aku tidak merasa akan kesedihannya sebab aku dapat rasakan orang tu tak penting bagi aku, kerana aku ada seseorang yang paling aku sayang dan penting iaitu MAK. Sebab tu aku akan cari seorang isteri yang boleh menggembirakan mak aku, memahami dan selesa dengan kluarga aku dan "ISTERI" yang aku inginkan seperti mak aku, walaupun tak sama tapi sekurangnya aku inginkan seorang isteri yang ada ciri2 mak aku walaupun sedikit. Aku juga akan sayang akan bakal mak mertua aku seperti mana aku sayang mak aku kerana itu adalah prinsip hidup aku. Dan aku bersyukur kerana mempunyai mak yang memahami akan diri aku, dan tiada pengganti selain dia... kerana Mak adalah segalanya buat diri aku hingga keakhir nya...
Aku "SAYANG MAK".
-
 tapi mak aku dah lama pergi - Al-Faatihah... !

19 Cucuk Satay Tak Habis Makan... Comment Sikit !:

Sheikh 13 April 2009 at 11:38  

AzMas 13 April 2009 11:05

ALFATIHAH...

MAK penawar bila kita berduka...
MAK juga penyeri bila kita bergembira... rasa rindu lak kat MAK & MAK mentua walaupon baru jumpa semalam.

**post balik komen Az Mas sebab delete blog tadi)

Sheikh 13 April 2009 at 11:40  

kabussenja 13 April 2009 11:24

teringat pulak mak kt kg... kalu bole boleh tiap2 minggu balik kg... apekan daya...

**post balik komen Kabussenja)

~Eila @ Along~ 13 April 2009 at 12:05  

mak..
satu perkataan yang sangat menenangkan jiwa..
tak kira la mak sendiri atau mertua..2-2 tetap kite sayang dan bela..

sharamli 13 April 2009 at 12:54  

alfatihah..

makkkkkkkkkkk

azza 13 April 2009 at 14:09  

syg mama !!!
klu mama takde kat uma...(wpon hari2 hadap muke mama)...tetibe umah rase sunyi...

Noorfa 13 April 2009 at 14:20  

teringat ka ma syuk.. tiap2 minggu balik jumpa ma.. bila time kene bebel mula lah nk berjuhan..tapi bila time duk sowang2 baru lah teringat ma kat umah..huhuuh

Lieya 13 April 2009 at 16:47  

Aku sayang mak aku gakkk...

pink_butterfly 13 April 2009 at 17:33  

kasih ibu mbawa ke syurga~~~

Tirana 14 April 2009 at 04:13  

Mak saya pun macam mak Sheikh cuma mak saya tak reti cakap bahasa arab tapi mengaji Quran lancar dan sedap..

Tiba-tiba aje teringat kat mak..

ela 14 April 2009 at 14:14  

alfatihah...

oh i miss my mom....nok balik!

MrYusSmile 15 April 2009 at 00:00  

adus...sedihnye n3 ni sheikh..Al-fatihah..

thnx kerana menghargai cite ini..mak kita serupa,walau pun berlainan rupa..tapi title tu tetap akn sama smp bila2..sayang lah mak kita selagi ada..

hidup mak...sayang kasih ku pada nya utk selamanya "MAK".

Nurhani Salwa Binti Jamaluddin 17 April 2009 at 23:00  

Salam Syeikh,

Dalam satu hadith, seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah saw, siapa perlu ditaati selepas Allah dan Rasulnya? Rasulullah saw menjawab, "Ibumu". "Selepas itu?"" Ibumu" Selepas itu? "Ibumu". Selepas itu? "Ayahmu"

Dalam hadith ini(Maaf, tak ingat perawinya) Rasulullah mengulangi 3 kali supaya kita mentaati ibu.. Begitulah peri pentingnya Rasulullah menekankan kepentingan mentaati, apatah lagi menyayangi ibu.. Kerana sesungguhnya pengorbanan ibu sangat besar, darinya kita lahir, 9 bulan dikandung, nak menyusukan kita selama 2 tahun.. Banyak lagi tak tercerita, dan memang tak terbalas jasa ibu, walau sampai ibu kita menutup mata..

Kepada rakan2 yang ibunya masih hidup, hargailah apa yang masih ada, kerana kita tidak tahu bila saat itu tiba. Kepada rakan2 yang ibunya telah tiada, perbanyakkan amalan sentiasalah sedekahkan amalan dan doa kita padanya, kerana salah satu bekalan di dalam kubur adalah ilmu yang bermanfaat, sedekah yang berterusan dan doa anak yang soleh.. Wallahua'lam..

Danish Andzar 19 April 2009 at 12:09  

Salam...
x nak komen ape2 pasal MAK nih..sbb sume orang tau siape MAK atau IBU atau UMMI..MAMI..& lain2 panggilan lagi....apakah tanggungjawab/kewajipan kita trhadap mereka...hanya yg letak otak kat kepala lutut jer yg tidak memahami akan tggjwb/kwjibn trhadap mereka...

sonata anak kancil 19 April 2009 at 21:18  

Alfatihah - sama lah kita Sheikh , sonata pun dah lama mak pergi yang PASTI tak kembali lagi.

Shitsurei shimashita 20 April 2009 at 14:46  

salam tuan~
wah, citer ni leh masuk competition kat
http://joegrimjow.blogspot.com
hadiah menarik jua, mgkn tuan leh lawat blog dia.

DUN Behrang 2020 22 April 2009 at 08:00  

Salam sheikh,

Terima kasih krn menjenguk blog sy baru2 ni...dpt semula tgk satay kajang yg menyelerakan tu...(alamat hilang masa "kemas" rumah ari tu)

n3 yg sangat menarik. Syabas! Hari2 jumpa mak...hari2 rindu kat mak!

INTAN 22 April 2009 at 08:02  

salam sheikh...salam ziarah...



fatihah utk ibu mu...n pd semua ibu2 yg sudah tiada d dunia yg fana...

ELeEa 27 April 2009 at 14:33  

Rndu kat mama...kat papa...kat fam
cuti labour day ni nk ajak mama n fam g mndi laut
spend time dgn fam
uuuuu

cybernetics mind 28 April 2009 at 15:30  

kot mana pon...
MAK is MAK..
IBU is IBU
MAMA is MAMA
MUMMY is MUMMY
UMI is UMI
tk der apa yg dpt mggantinya

* tetiber tingat plak
dah bnyk minggu aku
tk jumpa MAMA...tk bley jadik ni

Related Posts with Thumbnails

Lorem Ipsum

E-mail kan kepada..... sheikh@mytownkajang.com

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP