Negri silver yang sudah cair


Di mahkamah, hakim mengeluarkan penghukuman 'pelik', Speaker sebagai pegawai kerajaan, hanya boleh diwakili oleh Peguam Negara atau wakilnya sahaja. 'Conflict of interest' yang sangat jelas seperti mengharapkan anjing membela kucing. Terbaru, Hakim pulak dimaklumkan telah tamat tempoh, expiry date..

Apakah begitu berat permintaan Pakatan Rakyat untuk diperkenan oleh pihak istana. Ataukan mungkin benar seperti khabar angin yang bertiup kencang yang mengatakan sultan sebenarnya turut diperangkap oleh Umno.
Permintaan Pakatan Rakyat sebenarnya sangat munasabah. Tidak lebih sekadar minta dibubarkan DUN. Malah Hj NIzar cukup konsisten sejak dari awal. Semua tindakan beliau menjurus kearah membubarkan DUN.

Yang akan menanggung kesan langsung dari krisis di perak ini adalah rakyat negeri perak sendiri. Lagi lama krisis berlanjutan., lagi beratlah kesan yang akan ditanggung. Jentera Kerajaan terkontang kanting sekarang. Segala projek pembangunan pasti tergendala. Rakyatlah yang akan menangung kesannya.

Krisis di Perak ini sebenarnya cukup mudah untuk diselesaikan. Jika sultan Perak bersetuju membubarkan DUN, krisis ini boleh dianggap selesai. Biar dipulangkan mandat kepada rakyat Perak menentukan kerajaan mana yang patut mentadbir. Apa pun keputusan atau tindakan pihak istana selain dari membubarkan DUN, akan dilihat berpihak.

Dengan bersetuju membubarkan DUN, pihak istana akan lebih dilihat berpihak kepada rakyat. Masalahnya berapakah harga yang perlu dibayar sebelum pihak istana mengambil tindakan. Mungkinkah pihak istana menunggu sehingga ada yang terkorban.

Jangan sampai kesabaran rakyat tercabar. Sepatutnya kejadian di Kuala Kangsar boleh memberi pengajaran kepada semua. Jika kemarahan rakyat tidak lagi dapat dikawal, apa sahaja boleh berlaku.

Ataupun mungkin itu yang dimahukan oleh Umno, jika diistiharkan darurat di Perak, kuasa mentadbir akan berpindah kepada kerajaan Pusat yang masih belum berjaya Pakatan Rakyat kuasai walaupun 16 September sudah lama berlalu. Lagi lama krisis ini berlanjutan, lagi mahal lah harga yang perlu rakyat bayar. Adakah rakyat perlu bayar dengan darah baru krisis di Perak boleh selesai ? moga-moga tidak sampai ke tahap itu.

sumber dari ABO

11 Cucuk Satay Tak Habis Makan... Comment Sikit !:

ELeEa 5 March 2009 at 15:44  

Malaysia owh Tanahairku...
Tak tau la apa lagi yang akan berlaku masa depan...
Tunggu dan lihat
uuuuu...

nurul izza 5 March 2009 at 15:56  

nape pggil negeri saya negeri 'silver'?
Perak oh Perak..

~Eila @ Along~ 5 March 2009 at 22:54  

wang boleh membeli harga diri...

Sheikh 6 March 2009 at 07:52  

sheikh to EleEa.

Hancur la ini macam... satu waktu nanti anak2 kita yang ada ilmu pengetahuan Agama pasti bengang membaca kisah2 peimpin yang kurup masa kini

sheikh to Izza,

Negri mu negeri ku jua... Silver oh Silver...

sheikh to Eila@Along,

wang boleh beli harga diri ? Tapi wang juga membuatkan tergadai atau terjual harga diri....

Noorma Ismail 6 March 2009 at 08:34  

Oh negeri tempat kelahiranku..Tuan Sheikh, saya orang Kuale, mike plak dr mana?

Kamsiah 6 March 2009 at 10:43  

rakyat boring & bengang dgn perangai YB2 .....sampai bila nak berakhir kemelut 2 org MB ni...

Sheikh 6 March 2009 at 10:56  

sheikh to Noorma,

Teman orghang Parit Buntor...

Sheikh 6 March 2009 at 11:04  

Sheikh to Kamsiah,

Inilah akibatnya ikut sangat telunjuk orang putih... pisahkan Agama dengan Politik, akibatnya apa ? Inila yg kita saksikan sekarang !

Mungkin Allah nak lihat... sejauh mana keberkesanan otak manusia tanpa bimbingan Allah dan rosul... kita saksikan !

kin hashim 9 March 2009 at 18:05  

yakin dengan kemenangan pihak yg benar....lambat atau cepat je... tu yg boring duk menunggu tuh!!! sian rakyat jelata...

KerusiMaLas 11 March 2009 at 10:10  

Fasa 16(6) Perlembagaan Undang-Undang tubuh Negeri Perak.

Tiga (3) Keadaan, Menteri Besar boleh lucut jawatan:
1. Undi tidak percaya
2. Pembubaran DUN
3. MB letak jawatan

Fikir-fikirkan..!

nurul izza 12 March 2009 at 12:42  

krisis politik perak akan berlanjutan selagi DUN x dibubarkan. percayalah..wait n see.

Perak kat mane?

Related Posts with Thumbnails

Lorem Ipsum

E-mail kan kepada..... sheikh@mytownkajang.com

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP