bahasa melayu dimatikan


Tok nak ulas sikit tentang GMP atau ringkasnya Gabungan Mansuhkan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Impak bantahan PPSMI semalam oleh lebih daripada 100 ribu orang yang diketuai oleh Bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP dan mantan duta Malaysia ke UNESCO, Datuk Dr Hassan Ahmad telah mendapat liputan luas dalam dan luar negara.

Dokongan kuat daripada Sasterawan Negara Datuk A.Samad Said dan tokoh ilmuan seperti Profesor Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Karim, Prof Emeritus Abdullah Hasaan, Dr Shaharil Mohamad Zain dan berpuluh-puluh lagi tokoh akademik dan cendekiawan menjadikan gerakan ini digeruni kerajaan UMNO-BN sehingga terpaksa mengerahkan FRU menangani arus kebangkitan pejuang-pejuang bahasa Melayu.

Lebih menakutkan Pak Lah ialah GMP telah mendapat sokongan terbaharu daripada Majlis Permuafakatan Persatuan Ibubapa & Guru Nasional (PIBGN) yang mempunyai 8000 persatuan PIBG di seluruh negara. Pihak Suara Rakyat Malaysia(SUARAM) bersama 53 persatuan lain.Ini belum dikira Dong Zhong dan Persatuan Tamil.

Apabila tokoh cendekiawan Melayu sanggup turun ke jalan berdemo dengan rakyat jelata dan terpaksa menerima bahana gas pemedih mata yang dilepaskan oleh FRU,hilanglah maruah UMNO yang selama ini mendakwa memperjuangkan nasib bangsa Melayu sedangkan golongan yang ingin memperjuangkan bahasa Melayu ditangkap dan dimasukkan ke dalam lokap.

7 Mei 2009 adalah satu trajedi buat UMNO kerana sanggup mengarahkan FRU bertindak ganas terhadap bangsa sendiri,bangsa Melayu yang hanya ingin berarak ke Istana Negara untuk menzahirkan bantahan terhadap PPSMI.Rejim Yahudipun tak berlaku ganas terhadap bangsanya sendiri.Sekarang rakyat dapat melihat sendiri PDRM sanggup bertindak keterlaluan sehingga melepaskan gas pemedih mata ke dalam masjid negara.

Pak Lah patut merasa malu dan sebagai PM,sepatutnya beliau mengarahkan Musa Hassan dan Ketua Polis KL meletakkan jawatannya.Kenyataan akhbar Pak Lah mendesak agar isu PPSMI ini diselesaikan segera sebelum menjadi lebih serius mengugat peluang Hishamudin memenangi perebutan naib Presiden UMNO dan ramai yang meramalkan sepupu Najib ini akan kalah dengan teruknya. Tok faham mengapa Pak Lah cukup berlembut.Krisis politik di Perak, Pak Lah tak mintapun diselesaikan segera.

Sebenarnya Pak Lah sekali lagi ingin memperalatkan Pakatan Rakyat untuk menyokong usulnya menubuhkan Suruhanjaya Penambahbaikan Polis.Kali ni tok harap MP-MP Pakatan Rakyat jangan sokong kerana Suruhanjaya Perlantikan Hakim dan SPRM yang ditubuhkan baru-baru ini setelah mendapatkan sokongan MP-MP Pakatan Rakyat telah gagal berfungsi dengan baik dan sebaliknya memihak kepada UMNO.

Pak Lah memerlukan majoriti 2/3 daripada ahli parlimen untuk menubuhkan suruhanjaya penambahbaikan polis.Tok percaya jika helahnya ini terlaksana, Musa Hassan akan dilantik menjadi Pengerusi Suruhanjaya ini.

UMNO tak kira ketuanya Pak Lah ataupun Najib tetap sama cuma cara mereka menipu rakyat yang berbeza.

Sumber dari Tok Iskandar

9 Cucuk Satay Tak Habis Makan... Comment Sikit !:

ELeEa 9 March 2009 at 21:15  

Tak tau nk kata apa...
Ms mmula nk lancar sc dgn math dlm b.i dulu xsteruk ni pun bantahan dbuat...
sekarang?

MrYusSmile 9 March 2009 at 23:15  

biasalah..permainan politik..kita rakyat, klu tak kuat x jadi apa..bleh bersuara, tp mati dlm tindakan..so..hya diri yg memahami.

Tirana 10 March 2009 at 09:17  

Kalau dah memang penipu tu, jadi penipu la sampai bila2..tak senang kalau tak menipu..hehehe

Suzi 10 March 2009 at 09:56  

hairan betul kenapa nak gunakan kekerasan tuk penunjuk perasaan tu...
kat adelaide ni selalu juga ada tunjuk perasaan...cikgu(sampai sekolah cuti ...cikgu pergi demo)...nurse...dll tapi takde pulak polis masuk campur...polis sekadae pemerhati..duk kat tepi jalan...

Sheikh 10 March 2009 at 12:48  

sheikh to MrYusSmile

biasala buat buku baru siapa yg dapat tender ? puak2 tu jugak kan ?
duit beb duit... !

sheikh to Tirana,

Tu la kalau kita kata ikut sangat telunjuk org putih tak nak mengaku. Otak pemimpin umno nie memang dah jahanam. JIKA org umno mati nak pindah kan organ diorang jangan terima... rosak manusia satu alam...

sheikh to suzi,

nak buat macamana semua ajensi kerajaan terpesona dan memehak pada
pemimpin kerajaan SARKIS !

Danish Andzar 10 March 2009 at 22:12  

Bang mintak maaf...nk mencelah sikit...ape masalahnya??sebagai pelajar sy tak rasa apepun..seronok apa..pokoknya nak ngan tidak jer...ape susahnya..camne gune BI dlm subjek math dan sains bleh lupuskan Bahasa Melayu sy rasa kat sekolah ade lbh kurang 8 subjek tolak sains, math and BI ade 5 subjek lg
yg pakai Bahasa Melayu kan?
kat rumah sy guna Bahasa melayu ape..so..hilang ke Bahasa Melayu tuh? hishh x faham lar saya..jangan lar sume bende nk dipolitikkan..sian lar kat kami pelajar nih..uuwwwaaaaa

aku 11 March 2009 at 01:16  

ape salahnyer BI tuh.. hairan sungguh.. blaja tinggi tp otak sengkat... aku blaja xde masalah pun.. BM ok jek.. dlm umah ckp BM... subjek lain pun banyak BM... SAINS n MATE ni ler banyak perbaiki BI aku pun... dah le kt U pun buku rujukan banyak BI... expecially nak jadik doktor ke penyelidik ke... lawyer ker... have to be good in english... kalo org kite wat buku rujukan x pe le gak... ini masih bergantung jugak2 dgn buku english... aiii mcm mane le nak maju org kite ni... merusuh jek pandai

awang kata 11 March 2009 at 22:15  

Seronok dengan PPSMI. Seperti seronoknya ikan memakan umpan dan mata kail sekali.

Macam tulisan Jawi kita, tak dipedulikan lagi. Kini Utusan Melayu dah jadi sisipan akhbar, menumpang di akhbar lain.

Memang perlu fikiran terbuka tetapi bukan bererti pemikiran singkat tuan. Aduhai.

Isyrak 13 March 2009 at 11:59  

terharu sangt bila ahli akademik sanggup turun padang bersama2 untuk memperjuangkan bahasa..Alhamdulillah..saya menyokongnnya..

http://littlemermaid.mysekolah.com/

Related Posts with Thumbnails

Lorem Ipsum

E-mail kan kepada..... sheikh@mytownkajang.com

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP