Berita Dari Kawan Untuk Kawan

Ini e-mail dari One-Hayati kepada kita semua yang saya namakan semula "Berita Dari Kawan Untuk Kawan" Terima Kasih Wan Hayati, semoga pesanan ringkas ini bermanfaat buat kami/kita semua

1) Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari


2) Zina bermaharajalela.
Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim

3) Bermaharajalela alat muzik
"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka." Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) & penyanyi2 wanita" -Ibnu Majah

4) Menghias masjid & membanggakannya.
"Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga
tidak baik.
"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim.

6) Ramai orang soleh meninggal dunia.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik & ahli agama di muka bumi,ma ka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran" - Riwayat Ahmad

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
"Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang pa ling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia" - Riwayat Thabrani

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
"Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." -
Riwayat Ahmad

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
"Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara anda2 telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang".

10) Bulan sabit kelihatan besar.
"Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiam at ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani

11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.
"Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu" - Sahih Muslim

12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.
"Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar." -Riwayat Ahmad

13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai2" - Sahih Muslim


Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun 1 ayat..."

9 Cucuk Satay Tak Habis Makan... Comment Sikit !:

MrYusSmile 3 February 2009 at 10:56  

wah!! Bro..menarik n3 kali ni..aku suka akannya...dan sememang nya benar sebenar2nya, kiamat makin hampir dan manusia tidak sedar akan kehampirannya..makinnya dosa, makinnya bermaharajalela...
herm..
takut akan mati nescaya kamu lah org yg akn selalu mengingati akan setiap perbuatan mu. takut akan segalanya..renungkan.

Yanmie 3 February 2009 at 11:13  

thanks yea atas infonya..dan terima kasih jugak kawan sudi postkan entry ini untuk kawan2 yg lain..

Sheikh 3 February 2009 at 11:52  

terima kasih kepada yg sudi teruskan pesanan ringkas ini... walaupun sepotong ayat manfaatnya tetap besar di sisi Allah !

limaumaniss 3 February 2009 at 13:28  

i rase gaya lam gamba tu x memikat langsung pon...hahahah

nurul falah 3 February 2009 at 14:00  

semoga hati-hati kita bersatu untuk terus mengingatiNYa dan menjadi hambaNya yang bersyukur

Tihara 3 February 2009 at 16:32  

dah ade tanda2 kiamat tapi masih leka..tq sbb mengingatkan sesama kita..

sonata anak kancil 3 February 2009 at 20:12  

sesungguhnya semuanya sudah akhir zaman...manusia semakin leka...

Ir. hydir 5 February 2009 at 13:04  

Tahukah kita bila hari kiamat akan berlaku?
Mari renungkan:

1. Ia akan berlaku pada 10 Muharram
2. Ia akan berlaku pada Jumaat
3. Ia perkara ghaib yang kita tidak mengetahui.

Yang penting... kita kena berusaha untuk memastikan kita sentiasa beramal dan beriman kepadaNYa...

[Mulia aku kerana ISLAM!]

Related Posts with Thumbnails

Lorem Ipsum

E-mail kan kepada..... sheikh@mytownkajang.com

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP