Destini - Dato Sheikh



Aku tak tau sama ada korang pernah dengar lagu nie ker tidak... ? tapi aku percaya sangat korang memang lagsung tak pernah dengar lagu nie, haku pun cuma pernah denger sekali dua jea tu pun masa aku zaman sekolah dulu dah berpuluh tahun dah... masa tu style lagu nie dianggap sebagai yang terbaru la masa tu dalam industri muzik... dikatakan memang sukar nak memikat telinga pendengar, memang tak popular pun lagu nie... hehe ! Yang menjadi masalah nya aku pulak suker lagu nie...

Antara perkataan yang disebut dlm lirik lagu nie ialah

Manusia itu sama saja
Janganlah kita salah sangka
walau kita orang berada
Usah kita beza membeza
Corak hidup tak mesti serupa
Ada orang miskin ada orang kaya
Rahsia nikmat hidup bahgia
Dalam hati suci
Tersisip cahaya

lirik yang lain tu kalau korang sanggup dengar korang dengar la....
aku tak paksa

Read more...

Jawapan Tag dari Keroll

Salam kali nie aku tunaikan permintaan si Keroll - Aku mula kenal Keroll nie masa baca pasal kucing di post entry dia so kalau korang yg suker kucing tu cuba2 mengendap blog dia..... OK la Keroll aku cuba jawab TAG yang hang bagi...

What if your ex said these to you
?

1. Hi how are ya?
ALHAMDULILLAH

2. Hey! You wanna go to the mall?!
APER SAL? NAK AJAK AKU KER ? CARIX TEMPAT MAKAN JEA LA..

3.I LOVE U..
I LOV U ? APER TU... MERE MUHABAT ker ?

4.DO u want some cookies?
BOLEH JUGAK , HALAL KER NIH..?

5.Can you take me a picture?!?
NO PROBLEM , BIASA ORANG KATA 'TANGKAP GAMBAR'

6.Help me in my homework!
BAGI NO PIN ACC BANK KAU DULU...BARU AKU TOLONG !

7.Here’s my gift to you…
SAYANG SEKALI TANGAN AKU TAK BERBUAH ATAU SEBENARNYA TAK PERNAH BERBUAH LANGSUNG

8.Let’s just be textmates
DATANGLA AMIK AKU... KITA KUAR MAKAN2 KER, PERUT PUN BELUM BERISI LAGIK

9.Do you want me to buy you an ipod?
ITU TAK PENTING, YG PENTING LINGKARAN UBAT NYAMOK, SEBAB AKU TAK MAU KAU DI GIGIT NYAMOK KANG KENA DENGGI AKUUUU... JUGAK YANG SUSAH NANTI !

10.Let’s sit together in the bus
NAIK KETAAPI LA, KITA DOK GERABAK BELAKANG, LAMBAT SIKIT SAMPAI...

11. Hi baby ..
HOI TAK GETI BAGI SALAM KER ?

12.Your still cute!
SEBELUM AKU KENAL KAU PUN AKU MEMANG cute MACAM NIE !

13.I still LOVE you!
HE HE... AKU KENA TOLEH KIRI KANAN DULU....

14.Can I visit your house?
BOLEH ! KATA NABI ORG DATANG RUMAH ADALAH RAHMAT

15.Do you love me?
AKU SENTIASA DALAM CINTA

Read more...

Gift Dari Azza - Sedetik Hati


Terimakasih
Azza
dengan gift kali ini
Best Blogger Award
2008/2009
dan
'The Very Best Blog Ever'
Best pun best la janji rock !
terimakasih
sekali lagi
TQ.

untuk pengetahuan korang semua AZZA adalah salah seorang yang ter awal yang aku kenal dalam dunia cyber, bahkan lebih awal lama sebelum kewujudan blog satay aku nie dia banyak berkarya, banyak idea, banyak cerita dan dia boleh kita anggap sebagai ratu atau diva dikalangan bloggers tanahair dan hatinya sentiasa berdetik.... kepada yang belum mengenalinya berkunjung la ker halaman beliau Sedetik Hati disana korang mungkin dapat mengenali beliau lebih dekat lagi

balik cerita pasal blog aku...
selama nie aku anggap blog aku blog BSS atau Blog Syok Sendiri
sesekali aku panggil blog aku blog69 blog yg tunggang tebalik atau mudah faham blog
caca marba, tapi orang dah kata blog best hamik jea la..... janji rock !

Read more...

Wajib Baca Petua Memilih Ayam

Wajib Baca -Petua Memilih Ayam ini...
Petua ini sangat sangat berguna pada sesiapa yang ingin membeli ayam..., sila wajibkan diri anda membaca kisah di bawah

Kak Midah & Penjual Ayam
Kak Midah ni dok meniaga nasi dekat kedai berhampiran. Jadi hari hari lah dia beli ayam dari Sudin. Disebabkan dah setiap hari dok main dengan ayam, sampai Kak Midah dah kenal jenis jenis ayam sebelum di sembelih.

Antara ayam yang selalu dipilih oleh Kak Midah ialah ayam dari Bangi dan ayam dari Perlis. Selalunya ayam dari Bangi lah yang menjadi pilihan Kak Midah. Kalau tidak dia akan beli ayam dari Perlis sahaja. Kalau tak ada lansung dia tak akan beli ayam lain.

Kelebihan yang ada pada Kak Midah ialah dia boleh kenal samada ayam tu dari Bangi atau Perlis ialah dengan membelek punggung ayam tu. Selalunya Sudin akan campur semua ayam yang sampai dalam satu tempat. Jadi jenuhlah Kak Midah dok belek sekor sekor nak cari ayam Bangi atau ayam Perlis.

Mula-mula Sudin tak kisah sangat dengan Kak Midah. Tapi lama-lama Sudin dah mula boring. Sebab Kak Midah ni customer tetap Sudin pendam je bengang dia. Satu hari Kak Midah datang macam biasa dan terus belek punggung ayam nak cari ayam Bangi. Habis semua ayam dibeleknya. tak ada satu pun ayam Bangi atau ayam Perlis.

Jadi Kak Midah pun panggil Sudin dan tanya,

Kak Midah : Din ! ayam Bangi tak ada ke?.

Sudin : Tu ada dalam tu. (Yang sebenarnya tak ada sebab lori ayam Bangi terbalik dekat Tanjung Malim)

Kak Midah : Hang toksah dok bohong. Kak Midah dah tengok dah, semua ayam dari tempat lain.

Sudin : Ayam Perlis ada. (Yang sebenarnya pun tak ada sebab lori rosak dekat Nibong Tebal).

Kak Midah : Hang ni, Kak Midah kata tak dak, tak dak la. Hang ingat Kak Midah tak kenai ke ayam-ayam tu. Bukan sehari dua Kak Midah dok main dengan ayam.

Sudin : Kak Midah ni memang teror lah, punggong ayam pun dia boleh kenal.

Kak Midah : Baru hang tau siapa Kak Midah. Pakar tengok punggong ayam. (lalu blah sambil tersenyum walau pun tak dapat ayam hari itu)

Kemudian sampailah nak dekat Hari Raya...

Kak Midah macam biasalah nak belek punggong ayam. Sudin tengok Kak Midah, bengang je rasa macam nak bertempik dekat Kak Midah sebab orang terlalu ramai dan sesak pada masa tu. Kak Midah perasan yang Sudin memang bengang kat dia. Sambil Sudin dok bersihkan ayam Kak Midah, Kak Midah cuba ambil hati Sudin.

Kak Midah : Din ! Tak balik raya ke tahun ni.

Sudin : Tak!!! (Bengang)

Kak Midah : Famili ada kat sini ke?.

Sudin : Tak dak!!

Kak Midah : Habih tu raya dengan siapa? .

Sudin : Raya sorang-sorang.

Kak Midah : Kalau Din tak balik kampung mai lah rumah Kak Midah.

Sudin : Tak pa lah, terima kasih je lah.

Kak Midah : Dah lama kita kenal, kak tak tau pun kampung Din. Kampung Din kat mana?

Sudin : (Diam)(Buat tak dengar)

Kak Midah : Kak tanya ni, kampung Din kat mana .

Sudin : (Masih diam)(Tiba-tiba Sudin naik atas meja lalu membuka seluar dan menonggeng ke arah Kak Midah sambil berkata......) Kalau Kak Midah teror cuba Kak midah belek punggong saya dan teka saya berasal dari mana? .

Kak Midah : (terus blah sekor ayam pun dia bawak balik hari tu...)

Read more...

Tirana oh Tirana


sekali lagi aku dapat sesuatu dari Tirana, pagi pagi lagi dia suruh datang ker halaman dia, suruh amik sesuatu... bak kata orang musuh jangan dicari, rezeki jangan ditolak, apa lagi haku amik la.. nak tunggu aper? Hangpa tau tak, apa aku dapat ? aku dapat kad oooo... cun wa cakap lu.. tapi, oh oo... bukan setakat tu saja ada TAG lagi... huh, nie yang selalu mengancam perasaan aku nih ! apa pun aku cuba juga jawab slow slow atau lebih slow dari kura kura jalan telentang.. !


Jawapan TAG dari Tirana... he he he !
Three Things That Scare Me:
1) YANG MENGHIDUPKAN DAN YANG MEMATIKAN AKU
2) iMAN TIDAK BERTAMBAH
3) hILANG hARGA DIRI

Three People Who Make Me Laugh:
1) kANAK KANAK
2) kAWAN KAWAN
3) pEMIMPIN UMNO

Three Things I love:
1) aHLI KELUARGA
2) fRIEND'S
3) hONDA CUP CHAI AKU

Three Things I Hate:
1) mEMBEBEL
2) MERUNGUT
3) mENGUAP KETIKA SOLAT

Three Things I Don't Understand:
1) aKU TAK FAHAM BAGAIMANA AYAM DI BALING TAK MATI
2) aKU TAK FAHAM BAGAIMANA KAMBING DI BANTING JUGA TAK MATI
3) aKU TAK FAHAM MENGAPA CINA DI KEPONG TAK MARAH

Three Things I'm Doing Right Now:
1) jAWAB TAG NIE LA...
2) sAMBIL BERBUAL DENGAN KAWAN LAMA YG DATANG DARI TEMERLOH
3) sAMBIL JELING JELING KERANI BARU...

Three Things I Want OR To Do Before I Die:
1) tUNAI SEGALA YANG DIFARDUKAN
2) dAPAT GELARAN ATOK_ONE
3) hUTANG SIFAR

Three things I can do:
1) mAIN GASING
2) mENYELAM LAUT
3) tARANUM SIKIT SIKIT JEA LA...

Three Ways To Describe My Personality:
1) aKU YAKIN AKU ORANG BAIK
2) lAWA TIADA TAPI MANIS ADA
3) PERUT BULAT... MUNGKIN DISEBABKAN TAK IKAT PERUT... !

Three Person I want to Tag:-
1) KHYRULL
2) MAMA JUNES
3) MAMAAFFIQ

Kepada tiga nama di atas anda boleh memilih menjawab atau tidak menjawab tag ini Sesungguh nya tiada paksaan di dalam Islam !

Read more...

Saya Tak 'Caras' Dato' K ! - Rozita Che Wan

seorang peminat seni tanah air yang membuat pengakuan bahawa cerita Datuk K menghadiahkan sebuah kereta mewah BMW kepada Rozita Che Wan sempena hari lahir beliau tidak lama dahulu adalah benar belaka. Peminat ini bercerita bahawa sepupu kepada rakan beliau adalah bodyguard kepada Siti Nurhaliza. Bodyguard ini memberitahu yang Siti mengamuk sakan apabila mengetahui yang Datuk K menghadiahkan kereta buat Rozita Che Wan. Sejak kejadian itu, Datuk K sering mengekori Siti Nurhaliza ke mana sahaja sebagai tanda ambil hati. Itu yang keluar kenyataan masa saya 99% dihabiskan bersama Siti Nurhaliza kenyataan dari mulut Datuk K. -sumber dari bulan

dalam perkembangan lain


Saya Tak 'Caras' Dato' K ! - Rozita Che Wan
Rozita Che Wan antara aktres tercantik di Malaysia. Tidak hairanlah ramai VVIP dan orang kenamaan yang mahu mendekati dan 'menghimpit' ibu kepada dua orang cahaya mata ini.

Terbaru, Rozita dikatakan menerima sebuah kereta BMW dari Dato' K! Kononnya, Dato' K pernah menaruh hati kepada Rozita sehinggakan sanggup berbelanja besar bagi memberikan sesuatu yang istimewa kepada pelakon berasal dari Alor Setar, Kedah itu.

Rozita yang dihubungi hanya ketawa besar. Menurut Rozita semua itu cerita bohong yang sengaja diada-adakan oleh pihak tertentu. "Kalau saya nak caras suami orang, bukan Dato' K orangnya" akui Rozita berani.

Rozita yang menyifatkan tuduhan tidak berasas itu sebagai satu perkara biasa di kalangan artis, namun mengaku kereta BMW yang dimaksudkan itu adalah keretanya sendiri yang dibeli kira-kira dua tahun lalu. Jadi tidak timbul soal kereta itu diberi atau dihadiahkan oleh Dato' K" ujar Rozita Che Wan lagi. Rozita juga menafikan pernah bertemu dengan Dato' K sebelum ini.

"Saya tak pernah bertemu dengan Dato' K. Tak ada sebarang urusan antara kami. Dengan Dato' Siti pun saya hanya pernah berjumpa dua tiga kali. Saya harap Dato' Siti tidak akan risau dengan semua khabar angin tersebut. Memang saya bekas pramugari tetapi bukan saya pramugari yang dikaitkan dengan Dato' K itu" tegas Rozita.
-Oleh: Hanez Yussof

* Dato' K tak der yg mustahil dalam dunia dia... mungkin bagi dk'
BMW untuk lambang Betina Mata Wang

Read more...

Jawapan TAG Dari Lemang Cute

Berpeluh hotak aku menjawab tag Lemang nie, soklan nampak jea sempoi tapi tak kena gaya boleh Hilang Akal menjawabnya, camner pun aku cuba jugak mengedjust jawapannya, tapi mahap la jika jawapan tak dapat memuaskan hati semua, aku tau Lemang nie baik orangnya, sikit hal tu, tentu dia boleh lebih kurang kan ?

1. What is the relationship of you and him/her?
MANUSIA DENGAN MANUSIA

2. Your impressions towards him/her.
BILA HATI NAMPAK BAGUS, AMIK LA..

3. The most memorable things he/she had done for you.
PERLU KER NAK STORY KAT SINI ?

4. The most memorable things he/she have said to you?
aKU MALU LA NAK CITER KISAH DOLO DOLU...

5. If he/she become your lover, you will...
SAMA JEA MACAM INSAN INSAN LAIN...

6. If he/she become your enemy, you will...
BERSANGKA BAIK JEA LA..
MUSUH JANGAN DICARI REZEKI JANGAN DI TOLAK

7. If he/she become your lover, he has to improve on...on his/her
BIAR MENGERTI DALAM BANYAK HAL

8. If he/she become your enemy, the reason is...
MUSUH DALAM SELIMUT KUT, TAK PUN SELIMUT DALAM MUSUH ,
ISH..TAK PAYAH NAK PIKIQ PASAL NIE !

9. The most desirable thing to do on him/her is?
AKU TAK NAMPAK APA YG AKU NAK BUAT

10. The overall impression of him/her is...
MANUSIA MACAM ORANG LAIN

11. How do you think the people around you will feel about you?
AKU TAK BOLEH FIKIR APA YG MAKHLUK LAIN FIKIR TENTANG AKU SESUNGGUHNYA TAK TERJANGKAU AKAL KU !

12. The character of you for yourself is?
AKU YAKIN AKU BAIK

13. On contrary, the character you hate of yourself is?
LEWAT BERBUAT SESUATU YANG BAIK... BUKAN LIWAT !

14. The most ideal person that you wanna be is?
LELAKI YANG BERTUGAS SEBAGAI LELAKI

15. For the people who likes you, say something about them.
SEMOGA SEGALA USAHA DI BERKATI TUHAN AYAT INI SELALU AKU TULIS SEJAK DOLU DOLU LAGI DLM SURAT, SMS.DLM UCAPAN RESMI (KERJA)

16. Ten people to tag:
NANTI AKU FIKIR SETAKAT NIE TAK ADA LA KUT SOALAN NIE MEMBUATKAN BANYAK YG SAKIT PERUT

17. Who is no. 2 having a relationship with?
NO 2 TU APA? & SIAPA?

18. Is no. 3 a male or a female?
NO 3 TU APA? & SIAPA?

19. If no. 7 and no. 10 were together, would it be a good thing?
NO 7 CAMPUR 10 DAH 17 KALAU TAK SALAH AKU LA !

20. How about no5 and no8 and no 9?
No 5.. BIASANYA PEMAIN PERTAHANAN
No 8.. BIASANYA PEMAIN PENYERANG
No 9...SAMA JUGAK PENYERANG YANG NAK MENJARINGKAN GOL

21. What is no. 1 studying about?
MEMPERTAHANKAN PINTU GOL DARI DIBOLOSI PIHAK LAWAN

22. Is no. 4 single?
NO 4 ? MANALA AKU TAU... JANGAN JANGAN DAH MAIN DOUBLE DENGAN dATO' LEE CHONG WEI

23. Say something about no. 6
NO 6 MASIH MENERIMA RAWATAN, KENA BALING BOTOL MINERAL WATER

Brought to you by Sheikh

Read more...

TAG Dari Pink_Butterfly

TAG dari Pink_ Butterfly,
maaf jika jawapan tag ini tidak dapat memuaskan hati anda atau sesiapa saja yang membacanya apa pun terimakasih banyak2 saya ucapkan.

INI JAWAPAN lebih kurang jea la yea !
:1: aku suka gi pantai atau pulau pulau tengok laut,
jika ada duit lebih ikut menyelam lihat lihat di bawah sana...

:2: aku suker binatang tapi tak suker bela,
bela binatang baik bela orang, itu aku punyer pikir la

:3: aku suka yg ganjil

:4: Sesiapa yg baik dengan aku Alhamdulillah aku bersyukur
aku akan cuba mengatasi kebaikan dia insyaallah

:5: kalau dengar lagu ? aku jarang dengar lagu sebenarnya, sangat jarang...
tapi suker lagu lama sikit sebab mudah ingat masa dan ketika itu, masa zaman tu aku kat mana? buat apa? dengan siapa... contoh ada satu lagu arab tu bila terdengar lagu tu aku teringat arwah mak aku kejutkan aku bangun siap2 pergi sekolah

:6: aku suka kaler PUTIH dari dulu hingga kini dan tak tau entah sampai bila

:7: aku suker ada ramai kawan lebih ramai lebih bagus

:8: aku tak suka make-up, nak buat apa ? bukan boleh mengubah keadaan...!

:9: aku tak suka pakai accessories... contohnya cincin, rantai, gelang tangan...gelang kaki...
yang aku kekalkan apa yang tuhan bagi jer, itu la yg aku usung bawak sesana kemari..!

:10: Apa aku suker ?
aku mungkin suker apa yang mungkin orang lain tak suker


ooo yea untuk mengeTAG bloggers yg lain.., mungkin tak terjangkau akal ku !

Read more...

Award Lagi Dari Ras


The Very Best Blog Ever itulah ketegori anugerah kali ini, panjang jugak menung aku kali ini... layak ker aku dengan dengan anugerah macam nie ? sedang aku sendiri selalu kata blog aku blog 'ngader ngader' apa pun terima kasih kepada Ras-Adieza !

Read more...

Andai Kata Laki Korang

Andai kata Laki atau kawan jantan korang tiba tiba jea cakap macam nie, "Jika ada lelaki yang lebih sempurna, kaya dan hebat dari saya yang inginkan awak atau nak kahwin dengan awak, terimalah dia... agar hidup awak lebih bahagia nanti..."


Adakah ini bermakna...
a) dier nak tinggalkan awek tu atau laki korang nak kata good bye atau selamat tinggal...
b) dier sangat sayang kat korang, dan rela lepaskan korang untuk hidup bahagia sbb dier tak upaya nak bagi apa...
c) dier saja nak test korang, tengok perepuan macam korang tu materialistik ker haper
d) dier saja nak main main... gurau gurau !
Agak agak apa sebenarnyer maksud dier...

Read more...

Sakit Betoi Ati Aku...!

Aku bukan cemburu dengan bengali nie, tapi aku bengang sangat lihat bangang bangang yang buta hati yang bagi anugerah tu... Apa..? aku nie tak layak ker terima anugerah Dato' ? tak heran la... Blog aku pun dapat anugerah tau taak ? Tapi tak pea... satu hari nanti insyaAllah aku dapat jugak Gelaran datok tu... ketika tu nanti budak budak panggil aku... " Tok tok.., lalu aku jawab... " Yea cu..."

Sambutan hebat untuk Shah Rukh Khan Oleh Amirullah Andi Nur
arullah@bharian.com.my

PELBAGAI persiapan dilakukan kerajaan negeri Melaka bagi menyambut kedatangan Shah Rukh Khan dan rombongannya. Bintang Bollywood ini hadir bersama rombongan besar untuk menerima anugerah keempat tertinggi kerajaan negeri Melaka

MELAKA, yang kini bergelar Bandaraya Warisan Dunia sudah bersedia untuk menyambut kunjungan bintang terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan @ Shahrukh Khan sempena majlis penganugerahan darjah kebesaran negeri yang membawa gelaran Datuk kepada beliau pada 29 November ini.

Kerajaan negeri sejak beberapa minggu lalu sudah melakukan pelbagai persiapan dan minggu ini, sebahagian besar daripada acara yang akan diadakan sepanjang dua hari tetamu istimewa itu berada di negeri kelahiran Hang Tuah itu, sudah pun dimuktamadkan.

Majlis penganugerahan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) iaitu anugerah keempat tertinggi kerajaan Melaka itu dijadual diadakan di kira-kira jam 10.30 pagi di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, 21 kilometer dari pusat Bandaraya Melaka Bersejarah dan bakal disempurnakan Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob.

Sepanjang dua hari berada di Melaka, Shah Rukh Khan bakal mempunyai atur cara padat. Mengikut risikan penulis, satu daripadanya adalah sesi bertemu peminat di Dataran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Jalan Ayer Keroh pada jam 6 petang.

Pelakon ini dijangka tiba di negara ini menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pagi 29 November. Beliau kemudian akan dibawa terus ke Melaka dengan menaiki sebuah kereta khas yang memakan masa perjalanan kira-kira sejam.

Shah Rukh Khan Sebagaimana lazimnya, kedatangan bintang Bollywood ini disertai rombongan besar dan difahamkan ia membabitkan dua bas besar. Selain pengawal peribadi dan tenaga kerja syarikat produksi miliknya, Dreamz Unlimited, beliau bakal disertai krew stesen televisyen India iaitu Zee TV. (selanjutnya carix la di suwat kaba berita Hairan )

Read more...

Syaitan Yang Direjam dan Jenazah Yang Harum

Syaitan di REJAM dengan 'petir' ketika TRIO syuhada di hukum mati
Harga 'syahid'nya dinoktah pada jam 1 pagi (waktu Jawa Barat ).

Dibawah ribuan jamaah yang mendokong agama dan islam merapati jenazah Imam Samudra, 38,yang dibawa ke Serang, Banten pada pagi kelmarin. Tengah malam tadi dia bersama Amrozi Nurhasyim, 47, dan Ali Ghufron, 48 telah di hukum tembak sampai mati, dimana butiran peluru tepat mengenai jantung 'pejuang islam' ini. Atas permintaan 'pejuang islam' ini, mata mereka tidak ditutup ketika hukuman dilangsungkan.

JENAZAH Imam Samudra, 38, dibawa ke Serang, Banten pagi tadi. Tengah malam tadi dia bersama Amrozi Nurhasyim, 47, dan Ali Ghufron, 48, menjalani hukuman mati ditembak setelah didapati bersalah terlibat dalam kejadian pengeboman di Bali enam tahun lalu.

Puluhan ribu telah menyertai upacara pengebumian ketiga-tiga 'pejuang islam' tersebut, termasuk pemimpin agama Abu Bakar Bashir. Hukuman itu dilaksanakan selepas lebih seminggu pihak berkuasa Indonesia memaklumkan bahawa mereka akan ditembak awal bulan ini. Hukuman ke atas Imam Samudra, Amrozi Nurhasyim dan adiknya Ali Ghufron telah dilaksanakan tengah malam tadi, beberapa kilometer dari penjara yang dikawal ketat di pulau Nusakambangan. Ketiga-tiga mereka merupakan anggota kumpulan Jemaah Islamiah yang ditubuhkan oleh Basir.

“Sekitar pukul 12.15 tengah malam tadi (waktu tempatan) (1.15 pagi waktu Malaysia) ketiga-tiga mereka yang didapati bersalah iaitu Imam, Amrozi dan Ali menjalani hukuman mati dengan ditembak oleh pasukan penembak,” kata jurucakap Jabatan Peguam Negara, Jasman Panjaitan. “Hasil bedah siasat menunjukkan ketiga-tiga mereka sudah meninggal dunia,” katanya. Jabatan Peguam Negara dijadual mengadakan sidang akhbar untuk memberi butiran lanjut.

Qadar Faisal, salah seorang peguam mereka berkata, jenazah ketiga-tiga mereka telah dibawa dengan helikopter ke kampung mereka untuk tujuan pengebumian hari ini. Jenazah adik-beradik Ali dan Amrozi dibawa ke Lamongan di Jawa Timur manakala Imam pula ke Serang di Jawa Barat.

Zakiah Darajad, isteri kepada Imam, dalam surat terbuka yang dibacakan oleh seorang saudara pada sidang akhbar di Serang berkata:“(Saya) berharap Allah akan memberikan yang terbaik kepada mereka dan yang terburuk kepada mereka yang menyebabkan layanan buruk ke atas mereka,” katanya.

Dalam pada itu, laporan Bernama semalam menyebut sejak Mahkamah Agung Indonesia memutuskan hukuman mati itu akan dilaksanakan pada awal bulan dan tidak akan melepasi 15 November.

Laporan media massa tempatan menyebut mereka yang diiringi dua pegawai pemerintah ialah kedua-dua isteri Amrozi iaitu Choiriyana dan Rochma, juga kedua-dua isteri, Muklas, iaitu yang dikenali hanya dengan nama Paridah yang berasal Malaysia dan Ana dari Solo, Jawa Tengah. Seorang anaknya yang masih belajar di sekolah rendah dan dua adik beradik kandung Amrozi juga turut berangkat.

Petanda ke arah dekatnya pelaksanaan hukuman mati itu sudah cukup banyak dilaporkan termasuk persiapan tiga buah helikopter oleh pihak berkuasa untuk membawa jenazah ketigatiga mereka ke kampung halaman masing-masing dan keterangan keluarga Amrozi bahawa mereka dilarang mengkafankan semula jenazah itu

Laungan takbir mengiringi berita pemergian mereka yang disampaikan oleh abang kandung Amrozi dan Ali Ghufron iatu Ustaz Chozin. Dihadapan ratusan pelajar dan simpatisan di Pesantern Al-Islam sebentar tadi, Ust Chozin menyebut “ semoga arwah saat ini sudah terbang bersama burung-burung hijau ”.kisah selanjutnya layari http://www.detik.com/ Untuk tonton temuramah bersama isteri-isteri mereka ini sebelum ditembak.

Suasana haru menghiasi kediaman orang tua kedua mujahid yang Insya Allah telah syahid, Amrozi dan Ali Ghufron di Tenggulun. Ditambah dengan datangnya tiga burung hitam yang berputar-putar di atas rumah.

Lebih dari tujuh menit burung tersebut berputar-putar, seakan memberikan persaksian bahwa mereka adalah para syuhada. Istri dari Ali Ghufron, Ustdzh. Paridah Abbas menambahkan, dia melihat langit membentuk kalimat Allah saat ketiga burung tersebut datang.

Sejak semalam, sekitar pukul 22.20 lapangan yang direncanakan menjadi helipad untuk helikopter pembawa jenazah kedua syuhada (Insya Allah), Amrozi dan Ali-Ghufron, dijaga ketat oleh puluhan polisi.

Tepat pukul 23.53, ketiga mujahid akhirnya syahid (Insya Allah) di tangan toghut la'natullah. Begitulah pesan yang diterima redaksi Arrahmah.com langsung dari Ust. Ali Fauzi. Saat helikopter hendak mendarat, di kediaman ibu dari kedua mujahid (Amrozi dan Ali Ghufron) telah mengadakan prosesi persiapan penyambutan jenazah. Pintu-pintu rumah selain akses depan di tutup rapat. Wartawan tidak diperbolehkan masuk kecuali dua orang keluarga yang boleh menggunakan kamera.

Di dalam rumah, kakak tertua, Ust. Khozin memberikan nasehat. Sesuai dengan wasiat kedua mujahidin, tidak boleh ada yang menjerit, melakukan nihayah, boleh menangis tetapi tidak meraung-raung atau sampai tersedu.

Koresponden Arrahmah yang berada di Tenggulun mengatakan, dia berada di shaf terdepan saat menyalatkan jenazah berjamaah dengan istri-istri kedua mujahid. Bau harum semerbak bertebaran dalam ruangan. Kedua mujahid terlihat tersenyum dan wajahnya bersih, sangat bersih, serta jauh lebih tampan. Allahu Akbar!

Sumber dari ABO

Read more...

Terima Kasih TIRANA...!



orang berbudi kita berbahasa
orang memberi , dengan ikhlas kami menerima
Terima Kasih sekali lagi diucapkan semoga Tuhan merahmati segala usaha murni
salam !

Read more...

Sesiapapun Boleh Jadi Pee Yem

Putro Joyo: It is possible for anyone from a minority group to be a leader, even in Malaysia, says Prime Minister Datuk SeriAbdullah Badawi. It is up to the people to decide, just as the Americans had done through the democratic process, he said while extending his congratulations to Senator Barack Obama. Reporters had asked him in the Parliament lobby yesterday if it were possible fora person from a minority group to become Prime Minister in Malaysia...

Kalau macam tu aku pun boley jadix pee yem...

Mula2 aku masuk arm no bayar rm2 pas tu...
aku carix taukey2 musat kasix aku loi untuk kempen jadix pee yem... maklumla nak jadix pee yem kena ada banyak duit maa.., nak huluk sana nak huluk sini... tukang lobi tentu x nak setakat hulok ayak liok... yg paling penting sekali kepada pengundi yang tak pernah bijak... kurang kurang kena hulok kain pelikat cap belalai atau gudang garam sekotak hehe... Semua tu tak kan aku nak pakai duit poket aku... membazir tuuu..!

Dah jadi pee yem... aku call balik taukey2 yg sponsor aku tu...
bukan apa... nak balas jasa kerana banyak menolong aku jadix pee yem dan aku kena jaga baik towkey2 nie.., so... aku jadikan la diorang nie sahabat baik tak salah kan jika aku bagi towkey2 nie habuan lebih sikit ?

Mengenai pengundi2 pulak..., tak payah la bising2 kan aku dah bagi kain pelikat cap belalai gajah dan rokok gudang garam sorang sekotak.., kira ok la tu, bersyukur la tu... hangpa bising2 jugak aku antak pie Kemunting , sat lagi baru hangpa tau..!

Read more...

Terima Kasih - Gracias


Best Friend.
Dari Kamsiah-Y yang tak pernah lupa aku,
biasanya apa saja dia dapat, mesti bagi aku punyer...!
Dulu pernah dia kata aku blogger cun,
cun pun cun la...janji rock !



Best of The Best
anugerah yang datangnya dari negara jiran tetangga
Lampong Jawa Barat pls wellcome, from
Indonesia
Cewek Cantik

Kepada Kamsiah-Yusoeff ,saya tak tau nak kata apa... des no wed kaming ap ! terharu sangat
hingga menitik air hujan, terima kasih sekali lagi...! Tq.

Kepada Cewek Cantik , terima kasih juga saya ucapkan... ngomong jowo'nya nggak bisa, tau tau dapat anugerah lagi... terima kasih, waa karen bangat nih... lagi dan lagi ya !

Read more...

Nasix Bungkus Padi Huma Rm4

sape2 yang masih hidup selesa dgn ekonomi yang haprak pada ketika ini harus bersyukur kerana.. majoriti rakyat tgh nak mampos... taraf kemiskinan di selangor meningkat kepada 30% bile Tan Sri Khalid Ibrahim umum naikkan penanda ara kemiskinan dari RM7++.++ kepada RM1500... see.. 30% you.. kat lembah kelang dgn RM1500 camne nak idup..? hay tak tau ler..

nasik bungkus +sayur + telur masin = rege RM4, tu pun pakai beras hancur, cam beras huma.. very very teruk lagi mau cakap ekonomi kita masih kukuh... poorah cet vakrak..!!! Pak Bodolah, baik engkau raun raun satu malaya paksa semua peniaga turunkan rega barang... dan bukak monopoli pengeluaran barangan tertentu kepada kaum bumiputra,takyah citer pasal ketuanan melayu !

Pak Bodolah yang jelas mengharukan...
ini bukanlah kaitan apa dengan aku sebenarnya . namun bila sembang dengan rakan2...jelas keadaan memang memang mengharukan . dengan bertambah bilangan kilang di sini yang terpaksa ditutup... kesah2 harga barangan yang makin naik mendadak meskipon rega minyak makin dah turun

Kesah2 janji2 kerajaan untuk memantau yang saban waktu terus bercakap dan bercakap tanpa hasil walau sudah sekian lama, nampaknya tak berhasil langsung... namun tadi berita tengahari aku lagi cukup terharu... bila dalam ucapannya paklah menggesa rakyat jangan mendengar hasutan liar, kerananya kununnya ekonomi kita masih kukuh

Aduhh Pak Bodolah...
rakyat tidak mengerti sebenarnya apa ekonomi kukuh atau tidakkkkk...! tapi rakyat hanya mengerti depa semakin terhimpit . anak2 yang bersekolah harus disuap nasi kemulut dan tolong laa... tak usahlah diulang2 retorik yang sudah jelak dengar dah.Nyanyi la lagu lain yg kami tak pernah dengar pulak asal bengang boleh hilang !

wei ko sokongsaper hah...? kan aku cakap dulu... korang kena kencing....!!! hehe

Read more...

Pengebom Bali Ditembak Mati

Pengebom Malaysia bebas ketawa, ha ha he he ho ho...

Amrozi, Mukhlas dan Imam Samudra dikenakan hukuman mati kerana peranan mereka dalam letupan bom yang meragut 202 nyawa termasuk 88 warga Australia pada Oktober 2002 di Bali.
Hukuman mati itu akan dilakukan di dalam sebuah hutan di luar halaman penjara di Nusakambangan.

Tugas melaksanakan hukuman mati terhadap tiga lelaki yang mencetuskan kebencian rakyat Australia itu terletak pada bahu tiga skuad terdiri daripada 12 penembak yang dipilih secara rawak. Mereka dilengkapi raifal berkuasa tinggi jenis SS1 dan akan menggunakan peluru 5.5 milimeter bagi meningkatkan ketepatan tembakan menusuki jantung tiga pengebom Bali itu.

Menurut sebuah akhbar, anggota-anggota polis tentera Briged Bergerak Brigadier (Brimob)
yang ditugaskan melaksanakan hukuman itu telah menjalani latihan menembak. Mereka membidik dan menembak keratan figur berbentuk manusia yang mempunyai saiz sebenar dan sasaran-sasaran lain. Pada mulanya, anggota-anggota skuad itu menembak sasaran-sasaran pada jarak 100 meter sebelum bergerak lebih dekat pada jarak 75 meter dan akhirnya 50 meter. Skuad menembak itu diarahkan supaya menembak tepat pada sasaran.

Mereka berlatih pada posisi berbeza termasuk menembak semasa berdiri dan berlutut selain beberapa pergerakan taktikal. Jika pesalah-pesalah itu masih hidup selepas ditembak,komander skuad penembak itu akan menyempurnakan tugas dengan menembak kepala pengebom Bali menggunakan sepucuk pistol.

Beberapa sumber memberitahu, komander skuad itu memilih untuk mengambil anggota lelaki yang tidak memiliki anak bagi menganggotai pasukan tersebut. Menurut mereka, langkah itu adalah bagi mengurangkan tekanan mental bagi mereka yang berasa kurang selesa ketika terlibat dalam perbuatan mengambil nyawa manusia lain. Ketua Brimob di Jawa Tengah, Wahyudi Hidayat berkata, terdapat 11 divisyen Brimob Jawa Tengah di mana setiap satunya memiliki 170 anggota.

Menurutnya, mereka yang akan menganggotai tiga skuad penembak itu akan dipilih daripada 1,870 anggota Brimbob."Semua anggota Brimbob dilatih untuk menjadi skuad penembak.
"Kami tidak memiliki mana-mana pasukan khas bagi tujuan itu kerana setiap anggota perlu menjalani latihan untuk melakukannya," kata Wahyudi.

Daripada 12 penembak itu, senjata api milik tiga penembak akan dibekalkan dengan peluru hidup. Sembilan lagi senjata api yang lain pula diisi dengan kelongsong peluru. Para penembak itu juga tidak diberitahu sama ada senjata mereka mengandungi peluru hidup atau sebaliknya bagi mengurangkan risiko diserang tekanan mental atau berasa kesal. - Agensi



Read more...
Related Posts with Thumbnails

Lorem Ipsum

E-mail kan kepada..... sheikh@mytownkajang.com

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP