Sheikh... Ramadhan dan Kehilangan


Sebuah Desk-top dan sebijix Kumputer Riba seorang blogger telah kembali ke rahmatullah pada petang rabu bersamaan 17-9-08 yang lalu sejurus sebelum umat islam berbuka puasa, pemergian ini di iringi bersama photo-photo dan file-file sulit yang berprofile tinggi.

Bagaimanapun ketika dihubungi pemilik komputer berkenaan yang juga seorang blogger kecil-kecilan iaitu Sheikh Mohd Azmie Sheikh Mustaffa(gambar)dipetik sebagai berkata, tiada file file hubungan sulit yang anda boleh temui... menurut beliau lagi, beliau tiadak pernah ada sebarang hubungan sulit sahingga ini, bahkan sangat tidak gemar pada yang sulit-sulit.

Belum reda dengan kesedihan itu, sekali lagi beliau dikejutkan dengan berita yang menyayat hati kali ini Komputer Riba nya pula pulang menemui Yang Maha Pencipta bersamaan pada hari khamis 18-9-08 juga pada sebelah petang selepas menunaikan fardu asar.

Dengan kejadian ini beliau dijangka merayakan e'dulfitri kali ini secara lebih sedarhana dan berjimat cermat, happy tetap happy... semestinya tidak seperti ayam berak kapur !

Bagaimanapun kemungkinan beliau dijangka akan kembali berblogging setelah dapat menemui pengganti yang baru seawal-awalnya selepas umat islam menyambut Shawal yang bakal menjelang nanti...

Di mana kan ku cari ganti... serupa dengan mu....

Read more...

Pak Sheikh Wonder Pet....Tolonggg !

Barang sentiasa Naik...macamano nak buek nie ?

Harga beras Super Special 5% jenama Jasmine Super Tempatan dan 15 peratus hancur (ST15) yang berbeza serta berubah-ubah dari satu kedai dengan yang lain disifatkan mengelirukan para pengguna.

Temu ramah dengan pengguna di beberapa pasar raya sekitar Lembah Klang mendapati harga bagi setiap kampit 10 kilogram (kg) ST15 Jasmine Super Tempatan adalah di antara RM27.50 sehingga RM33.50.Harga bagi beras Super Special 5% jenama Jasmine Super yang diimport pula mencecah sehingga RM48.99 untuk setiap kampit 10 kg.

Selain itu, pengguna kini merungut kerana banyak harga barangan runcit yang mula naik tanpa amaran dan pada kadar tidak munasabah.

*Aik ? naik lagi ? kan rege minyak dah turun ? kan ke kerajaan cakap nak pantau ? apa sudah jadi ? mana kerajaan yang "prihatin" pada rakyat??? mana..? mana..? mana..?
Mana munteri-munteri kabinet yang prihatin..?
mana Pak Lah..?
Apa sudah jadi Pak Lah ?
Pak Pah tengah berkemas ke...?
tolongla... Jangan lariii...!!!

Pak Sheikh Wonder Pet... toloonggg !

Read more...

Papa Blogger... Kantoi !


ISA tidak diperlukan untuk bela ajaran Islam
Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin hari ini menegur tindakan kerajaan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam isu agama dan mengheret pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin dan Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok yang masih ditahan di bawah peruntukan akta itu.

Ketika ditemui di Damansara Kim sebentar tadi, Dr Asri berkata, Islam dibina dari hujah dan dasar yang jelas, dan Islam juga tidak memerlukan ISA untuk membela ajarannya.
"Jadi tidak ada alasan untuk menahan orang dengan tidak memberi peluang membela diri. Ini adalah satu tindakan yang salah. Sekiranya orang itu mempunyai kesalahan dari segi hukum agama, buktikan dari segi dalil-dalil agama.

"Cara kita tangkap orang guna ISA atas kesalahan agama tidak akan menghilangkan salahfaham terhadap Islam. Seharusnya diperjelaskan dulu apa kesalahan itu. Kalau misalnya orang itu menghina Islam atau menyeleweng, buktikan dulu berdasarkan Quran dan hadis.

"Perlu diperdengarkan pertuduhan itu kepada orang yang dituduh itu. Mungkin juga, ia hanya satu salah faham. Yang penting perdengarkan dulu hujahnya," kata Mufti yang terkenal dengan kelantangannya mengeluarkan idea yang berani dan telus itu.

Kata Dr Asri lagi, "Islam bukan agama yang bacul. Perbuatan ISA kerana kesalahan agama seolah-olah menggambarkan orang Islam tidak mampu berhujah, terus tangkap orang. Mereka akan kata mereka benar kerana kita takut berhujah dengan dia."

Beliau juga turut mengingatkan betapa bahayanya tindakan ISA.
"Sekiranya ada aliran-aliran tertentu dalam kerajaan yang tidak setuju dengan pendapat satu aliran yang lain, adakah ruang ISA juga akan digunakan? Pernah berlaku dalam kerajaan Abbasiyah yang berpegang pada aliran Muktazilah ketika itu. Dia menghukum orang daripada aliran lain termasuk Imam-imam besar seperti Imam Ahmad juga turut dihukum.

"Kalau di zaman ini, mereka yang kendalikan agama itu dari aliran lain maka mereka yang dari aliran lain itu akan dihukum tanpa memberi peluang membela diri. Ini juga tidak sejajar dengan konsep keadilan dalam Islam," kata Dr Asri lagi.

Dari segi politik Islam atau siasah, kata beliau, kerajaan berhak menahan orang dan beri tempoh siasatan (14 hingga 30 hari) bergantung pada keperluan. Tapi kita tidak boleh hukum 2 tahun tanpa diadili. Ini zalim.

Tuhan yang Maha Adil pun buat mahkamah di akhirat untuk setiap orang dibicarakan. Keadilan ditegakkan di dunia dan di akhirat. Tuhan yang Maha Adilpun memberi peluang untuk kita jawab kesalahan sedangkan Tuhan berhak buat apa saja. Jadi macam mana kita boleh tangkap orang tanpa memberi peluang mereka membela diri?," jelas beliau.

Kata Dr Asri, isu agama turut membabitkan sensitiviti agama lain. Tapi dari segi mempersoalkan identiti Islam seperti laungan azan, itu tidak boleh."Namun jika ada sungutan tentang bacaan-bacaan yang panjang sehingga menganggu orang awam, ulamak Islam juga tidak benarkan. Bacaan yang kuat tanpa keperluan atau kuliah agama dengan menggunakan pembesar suara sehingga menganggu ketenteraman awam, itu tidak perlu. Itu sudah diputuskan oleh ulamak-ulamak dari dulu lagi.

Agama itu terhad. Azan itu azan. Begitu juga kuliah agama untuk diperdengarkan di pembesar suara, berpada untuk sidang yang mendengar sahaja," jelasnya.

Dr Asri juga menyentuh tentang peranan Jakim.
"Jakim berperanan menjelaskan isu-isu agama dan juga yang menyeleweng dari agama. Bukan sekadar menyokong seseorang dihadapkan tanpa bicara. Badan itu juga hendaklah bebas dari percaturan politik. Perjelaskan ketentuan peruntukan orang yang menghina Islam seperti isu Raja Petra. Itu bersifat politik, biarlah diuruskan oleh orang politik.

"Kalau hendak diikutkan yang menghina Islam, ramai lagi yang patut dibuat aduan. Jelaskan dulu apa yang perlu dilakukan?," soal Dr Asri. Beliau juga meminta kerajaan memikirkan soal ISA ini sedalam-dalamnya.

"Seandainya satu hari nanti kerajaan bertukar rupa dan kalau berlaku pertukaran kuasa. Terlalu ramai nanti yang tidak boleh bersuara dan ISA mungkin diguna seluas-luasnya. Besok, bila kena pada kita, apa kita nak buat? "Takkan nak tunggu ada rusuhan atau kekacauan. Ketika itu sudah tidak boleh dipulihkan lagi. Sekali kekacauan tercetus, susah untuk dipulihkan.

Menurut pengamatan beliau, keadaan ini berlaku kerana pemimpin politik menganggap kedudukan politik itu seperti harta rompakan."Mereka bermati-matian untuk mendapatkannya sekalipun terpaksa menggunakan belanja yang besar kerana pulangan atau keuntungannya juga besar," kata beliau.

Jelas beliau, saluran politik digunakan untuk membina kekayaan diri. Inilah hasilnya bila kerakusan ini berlarutan. Tidak ada setiakawan dalam politik, musuh memusuhi, berpuak-puak kerana fikirkan survival politik masing-masing bukan survival rakyat yang dipertanggungjawabkan.

Yang paling ketara sekarang, pemimpin politik bukan sahaja gagal membawa rakyat keluar dari kemelut yang sedang dihadapi malah menjadikan keadaan lebih rumit."Bukan sahaja mereka gagal menyelesaikan masalah tapi mereka pula yang menimbulkan lebih banyak masalah lain," kata Dr Asri.

Read more...

Eik...! Ado Layie...?


Kali ini dari Kak Kamsiah...
ada ker dia kata aku blogger paling cun...
tapi memang pun aku cun...
hehehe ...
!

Read more...

Rezeki Minggu Ini


lagi dari Kak Ras... emmm awek...tu... cun !


... dan ini yang terbaru sekali dari Nrina !

TERIMA KASIH

Read more...

Harga Minyak Turun Lagi !

minyak kelapa sawit la... bukan minyak petrol... !
Ketika ekonomi dan politik negara masih di dalam kegawatan, umat islam didatangi oleh bulan penuh berkat, Ramadhan al-Mubarak. Namun tidak ramai sedar bahawa bulan Ramadhan sebenarnya adalah bulan latihan dan juga bulan pembaharuan politik yang sangat bermakna kepada umat islam sepanjang sejarahnya.

Biasanya khalayak menyambut Ramadhan dengan zakat fitrah, puasa, terawih, qiyamullail, bersedekah, memberi makan dan lain-lain. Jika dahulu tazkirah yang begitu bermanfaat untuk yang beriman pernah diharamkan oleh kerajaan BN di bulan Ramadhan. Sebenarnya melalui sesi tazkirah inilah para ulama dapat menyampaikan seruan-seruan agama islam yang bersifat merahmati alam.

Pada bulan Ramadhan ini Allah telah mentakdirkan berlakunya beberapa peristiwa politik yang penting kepada umat islam. Allah mahu memberi kita pengajaran bahawa bulan Ramadhan bukan semata-mata bulan ibadat atau kita bersikap lemah kerana kelaparan, sebaliknya Allah mahukan kita jadikan ia sebagai perjuangan. Kita berjuang melawan hawa nafsu bagi membolehkan kita bertahan sehingga matahari jatuh di ufuk. Sedarkah kita bahwa di bulan Ramadhanlah Rasulullah dan para sahabatnya berhadapan dengan musuh-musuh dalam Perang Badar. Perang Badar ini merupakan satu batu pemisah di antara politik kotor dan jijik beralih kepada satu politik baru yang telus, adil dan berkebajikan berasaskan kepada wahyu Allah swt.

Islam tidak mengajar kita untuk berperang atau membunuh musuh, tetapi yang di ajar oleh islam ialah setiap umatnya wajib ber'jihad' untuk menegakkan kebenaran. Pemisahan antara kebenaran dan kebatilan ini menjadi isu utama dalam agenda Ramadhan.

Ketika kita berpuasa, ada dua perkara yang asalnya halal untuk kita tetapi diharamkan dari menikmatinya. Pertama, makanan, kita diharamkan memakannya di waktu siang hari biarpun tubuh lencun berusaha mendapatkan rezeki tersebut dengan cara yang halal. Yang kedua - bersetubuh dengan isteri. Mesej ini cukup jelas. Jika makanan yang halal pun kita sanggup tinggalkan kerana taat kepada Allah, maka bagaimana seorang yang beriman sanggup makan benda yang haram di sisi Allah.

Orang yang berpuasa tidak makan rasuah, tidak mengamalkan riba, tidak membenarkan lesen judi, tidak menyeleweng, tidak salah guna kuasa, tidak beri projek kepada anak beranak, tidak menggunakan duit rakyat untuk mengkayakan kroni.

Kita juga tahu dalam Perang Badar, ketua penjenayah, Bu Jahal telah dijatuhkan daripada tahta kerajaannya apabila dia dibunuh dengan hina oleh orang yang pernah dihinakannya dahulu. Kisahnya satu dekad sebelum Perang Badar, Abu Jahal telah menzalimi Abdullah Ibnu Mas'ud dengan mencederakannya kerana melaungkan 'reformasi' akidah. Di dalam Perang Badar inilah Abdullah Ibnu Mas'ud yang lemah ini telah diberi peluang oleh Allah untuk menjatuhkan seorang pemimpin yang zalim.

Dalam konteks politik negara kita hari ini, suasana kalut dan maca marba, wujud sekian lama. Ternyata pilihan mak bapak kita dahulu kurang tepat. Dan kita juga tidak menyalahkan mereka kerana membuat pilihan itu setelah menerima maklumat yang salah dari corong radio, tv dan di dada akhbar. Namun kini, sebagai generasi yang bertanggung jawab harus menolak semua kesilapan itu demi generasi akan datang.

Jika khalayak di negara ini menghayati Ramadhan, ia sudah cukup membuka peluang kepada kita bagi melakukan perubahan politik dalam bulan Ramadhan ini. 16hb. Sept. khalayak mengharapkan perubahan. Benar atau tidak, tolong jangan dipersoal ! Yang penting di sini rakyat harus bertekad untuk menamatkan kekuasaan politik oleh kerajaan yang zalim, menindas, menyeleweng, rasuah, mengutamakan kroni dan keluarga dan sebagainya.

Semangat dan roh Ramadhan ini harus ditanam 'kejab' dalam diri masing-masing bahawa rakyat selama ditindas dan dizalimi akan bangkit untuk menjatuhkan kezaliman dan melakukan perubahan poltik besar-besaran dalam masa yang terdekat ini tak sampai pun 7 hari lagi dari sekarang. Lawan tetap lawan !

Read more...

Manusia Kejam ? - Kisah Benar

Mengapa tergamak memisahkan kami... ?

Kini malamku terasa begitu sunyi, tidak seperti dulu sewaktu aku bersamanya.. Sukar untuk aku melelapkan mata. Ku pusing ke kanan, ku pusing ke kiri, tak bisa juga aku melelapkan mata. Dia kembali menerjah ke fikiranku. Oh tuhan卪engapa ini mesti terjadi pada diriku?

Mengapa sanggup kedua ibu bapaku memisahkan kami berdua? Tidakkah mereka tahu hubungan yang terjalin setelah sekian lama ini? Tidakkah mereka mengerti bahawa aku tidak boleh hidup tanpanya? Aku tak dapat menahan lagi kesedihan yang ku pendam dan sebak di dadaku. Tanpa ku sedari, aku meraung sekuat hati "Kamu semua kejam, kejam, kejaaaaam..."

"Kenapa dengan kau ni?" Ayah tiba tiba muncul didepanku. Dalam hatiku seraya berkata "eleh卻udah gaharu cendana pula卻 udah tahu bertanya pula orang tua nih". Mak menghampiriku dan duduk disebelahku.

"Man, bukan niat ayah dan mak engkau nak buat begitu. Ini untuk kebaikan kau juga. Takkan bila berkawin dengan si Milah tu pun kau nak bawa dia bersama? Apa kata Milah nanti?"

"Apa berdosakah Man kalau Man bawa dia bersama? Kalau Milah sayangkan Man, Milah akan terima dia juga. Apa salah dia? Apa salah kami, mak, ayah hingga kami mesti dipisahkan ?"

Tiba tiba ayah naik berang "Tak salah kau kata? Halo 卽 umur kamu tu dah berapa� kahwin kau tu minggu depan je lagi. Takkan kau nak bawak bantal busuk kau tu sekali? Mangkuk ayun punya anak".

Read more...

Kadar Fitrah 08 - bolehkah ia dipertikai ?

Kadar fitrah tahun ini akan membuat ramai ketua keluarga Islam dibanyak negeri terngadah. Di Sabah umpamanya, kadar fitrah untuk seorang ialah RM7.70.

Pada kadar ini, bagi sebuah keluarga dengan lima anak dalam tanggungan, campur suami dan isteri jadi tujuh kesemuanya, jumlah fitrah yang wajib dibayar ialah RM53.90.

Mungkin RM53.90 adalah satu jumlah yang termampu bagi seorang kakitangan kerajaan. Tetapi saya tidak fikir jumlah ini boleh diterima dengan senang hati oleh umat Islam dari kalangan perkerja kilang, petani, nelayan, peniaga kecil dan amnya mereka-mereka yang berkerja sendiri.

Bukan setakat di Sabah, bahkan sentimen ini akan dirasai di seluruh negara, terkecuali mungkin di Selangor.

Darihal kenaikkan mendadak kadar fitrah tahun ini, tiga perkara songsang perlu dihalusi dan ditengkeng.

Pertama, harga beras di Malaysia amnya rosak – atau dalam slanga ekonomi dipanggil “herot” -- tidak mencerminkan harga beras semasa dunia kerana UMNO telah menjadikan industri peruncitan beras negara satu kartel yang tidak sihat.

Di puncak kesongsangan ekonomi ini ialah lesen monopoli perdagangan beras yang diberikan kepada BERNAS, sebuah syarikat swasta yang diketahui umum milik dan dikawal oleh proksi-proksi Tun Daim Zainuddin.

Kedua, pembuat dasar di majlis-majlis ugama negeri nampaknya telah tidak mengambil kira harga beras sejak awal tahun, sebaliknya menetapkan kadar fitrah berpandukan, memfokus kepada harga beras dalam tempoh dua-tiga bulan yang terdekat sahaja.

Sehubungan, amati bahawa harga beras dunia hanya mula melonjak, mula dispekulasikan, pada bulan April (satu fenomena jangka pendek) tetapi kini spekulasi itu telah pun reda.

Diberi keadaan itu, tiada salahnya jika harga purata beras untuk satu tempoh kebelakang, katakan, satu tahun sejak bulan Ramadhan tahun lepas diguna sebagai harga tanda aras menetapkan kadar fitrah.

Sekaligus dengan itu jika pegawai-pegawai ugama kita mempunyai hanya sedikit keprihatinan, mereka tentu saja boleh menentukan jenis dan harga beras yang menjadi makanan ruji bagi 75% umat Islam. Maka tidaklah mereka jadikan jenis dan mutu beras yang mereka konsumpsi hasil mereka makan gaji welfare sebagai pegawai kerajaan itu benchmark untuk marhaen lain. Amati tidak ramai orang mampu makan beras Jasmin, beras wangi, beras Siam cap Arnab Mas dan seumpamanya.

Ketiga, lapuran akhbar membayangkan wujud semacam satu “kegembiraan” di kalangan pegawai-pegawai ugama negeri akan prospek jabatan mereka mengutip hasil fitrah yang berlipat ganda tahun ini – purata lonjakkan 52% untuk seluruh negara. (Macamlah selama ini rekod mereka menguruskan wang zakat fitrah itu tersangat efisyen dan berkesan.) seterusnya..

sumber diambil dari blog Rudin X

Read more...

Dear Para Ekstreamis -- kongsi citer

I wonder ler naper Malaysia ni ramai sangat yang ekstream tentang bangsa asal mereka, tak kira la apa bangsa...here i want to share my story;

saya berasal dari sebuah pekan kecil dan jiran saya ialah keluarga melayu, saya takde rakan sebaya yang lain kecuali anak-anak jiran saya...dan mereka juga tak banyak kawan berbangsa melayu ,so he and his siblings were my best best friends ever that i think i will never found again in future...

hari hari kami bersama, main, makan, main beskal, mancing, senang citer apa saja aktiviti pasti kita bersama kecuali masa pi sekolah kerana saya di sekolah jenis kebangsaan..namun bila balik skola jer kitaorg macam gam la, mesti bersama..petang petang selalu pegi kampung dia makan buah kat kebun dan jumpe wan die, jumpe jer wan dia mesti wan dia tanya "nenek atuk ko sihat ?" pasti wan buat kan teh untuk kitaorg minum sama...

bila masuk sek. Men. , kalau ada budak nak buli saya, memang saya tak penah risau sebab dia mesti sound budak2 kat sekolah (dia 2 tahun lebih tua drp saya), we are together since saya masih baby lagi....

so you see, life was so simple back then, we never think what we were thru was so call "perpaduan" now, how sad.. time tu kita pikir kan kitaorg dah cam satu keluarga, our families siap pegi berkelah bersama...bila kakak dia nak pi belajar oversea mak saya siap bagi duit lagi, and kakak dia pun sering tepon kat umah saya dr u.s.a... you see, erti PERPADUAN langsung tak pernah kami pikir kan , it is so natural when felt related to one and each othe...

so bila jer orag cakap pasal perpaduan, i always ask them (also to EKSTREAMIS) ---"dalam handphone korang ada berapa nama kontek orang Melayu (soalan kpd ekstreamis chinese) dan kepada ekstreamis Malay lak ,ada berapa kontek org cina dalam handphone korang ? "if your answer is zero or less then 5, anda memangg tak berhak/layak untuk berbincang soal PERPADUAN, because i know u are not a true Malaysian tapi kalau takat ada nama tapi tak penah call pun tak guna gaks !

dari Mymalaysian

Read more...

Duit Raya


Hanya syukur kepada Tuhan mampu saya katakan apabila menerima kemenangan ini. Secara jujur saya tidak mengharapkan terlalu tinggi sehingga mencapai kemenangan ini.

"Apa yang saya lakukan sebelum ini hanyalah sekadar untuk kepuasan diri. Semuanya berlaku secara kebetulan. Dari awal lagi sebelum menghadiri sesi uji bakat saya hendak membayar pinjaman kereta dan secara kebetulan sesi uji bakat itu diadakan dekat dengan bank dan saya pun pergilah.

"Bermula dari situlah saya merasakan yang saya sebenarnya mempunyai bakat yang tidak dimiliki oleh semua orang yang senasib dengan saya," katanya.

Menceburi bidang baru dalam hidupnya adalah sesuatu yang janggal dirasainya, namun berkat sokongan dan doa isteri tercinta, Azhan berjaya menolak kekurangan yang dirasai pada dirinya.

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Lorem Ipsum

E-mail kan kepada..... sheikh@mytownkajang.com

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP