Lagi kes salah hantar e-mail akibatnya... !

Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di KL. Terdapat sebuah komputer di dalam bilik hotel itu. Dia pun mengambil keputusan untuk menghantar e-mail kepada isterinya.


Malangnya, dia telah tersalah taip alamat e-mail isterinya dan tanpa mengetahui kesilapan itu, dia pun terus menghantar e-mail tersebut...

Di sebuah rumah di Kedah pula, seorang janda baru sampai ke rumahnya selepas pulang daripada majlis pengebumian suaminya. Janda tersebut mengambil keputusan untuk menyemak e-mailnya untuk melihat sekiranya terdapat mesej daripada saudara-mara dan teman-temannya.

Selepas membaca e-mail pertama itu si janda tersebut pun pengsan. Anak lelaki janda tersebut pun bergegas ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai dan dia pun membaca mesej di dalam skrin komputer:

To : Isteri kesayanganku
Date : 6 April 2009
Subject : Abang telah selamat sampai
Abang tahu Sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini. Mereka telah menyediakan komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita.

Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini. Abang lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari esok.Semoga berjumpa denganmu nanti,

Sayang. Abang harap perjalananmu ke sini nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Abang lalui ketika ini.

21 Cucuk Satay Tak Habis Makan... Comment Sikit !:

Tirana 6 April 2009 at 13:16  

heehehehe..pengsan kalau dapat email macam tu dari suami yang telah meninggal..hahaha

senget 6 April 2009 at 14:35  

hahahaha...
ish3...
mane tak nye...
hahahahaha...
so funny laa.. :P

Shitsurei shimashita 6 April 2009 at 15:13  

hahaha..moral of the story jgn menaip dalam keadaan mamai, jgn bercakpa kalo dah nak titon ti mengarut :)

MrYusSmile 6 April 2009 at 16:14  

hahaha..ini cite wa sulah tahu..but still pecah usus jugak..wakakaka kabut...

azlanlin 6 April 2009 at 20:17  

Aku tertarik dengan entri ko kali ni.. cukup menarik!!!! Rasanya kalu janda tu bertenang, dia akn check siapa yang hantar... tentu menarik untuk dia membalasnya.. maklum le... dah janda...

azza 6 April 2009 at 20:29  

Sah!!! selepas die bc email tu...
die dh tak cr pengganti dh !!! sbb email tu tunjuk betape cintanye suami die kat die.
huhuhuhuhuhu (klu pk secare positifnye lah)

Marzalina 7 April 2009 at 15:05  

adehh...agaknya dia tak baca kot siapa pengirim email tu..main baca jer...wakakaka

Ir. hydir 7 April 2009 at 21:38  

adeh .. mmg boleh sesak nafas camtu

btw .. mcm kenal je pic tu .. tu bekas ... :)

kabussenja 7 April 2009 at 22:32  

Ramai komen tp xde sape perasan pe kene mngena pix pompuan tu? adakh itu si penerima email? heee..

ELeEa 7 April 2009 at 23:19  

Ngeri...
Mnakutkan
hehehehe

ela 8 April 2009 at 01:25  

ya Allah...kalau kita pon kita pengsannnnnn

sakurasa 2 8 April 2009 at 09:29  

Salam ziarah

best citer ni
tapi kalau sakura ditempatnya... terima email dari arwah suami tersayang pasti sakura orang yang paling gembira he he he

salam kenal

Noorfa 8 April 2009 at 15:31  

camtu pun ada gak..hahah

Maya O.Z.K 9 April 2009 at 19:40  

wow! I'm shock!
berharap tdk terjadi pdku :D

lemangcute@chah 12 April 2009 at 19:06  

tambah lagik satu ayat..

" Malam nie abang call ayang.."
hehehehe... mesti gamat...

eeeda 14 July 2009 at 15:04  

Kalau aku yg penakut dpt email nie...mau fobia nak buka email lagi....

Related Posts with Thumbnails

Lorem Ipsum

E-mail kan kepada..... sheikh@mytownkajang.com

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP