Sendiri Mau Ingat La...

Aku tak tau cerita nie benar atau bohong... tapi kisah nie mengingatkan aku pada seseorang... Al-Faatihah !

Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah. "Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar. Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.
"Baik,kalau tak mengaku,dua-dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil! "Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah.

Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut,"Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?" Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik.Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cubakami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk. Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar. Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata, "Jangan menangis kak, semuanya dah berlalu! "Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.

Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti. Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!"
"Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak.
"Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?" Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu. "Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!" Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak, kemudian wajah adik dalam-dalam.Panggg....sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis."Kenapa kamu ni?Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!"
"Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak. "Kakak perempuan...biarlah kakak yang berhenti."
Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat.....
"Kak...untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak." Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.

Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa:
"Adapemuda kampung tunggu kau kat luar!"
"Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?"
Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik
berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen.
"Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!"
Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni.
Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?"
Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh.
Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik. Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara,
"Akak tak peduli apa orang lain kata."
Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.
Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak." Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.
Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu. "Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik." "Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka."
Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.
"Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.
"Tak.., akak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak,
kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa.
Apalagi...aku menangis seperti selalu.

Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun.
Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.
"Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik.
"Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada."
"Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk. "Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cubamenyembunyikan kesedihannya.

Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada.
Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung,
juruacara majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?"
Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya...."
katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.
"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah. Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar." "Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila."

Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria. tersentuh rasa hati... hubungan kasih sayang atas nama pertalian saudara tak ternilai untuk di nilai !

Kecuali kat Negeri Sembilan sana ada Nilai 1 nilai 2 nilai 3 ada la lagi
nilai nilai yang lain selain bandar Nilai.


Read more...

Nikah Kerana Surat

Setiap kali ada sahabat yang ingin menikah, Aku selalu mengajukan pertanyaan yang sama. Kenapa kau memilih dia sebagai suami/isterimu? Jawabannya ada bermacam-macam. Bermula dengan jawaban kerana Allah hinggalah jawaban kepada duniawi.Tapi hanya ada satu jawaban yang sangat menyentuh di hati aku hingga saat ini. Jawaban dari salah seorang teman yang akan menikah hanya beberapa jam lagi... Proses menuju pernikahannya sungguh ajaib.

Mereka hanya berkenalan 2 bulan. Kemudian membuat keputusan menikah. mengapa begitu cepat ? Persiapan pernikahan mereka hanya dilakukan dalam waktu sebulan saja. Ada peristiwa hitam ker ? tidak tidak bukan begitu...Satu hal yang pasti, dia jenis wanita yang sangat berhati-hati dalam memilih calun suami.

Trauma dikhianati lelaki membuat dirinya sukar untuk membuka hati. Ketika dia memberitahu akan menikah, aku tidak menganggapnya serius. Mereka berdua baru saja kenal sebulan.Tapi aku berdoa, semoga ucapannya menjadi kenyataan. Aku tidak ingin melihatnya menangis lagi.
Aku nak tau,Kenapa dia begitu mudah menerima lelaki itu.Ada apakah gerangan?Tentu suatu hal yang istimewa. Hingga dia boleh memutuskan untuk bernikah secepat ini.

Akhirnya, ada jua waktu terluang hingga dapat juga kami berdua berbual, kami banyak berbual tentang masa lalu dan impian-impian kami. Wajah keriangannya nampak jelas dan akhirnya terlontar juga sebuah pertanyaan yang selama ini aku pendamkan.

"Kenapa kau memilih dia?" Dia tersenyum simpul lalu bangkit dari baringnya sambil dia membuka laci meja hiasnya. dia mengambil sesuatu di dalamnya, lalu menyerahkan sekeping envelop kepada aku. Envelop putih panjang dengan cop surat syarikat tempat calon suaminya bekerja. "Apa ni..? Aku melihatnya tanpa mengerti... dia malah ketawa geli hati. "Buka saja la..." Sebuah kertas aku tarik keluar. Kertas putih bersaiz A4, He he he......."Teruknya dia ni." Aku menggeleng-gelengkan kepala sambil menahan senyum. dia cuma ketawa melihat ekspresi aku.
Aku mula membacanya...
Aku membaca satu kalimat diatas, dibarisan paling atas.Dan sampai saat inipun saya masih hafal dengan kata-katanya. Begini isi surat itu,

Kepada...
Calon isteri saya,
calon ibu anak-anak saya,
calon menantu Ibu saya dan calon kakak buat adik-adik saya

Assalamu'alaikum Wr/Wb
Mohon maaf kalau anda tidak berkenan dgn kedatangan surat ini.
Tapi saya mohon bacalah surat ini hingga akhir. sebelum dibuang atau dibakar,
tapi saya mohon, bacalah dulu hingga selesai.

Saya, yang bernama....

menginginkan anda....
untuk menjadi isteri saya.
Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa. Buat masa ini saya masih mempunyai pekerjaan. Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja.Tapi yang pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan isteri dan anak-anakku kelak. Rumah pun masih menyewa. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya akan terus menyewa selamannya. Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan. Saya hanyalah manusia biasa,yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan.

Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya. Untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya.

Saya hanya manusia biasa. Cinta saya juga biasa saja.Oleh kerana itu. Saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan merawat cinta ini,
agar menjadi luar biasa. Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga menjadi suami dan ayah yang baik.

Kenapa saya memilih anda?

Sampai saat ini saya tidak tahu Kenapa saya memilih anda. Saya sudah sholat istiqarah berkali-kali, dan keputusanya saya semakin mantap memilih anda.Yang saya tahu, Saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah. Saya tidak berani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih baik dari sekarang ini.

Saya memohon anda sholat istiqarah dulu sebelum memberi jawaban pada saya. Saya beri masa minima 1 minggu, maksima 1 bulan. Semoga Allah ridho dengan jalan yang kita tempuh ini. Amin

Wassalam.

Aku memandang surat itu lama dan erkali-kali saya membacanya. Baru kali ini aku membaca surat 'lamaran' yang begitu indah. Sederhana, jujur dan realistik. Tanpa janji-janji yang melambung dan kata yang berbunga-bunga. Surat cinta biasa yang sungguh luar biasa
"..Kenapa aku memilih dia.?"
"Kerana dia manusia biasa..." Dia menjawab mantap.
Dia sedar bahawa dia manusia biasa.
Dia masih punya Allah yang mengatur hidupnya.
Yang aku tahu dia akan selalu berusaha tapi dia tidak menjanjikan apa-apa.
Soalnya dia tidak tahu, apa yang akan terjadi pada kami kemudian hari.
Entah Kenapa, justru itu memberikan kesenangan tersendiri buat aku."

"Maksudnya?" Dunia ini fana. Apa yang kita punya hari ini belum tentu besok masih ada. betul tak? Paling tidak Aku tau bahawa dia tidak akan frust kalau suatu masa nanti kami jadi miskin. Manusia perlu sedar dengan kemanusiannya. Sedar bahawa ada hal lain yang mengatur segala kehidupannya. Begitu juga dengan sebuah pernikahan. Suratan jodoh sudah terpahat sejak ruh ditiupkan dalam rahim. Tidak ada seorang pun yang tahu bagaimana dan berapa lama pernikahannya kelak.

proses menuju pernikahan bukanlah sebagai beban, tetapi sebuah 'proses usaha' Betapa indah bila proses menuju pernikahan mengabaikan harta, tahta dan 'nama'. Status diri yang selama ini melekat dan dibanggakan 'aku anak orang ini/itu' ditanggalkan. Pada ketika segala yang melekat pada diri bukanlah dijadikan pertimbangan yang utama. Pernikahan hanya dilandasi kerana Allah semata. Diniatkan untuk ibadah. Menyerahkan segalanya pada Allah yang membuat semua menjadi indah. Hanya Allah yang mampu menggerakkan hati setiap HambaNYA. Hanya Allah yang mampu memudahkan segala urusan manusia.

Kita hanya boleh memohon keridhoan Allah.
Meminta NYA mengurniakan barokah dalam sebuah kehidupan Hanya Allah jua yang mampu menjaga ketenangan jiwa dan kemantapan iman. Jadi.., bagaimana dengan cinta? Ibu aku pernah berkata, Cinta itu proses. dari tiada menjadi hadir, lalu tumbuh, dan kemudian merawatnya.

Panjang la lagi kisah dia nie saja aku malas nak paste...
korang pun bukan suker sangat nak baca
kisah kisah macam nie....kan ?

Read more...

Nak Baca Boleh, Tak Nak Baca Pun Boleh


Ini citer aku copypaste jea... dan aku pun tak baca abis lagi...!

Tidak berkelip mata lelaki itu melihat hingga dia rasa tidak senang.Rasanya penampilannya biasa-biasa sahaja.Baju kurung purple yang telah terperuk dalam almari hampir 2 tahun menjadi pilihannya pagi tadi.
Mama dan papa pun hairan dengan pilihannya kerana dia memang jarang berbaju kurung.Lebih senang dengan jeans dan polotnya.
“Kenapa kau tengok aku macam tu.Tak pernah tengok perempuan..?”
“You always look gorgeous in your baju kurung..”puji Damien dengan senyuman.
Dia hanya menggeleng.
Lelaki.Makhluk Tuhan yang sememangnya pandai berkata-kata dan bermulut manis.
“Come..I’m so hungry.”
Dia hanya mengekor Damien masuk kedalam Kenny Roger Roaster.Dari dulu Damien memang suka sangat makan dekat sini.
Jam dipergelangan tangan dikerling seketika,cuba menyembunyikan gelodak dalam hati.Sewaktu Damien menelefonnya pagi tadi dan ajak lunch bersama,cepat sahaja dia setuju.
Dan sekarang,dia rasa agak menyesal.Lebih-lebih lagi bila teringat perbualannya dengan Mellisa beberapa hari yang sudah.
“You’re not coming back to office kan..?”
“Why..?”
“Almost 2.By the time you sampai dekat office..dah dekat pukul 4.”
Dia diam.Pandai betul.
“Am I rite..?”
“Yes.I’m not going back to office..”
“That good.Boleh you spend more time with me..”
“Can I ask you..?”
“What is that..?”
“What have you done..?”
“Done what?”
“Kenapa putuskan pertunangan kau dengan Mell.?Apa salah dia.?”
“She come to you..?Aku dah patut mengagaknya..”selamba Damien menjawap.Tanpa ada sedikit pun perasaan bersalah.
“Kenapa buat macam ni..?”
“I can’t married her Shya because I don’t love her.”
“But you choose her before..”
“That is before aku realise yang aku buat keputusan yang salah.The one that I love is you and the one that I should marry is you..not her.”
“Kau dah gila agaknya....”bulat matanya memandang geram terhadap kata-kata Damien yang bersahaja.
Namun lelaki itu tetap selamba seperti selalunya.Dan kerana sikap itulah dia begitu sukar untuk mentafsir apa yang ada difikiran Damien.
“Come on Shya.I make mistake and I want to correct it back.Aku tak boleh berkahwin dengan Mell.Aku tak sanggup untuk terus berpura-pura dan mempermainkan perasaan dia.Dia harus tahu kedudukkan yang sebenar.Aku tak cintakan dia dan aku tak mungkin akan hidup bersama dia.Tak guna kalau aku teruskan juga..”
Allyshya diam.Hanya nafas dihela panjang.Damien direnung seketika.Lelaki itu mengangkat muka dan mereka berbalas pandang.Segaris senyum muncul dibibir namun dia tidak terasa hendak membalasnya.
“I know you miss me..”
Gila..
“And I also know that you love me..”
Dia ketap bibir.
“Kau memang cantik bila buat macam tu.”
Spontan dia menarik tangan Allyshya,cuba mengenggamnya.Namun pantas ditarik semula oleh gadis itu.
“Please Damien.Aku tunang orang.Dont you ever do that again.”bentaknya.
“Kenapa susah sangat nak mengakui perasaan kau Shya?Kenapa nak tipu diri sendiri.Kau terima Mukhreez bukan sebab kau cintakan dia.Tapi sebab nak menjaga hati dan perasaan orang lain.”
“Cinta boleh datang kemudian.Aku boleh belajar untuk menyintai Mukhreez..”
“Berapa lama masa kau nak ambil untuk kau belajar cintakan dia..?”
“Aku tak kisah berapa lama pun..”
“Dan biarkan hati kau menderita..?”Damien renung dalam anak matanya.Dia cepat-cepat larikan pandangan.
Ada getar dihatinya setiap kali memandang wajah Damien.Perasaan rindu dan sayang masih menebal namun untuk mengakuinya tidak sekali.Dia tidak mahu kecewakan harapan mama dan papa yang mahu dia berkahwin dengan Mukhreez.
Dia tidak mahu jadi anak derhaka.Dia harus padamkan semua perasaannya terhadap Damien.Dia harus lupakan lelaki itu.
“Shya..we love each other.Kenapa kita nak biarkan perasaan kita terluka kerana orang lain..”
“Kau mungkin sanggup melihat orang lain menderita..tapi tidak aku..”
“I admit..that I’m wrong.But I love you.Yes..dulu aku seakan gembira bila bersama Mell..but when we together..aku sedar yang tidak ada orang yang lebih menggembirakan ..membahagiakan aku selain kau.Bukan aku tak pernah untuk belajar menerima Mell..but I can’t.Sebab in my heart.. cuma ada kau.Trust me Shya,when somebody in your heart..it’s not easy to love anybody else..”
Dia letakkan garfu dan pisau kesisi pinggan yang masih bersisa.Seleranya mati.Dia angkat muka dan membalas pandangan Damien.
“Kau tak pernah faham..”dia bersuara perlahan.
“Then make me understand..”
“You had make your choice and so am I.For you..it might easy to hurt people feeling as what you had done to me before.You know I like you..but you turn to Mell.Dan bila you not happy with Mell..you turn back to me.Mukhreez hadir seakan tepat pada masanya.Hmmm..sweet nice guy.And he love me.It might takes few year untuk aku menerima Mukhreez..but I know..I’ll get over it.Belajarlah menerima kenyataan Damien.We are not meant for each other..”ujarnya perlahan.
“Shya..It is not wrong to be with people you love..even you have to break others people heart.I love you..and I don’t care what people say.As long I can be with you..”
“You’re too much Damien..”ujarnya kesal.
Kesal dengan penerimaan dan pendirian Damien dalam hal ini.
Memang tak salah berusaha dan berjuang untuk bersama orang yang kita cintai.Tapi untuk menyakiti hati orang lain…ahh..tidak.Aku tak sanggup melakukannya.
“Do you love me..?”soal Damien tiba-tiba membuatkan dia sedikit tidak keruan.Ruang dalam hati sememangnya terisi untuk lelaki itu.Sejak dulu lagi.
Namun kerana sikap Damien sendiri membuatkan dia mengosongkan semula ruang itu.Sungguhpun ada Muhkreez..namun lelaki itu belum berjaya menempatkan dirinya disitu.
Benar kata Damien.Dia memang hipokrit.Bibirnya berkata..begitu juga hatinya.Namun bibir dan hati membicarakan perkara yang berlainan.Bibir menyebut Mukhreez namun hatinya hanya ada Damien.
Ya ALLAH..what is happening to me.
“Shya..I’m asking you.Do you love me..?”
“Hmm..ya.But it was before you choose Mell..now..no more.”
“Don’t lie..”Damien senyum.Manis dengan lesung pipit dipipi kanan.Dia diam.Malas hendak membalas kata-kata Damien.Bimbang dia sendiri terjerat dengan jawapannya kelak.
Jam hampir menunjukkan ke angka 4,bila mereka meninggalkan Kenny Roger.Bila Damien beritahu mahu ke gents,dia ambil kesempatan berlegar di VINCCI.Melihat himpunan kasut yang baru tiba.
Cukup Shya..kasut kau dah penuh satu almari..
Alah..bukan aku nak beli…tengok-tengok aja..
Hatinya berperang sendiri.Dia senyum sambil mencapai kasut berwarna merah dengan tumit setinggi 3 inci.Hmm..cantik.New arrival.Patutlah tak nampak last week.


“Masih tak hilang lagi hobi tu ya..”satu suara menyapa dari belakang membuatkan kasut dipegangan hampir terlepas.
Dia pusing kebelakang. Seakan tak percaya dengan apa yang dilihat matanya.Benarkah itu dia.
“Hello..Masih dekat sini atau dah jalan jauh..?”
Dia senyum.Malu dengan dirinya sendiri.Yang diawang-awangan.
“Rezal..What are you doing here.?”
“Shoppinglah sayang.Sayang buat apa..”
Dia telan liur.Terasa terkejut bila mana Rezal masih memanggilnya sayang.
“I’m sorry.Rezal tak patut panggil Shya macam tu.I’m sorry,okay.”pantas Rezal meminta maaf bila tersedar keterlanjurannya.
“It’s okay.By the way..Rezal sorang ker..?”
Lelaki itu geleng.
“Where’s your wife..?”
Dalam pada bertanya muncul seorang perempuan,membimbit beberapa beg kertas dari berbagai jenama popular.Segera dia ukir senyum sekalipun perempuan itu kelihatan sedikit terkejut.
“Mimie..how are you.?”
“Mimie sihat.Kak Shya okay..”
Dia angguk.Masih dengan senyum palsu terhias dibibir.Ikutkan..dah lama airmatanya tumpah.Melihat bekas kekasih yang meninggalkannya tanpa berita..yang mana akhirnya dia dapat tahu bahawa bekas kekasihnya itu telah berkahwin dengan adik angkatnya sendiri.
How tragic..
“Mimie minta maaf kak..Mimie..”
“It’s okay.Benda yang dah lepas tak perlu kita nak ingat.Kak Shya dah lama lupakan semua tu.Sorry sebab lambat nak ucap selamat pengantin baru..”
“Mana ada baru lagi Shya.Dah basi dah..”Rezal berjenaka.Cuba menutup gelodak dihati.Tidak dinafikan hatinya terusik bila berjumpa kekasih lama.
Yang terpaksa ditinggalkan bila papa dan mama memaksanya berkahwin dengan Mimie.Mimie yang waktu itu telah mengandung 2 bulan.
Kerana tidak mahu papa dan mama malu,dia akhirnya akur.Selepas bernikah mereka terus menetap diLondon.Rancangannya bila Mimie sudah melahirkan baby itu mereka akan pulang semula ke Malaysia.Mungkin dalam tempoh 2 atau 3 tahun selepas itu.Tapi Mimie keguguran..dan atas desakan mama dan papa..mereka pulang ke Malaysia setelah hanya 6 bulan di kota London.
Dia ketawa kecil mendengar jenaka Rezal.Mimie senyum.Serba salah sebenarnya.
Dia sedar dalam hati Rezal hanya ada Allyshya.Walau Rezal tidak pernah melupakan tanggungjawap sebagai suami namun Rezal tidak pernah menyentuhnya walau sekali.
Mungkin Rezal jijik terhadap dirinya.Dan dia tidak salahkan Rezal dalam hal ini.Sememangnya dia yang bersalah kerana memisahkan kasih Rezal dan Allyshya.
“What so funny ni..”
My GOD..Damien.
“Damien..meet Rezal and his wife Mimie..”
Kedua lelaki itu bertukar salam dan senyum.Dia nampak seribu pertanyaan diwajah Rezal.Pastinya lelaki itu pelik dan hairan.Mukhreez,abangnya yang tua diamanahkan untuk menjaga dan membahagiakan Allyshya..dan setahunya Allyshya juga telah bertunang dengan Mukhreez tapi..what is this guy doing here with Allyshya.
“So…you are the man..”
Rezal angkat kening tanda tak faham.
“Guy yang broke her heart sampai she suffer tak ingat dunia..”selamba Damien bersuara dalam senyumnya.
Rezal terpana.Namun itulah hakikatnya.
“Don’t listen to him..He’s crazy..”cepat Allyshya menyampuk.
Bimbang Damien akan terus berkata yang bukan-bukan pantas dia meminta diri dan menarik Damien sama.
“Handsome juga Rezal tu ya..”
“Handsome bukan boleh kenyang..”
“No wonder you separuh mati when he broke your heart..”
“Apa-apa sajalah you ni..”balas Allyshya geram.

.

Read more...

Terlalu Memilih

Berbual, sambil minum kopi di sebuah cafe. Awalnya topik yang dibicarakan adalah soal2 nostalgia zaman sekolah dulu, namun pada akhirnya menyangkut kehidupan mereka sekarang ini. "Mengapa sampai sekarang kamu belum menikah?" ujar seorang kepada temannya yang sampai sekarang masih membujang.

Sejujurnya sampai sekarang ini saya masih terus mencari wanita yang sempurna. Itulah sebabnya saya masih membujang. Dulu waktu saya di Utara, saya berjumpa dengan wanita yang cantik yang amat bijaksana. Saya fikir inilah wanita ideal untuk saya dan sesuai menjadi isteri saya. Namun belakangan selepas itu pada masa berpacaran baru aku tahu dia sebenarnya amat sombong. Hubungan kami putus sampai disitu.

Di Ipoh saya ketemu seorang perempuan yang cantik jelita,ramah dan dermawan. Pada perjumpaan pertama aku begitu takjub dan seronok. Hatiku berdesir kencang, inilah wanita idealku. Namun selepas itu baru saya tahu, ia banyak tingkahlaku yg tak baik dan tidak bertanggung jawab.

Dan ketika aku di JB, aku bertemu wanita yang manis, baik, periang dan pintar. Dia sangat menyenangkan bila diajak berbicara, selalu menyambung perbualan kami dan penuh humor. Tapi akhirnya aku tahu dia dari keluarga yang berantakan yakni berpecah belah dan selalu menuntut sesuatu yang aku tidak mampu memenuhinya. Akhirnya kami berpisah. Saya terus mencari, namun selalu mendapatkan kekurangan dan kelemahan pada wanita yang saya temui.

Sampai pada suatu hari, saya bersua dengan wanita ideal yang saya dambakan selama ini. Ia begitu cantik, pintar, baik hati, dermawan dan penuh humor. Dia juga sangat menarik perhatian dan amat penyayang. Saya fikir inilah pendamping hidup saya yang dikirim oleh Tuhan untuk saya". "Lantas", sergah temannya yang dari tadi tekun mendengarkan "Apa yang terjadi? Mengapa kamu tidak terus mengambilnya sebagai isteri...? Yang ditanya diam sejenak dan akhirnya dengan suara perlahan si bujang itu menjawab, "Baru sekarang saya mengetahui bahawa ia juga sedang mencari lelaki yang sempurna".

Kesimpulan :
Sudah diketahui maksud daripada cerita itu....?
Jadi jangan menyia-nyiakan apa yang sudah ada di hadapan kita ,belum tentu nanti kita mendapatkan yang lebih baik dari yang sekarang kita dapat, Kalau kita mau mencari yang sempurna, check dulu diri kita sendiri, apakah sudah sempurna dihadapan orang lain...
Nobodys Perfect...!

Wallahualam.

Read more...

Bee End


MOVIE ini sedang di tayangkan di seluruh Malaysia
untuk jangka masa panjang
sekurang-kurangnya empat tahun lagi.
Mengisahkan sandiwara manusia semasa
dalam mencari erti
gemilang temberang dan kecundang
yang hampir memberi makna
kepada
BE END

Read more...

Mungkinkah Anak Kita



Kalau lihat muka tu macam orang melayu... cuma jika dilihat dari penampilan tak langsung

menunjukan walaupun cirit-cirit orang melayu kesian budak nie..., dia nampak berbangga... tapi dia tak tau ramai jugak yang menyampah...mungkin jugak ramai yang benci... yang suker pun tentu banyak jugak... tentunya geng-geng yang sewaktu dangannya jea la.

Ok ! tak pea... kita tinggal dulu... hal melayu atau bukan melayu, cuma jangan tengok lama-lama gambar kaldai tungangngan tu, nanti juling pulak bijik mata...

Soalnya sekarang apa yg boleh kita harapkan dari remaja seperti ini bagi membela negara bangsa apa lagi agama...? Boleh ker kita harapkan orang yang seperti ini memimpin negara di masa hadapan ? Apakah orang seperti ini memahami budaya bangsa dia sendiri ? dan Apakah orang seperti ini benar benar memahami kehendak agamanya selama ini...?

Marilah kita berdoa agar keturunan kita diberi pertunjuk oleh Allah kepada keberkatan, keturunan yang tidak lalai menyebut nama Allah dan tidak meninggalkan solat berpuasa dan
menghormati kedua ibu bapa dan guru gurunyaMaka berdoa la kita juga agar menjadi dan mendapat zuriat anak anak yang soleh dah solehah...yang berbakti pada agama ibubapa dan negaranya.

Jangan jadi penyamun...Tuhan tak suker !

Read more...

Jangan Kacau Orang

Kau orang jangan kacau kita orang... kalau kau orang kacau kita orang... kita orang makan orang...!

Read more...

Isi Tabung Anda

tabung yang penuh berisi biasanya tidak berbunyi bila digoncang tetapi tabung yang digoncang tidak berbunyi biasanya tabung kosong... macam tabung korang la...!

Read more...

TNB Arahkan Pakai Lilin

Sepasang pengantin yang baru berkahwin pada suatu malam si isteri memeluk leher suami dengan nada manja seraya berkata,"ayang, period i dah lewat sebulan, tapi i tak boleh nak pastikan lagi sebab kita kena gi check kat doktor."
Si suami yang teramat gembira tu pun berpakat dengan isterinya untuk tidak memberitahu sesiapa pun tentang perkhabaran gumbira ini sehingga ianya benar2 pasti.

Pada suatu hari, pasangan ini di datangi oleh pegawai dari TNB kerana terdapat tunggakkan dalam pembayaran bill elektrik rumah mereka. Pegawai TNB tu pun berkata "ini rumah En.Mahpus ker?" "iya, saya ni isterinya. ada apa encik" Pegawai TNB tu pun berkata, "Puan, ni dah sebulan lewat, saya dah tak boleh tunggu ni, nanti boss saya marah."

Dengan nada terkejut, si isteri itu pun membalas balik cakap pegawai TNB tu. "APA...? Macam mana pulak encik tahu yg saya ni sebulan lewat ? "Pegawai TNB tu pun dengan selamba menjawab "ala puan, ini kan zaman IT, semua tu ada dalam komputer dan kita boleh check Online"Kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si isteri tu lagi terkejut. APA...?! Saya lewat sebulan pun awak semua boleh tahuuu...?"

Pegawai TNB tu pun mententeramkan keadaan Relek puan, puan ni baru lewat sebulan, ada yg lagi teruk, lewat 5-6 bulan" Si isteri yg terperanjat beruk dengan kenyataan pegawai tu pun berkata,nanti saya bincang dengan suami saya.. lalu pegawai TNB tu pun beredar dari situ..

Keesokkan harinya, selepas si Mahpus ini di beritahu oleh isterinya, dia pun naik berang dan terus ambik cuti dan pergi ke kedai TNB yg berdekatan, Dengan tanpa menghiraukan pegawai-pegawai TNB yg ramai di situ, dia pun memekik seraya berkata Apa korang ni..? isteri saya sebulan lewat pun nak heboh2 ke dalam internet, awak ni semua yg berkeluarga tak pernah lewat sebulan ker? bisness apa korang buat nie ? nak kena saman...? hah !

Lalu pegawai yg datang kerumah si Mahphus ni mententeramkan keadaan."sabar encik sabar!
Encik tak perlu susah, untuk settle perkara nie encik bayar jea.. Kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si Mahpus menjadi berang. APA ? nak bayar korang? belaaa laaa.."
Lalu pegawai TNB tu pun berkata.. "kalau macam tu...
Kami terpaksa la potong encik punya... Potong...? biar betul.... abih bini aku nak nak pakai apa...? Pegawai TNB tu pun berkata...nampak gayanye...
ISTERI ENCIK KENA PAKAI LILIN LA...."

Read more...

Ciuman Suami... Betul ker ?



Suami yang suker cium dahi isteri -suami yang romantis dan bertanggungjawab... Cium pipi isteri -suami yang penyayang... cium mulut isteri -suami yang perlukan bantuan pernafasan barangkali kena penyakit sawan babi... cium tengkuk isteri -suami yang mata keranjang... cium telinga isteri -suami yang sensitive mungkin ada sikit sifat ceburu...

Cium leher isteri suami yang penyabar atau mungkin suami tu pendek, berdiri setakat leher isteri jea... cium buah dada isteri suami yang suka bermanja dan tak puas menyusu masa zaman kanak kanak...

Cium tangan isteri suami yang hipokrit, nak mintak duit la tu.. nak beli nomor ekor...
Cium ketiak isteri -suami yang gelojoh tetapi menerima isterinya seadanya... cium kemaluan isteri suami yang buas yang melampau tetapi pakar adingan panas... cium punggung isteri suami yang suka bergurau senda tapi tak kena gaya...

Cium kaki isteri suami yang terlalu menghormat isteri dan besar harapan akan jadi suami yang tunduk perintah isteri... Lelaki yang tidak suka cium mana-mana bahagian badan isteri... suami yang memtingkan diri atau mungkin jug dah hilang power tongkat alinya .

Suami yang suka cium seluruh bahagian badan isteri ialah suami yang baru balik dari outstation ! betul ker gitu ?

Read more...

Boleh Jalan La...

Still nak putarbelitkan keuntungan petronas and kos operasi... aku yg tak pandai ni pun boleh faham sikit sikit soalan PKR mana pegi wang royalti yg dibayar oleh petronas utk kerajaan yg seharusnya digunakan untuk tampung beban rakyat kesan lonjakan harga minyak? cuba pikir ape projek yg paklah buat skrg ? dulu masa net profit sikit pun ada jugak nampak hasil... Tapi sekarang projek banyak batal, pastu ambik lagi duit rakyat kononnya kerajaan dah tak mampu nak bagi subsidi... kerajaan langit Pyah Pin 100 kali lagi bagus buat replika gergasi bukannya mintak cukai dari penduduk pon,

Setiap benda ada faktanya,kita sokong atau bangkang bersandarkan fakta bukan sokong buta tuli atau taksub dgn pemimpin. Sebab sayang pemimpin angguk saja apa dia kata,atau melihat bedasarkan fakta? politicians will always be politicians, they might tell u the truth but might not be the whole truth...Orang yang baca tak pakai otak akan melongo saja baca paling-palingpun kata bijaknya pemimpin tu...org yg berpikir akan kaji lagik, Berapa harga gas yg dijual pd IPP ? Berapa yang TNB kena beli dari IP ? Apa kesan langsung pada harga elektrik pada pengguna?

Moralnya,jadilah sorang yg berilmu...jangan takat tau angguk saja..!

Read more...

Surat Dari N9

Kepado pak lah... PM paling sey sayang...

namo sey ni Hulk Hogan...pengundi bedaftar DUN CHOMBUNG,PARLIMEN ROMBAU...alaaaa tompek si KERY yg abah'eh JAMALUDIN tuuu...tak kona'? menantu PAK LAH tu laaaaa....suko bona' sey ngan dio tu...ghaso nk buek menantu lak...

sey nulih surat ni bukan apo...sajo yor nk ucap'an timo kasih kek pak lah sobab naik'an hargo minyak ari tu... lopeh ini bilo hargo minyak naik..hargo barang lain pun naik gak laaa...banggo boto' sey ghaso...mcm duduk kek LAS VEGAS lak...HIDUP PAK LAH!!!!!!! sey janji ngan pak lah yg sey akan ubah tebiat sey dari makan ikan kombung yg dah merah menyalo mato'eh & pocah bedorai porut ikan tu pado ikan koring yor...

sey sanggup bekoban untuk UMNO dan bn... anak sey yg 7 org tu yg dh buleh buek team futsal tu boleh la bekojo lopeh sekolah buek bantu mak ayah diorang ni haaa...kok tk bekojo pun buleh la,jadi mat rompit kek SENAWANG tu...dapek gak la duit sesikit...buleh gak la... menoruskan tradisi keluargo sey ni yg nyokong UMNO dan bn

ghaso2 sey ni nk ubahsuai bilik bilik yg ado kek ghumah sey...nk buek tompek bolo ikan & tanam sayur cagho hidroponik (apo binchek'eh ni???) sey tepakso tanam kek dalam bilik sobab sey tingga' kek umah flat... rebet yg pak lah bagi kek sey memang melampuh2 lobeh'eh dari keperluan sey... bilo sey congak2.. sey cumo guno 20 sen yor duit minyak moto sehari.. ado la untung 21 sen...bak kato si SAIDA AF6 "ok la tuuuu" sey tak pakai pon keto... sobab bilo minyak naik hargo.. sey kono jual datsun kotak mancis sey tu.. dapek gak la duit....tokih2 pun ado la hasil'eh..

team futsal sey tu, sey nak suruh eksesais hari2 berjalan kaki tak pun naik beska' poie sekolah... ado la 5 km...dokek yor tu... walaupon gaji sey ni rm 1000..sbona'eh terlobih cukup untuk keluargo sey... buek permulaan nk ngubah kehidupan sey.. sey tak akan guno'an gulo bilo buek kopi... tak akan guno'an topung untuk buek kodok sey nak ganti'an bogheh ngan ubi... tiap hari sey ngan keluargo akan berposo (kecuali pado hari hari yg dilarang beposo) sey akan buek minyak masak sendiri itu antaro caro sey ngubah caro hidup,ade banyak laie caro semuo kerano UMNO dan bn...

sey mintak bona' pak lah naik'an laie hargo minyak yg ado... bukan tu yorrr.. sey mintak bona' naik'an laie hargo tol sobab org sbolah rumah sey nih org pembangkang...dio slalu guno highway, biar padan muko dio...tu la...suko bona' nyokong pembangkang...PAKATAN RAKYAT konon...palo hayah dio tu...

Nanti pak lah buleh la melawat sey dan sedokah pado sey solai kain pelikat bilo dh nak dokek2 pilihanrayo nanti... insyaallah kain pelikat tu sey nk bubuh dlm frame dahtu gantung kek rumah... tapi jangan lupo lak.. pak lah sain otogeraf yor kek kain tu....

Jangan lupo pak lah.. naik'an laie hargo minyak... jgn la diturun'an gaji mentori2 tuuu..siannn diorang...kang apo lak anak bini'eh nk mentodarah....tak dapek pulak nak menyopping sakan kek obe sea tuh... sey totap nyokong pak lah... akhir kato biar pak lah sonang, janji kami papo kedano.. hidup UMNO, hidup bn..

sekian timo kasih...
Hulk Hogan.

ps/ sampai'an salam sey kek si KERY samo PATRICK BADAWI tu yor..tak lupo
gak tuan punyo syarikat SCOMI...sapo tah namo'eh...lupo lak...
pocah kaco, pocah golas, sudah baco, harap baleh...!

Read more...

Menjadi Lelaki Seperti Itu

MAMPUKAH KITA MENJADI LELAKI SEPERTI ITU ?
Based on True Story..

Dilihat dari usianya beliau sudah tidak muda lagi, usia yg sudah senja bahkan sudah mendekati malam,pak Suyatno 58 tahun kesehariannya diisi dengan merawat isterinya yang sakit isterinya juga sudah tua. mereka menikah sudah lebih 32 tahun

Mereka dikarunia 4 orang anak ....disinilah awal cubaan menerpa, setelah isterinya melahirkan anak ke empat... tiba² kakinya lumpuh dan tidak bole digerakkan & itu terjadi selama 2 tahun. Menginjak tahun ke tiga seluruh tubuhnya menjadi lemah bahkan terasa tidak bertulang lidahnyapun sudah tidak bisa digerakkan lagi.

Setiap hari pak suyatno memandikan, membersihkan kotoran, menyuapi, dan mengangkat isterinya keatas tempat tidur. Sebelum berangkat kerja dia letakkan isterinya didepan TV supaya isterinya tidak merasa kesepian.

Walau isterinya tidak dapat bicara tapi dia selalu melihat isterinya tersenyum, untunglah tempat usaha pak suyatno tidak begitu jauh dari rumahnya , sehingga siang hari dia pulang untuk menyuapi isterinya makan siang. sorenya dia pulang memandikan isterinya, mengganti pakaian ,
dan selepas maghrib dia temani isterinya nonton televisi sambil menceritakan apa saja yg dia alami seharian.

Walaupun isterinya hanya bisa memandang uma tidak bisa menanggapi, Pak Suyatno sudah cukup senang bahkan dia selalu menggoda istrinya setiap berangkat tidur. Rutin ini dilakukan Pak Suyatno lebih kurang 25 tahun,
Dengan sabar dia merawat isterinya bahkan sambil membesarkan ke empat buah hati mereka,
sekarang anak² mereka sudah dewasa tinggal si bungsu yg masih kuliah.
Pada suatu hari ke empat anak suyatno berkumpul dirumah orang tua mereka sambil menjenguk ibunya.( karena setelah anak mereka menikah sudah tinggal dengan keluarga masing² ) Dan pak suyatno memutuskan ibu mereka dia yg merawat, yang dia inginkan hanya satu semua anaknya berhasil.

Dengan kalimat yg cukup hati² anak yg sulung berkata Pak kami ingin sekali merawat ibu
Semenjak kami kecil melihat bapak merawat ibu & tidak ada sedikitpun keluhan keluar dari bibir bapak, bahkan bapak tidak ijinkan kami menjaga ibu",dengan air mata berlinang anak itu melanjutkan kata²nya .....

Sudah yg keempat kalinya kami mengijinkan bapak menikah lagi,kami rasa ibupun akan mengijinkannya, kapan bapak menikmati masa tua bapak dengan berkorban seperti ini ... kami sudah tidak tega melihat bapak... kami janji kami akan merawat ibu bergantian".

Pak Suyatno menjawab hal yg sama sekali tidak diduga anak² mereka.
Anak anaku ku...jikalau hidup didunia ini hanya untuk nafsu... Mungkin bapak akan menikah lagi... tapi ketahuilah dengan adanya ibu kalian disampingku... itu sudah lebih dari cukup, dia telah melahirkan kalian" sejenak kerongkongannya tercekat kalian yg selalu kurindukan hadir didunia ini dengan penuh cinta yg tidak satupun dapat menghargai dengan apapun.

Coba kalian tanya ibumu apakah dia menginginkan keadaanya seperti ini? Kalian menginginkan bapak bahagia .... Apakah bathin bapak bisa bahagia meninggalkan ibumu dengan keadaanya sekarang ?

Kalian menginginkan bapak yg masih diberi Allah kesehatan dirawat oleh orang lain? bagaimana dengan ibumu yg masih sakit ? Sejenak meledaklah tangis anak² pak Suyatno merekapun melihat butiran2 kecil jatuh dipelupuk mata ibu suyatno Dengan pilu ditatapnya mata suami yg sangat dicintainya itu

Sampailah akhirnya pak Suyatno diundang oleh salah satu stasiun TV swasta untuk menjadi tetamu dan merekapun mengajukan pertanyaan kepada Pak Suyatno . . . bagaimana bapak mampu bertahan selama 25 tahun merawat Isteri yg sudah tidak boleh berbuat apa apa lagi...

Disaat itulah meledak tangis beliau . . .
Dengan tamu yg hadir di studio kebanyakan kaum perempuan pun tidak sanggup menahan haru
Disitulah pak suyatno bercerita . . . Jika manusia di dunia ini mengagungkan sebuah cinta tapi dia tidak mencintai kerana Allah maka semuanya akan luntur . . . .

Saya memilih isteri saya menjadi pendamping hidup saya .... Sewaktu dia sihat dia pun dengan sabar merawat saya . . .Mencintai saya dengan hati dan batinnya bukan dengan harta . . . dan dia memberi saya 4 orang anak yg lucu² . .

Sekarang dia sakit berkorban untuk saya kerana Allah, Dan itu merupakan ujian bagi saya .
Sihat pun belum tentu saya mencari penggantinya,apalagi dia sedang sakit . . .Setiap malam saya bersujud dan menangis dan saya curhat kepada Allah di atas sejadah . .. . Dan saya yakin hanya kepada Allah saya percaya untuk mendengar rahsia saya . .

Read more...

Macam tu la Cerita...

Berdasarkan Surat Akuan Bersumpah blogger Raja Petra pada 18 Jun lalu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, mendakwa bahawa Rosmah Mansor berada di tempat kejadian sewaktu mendiang Altantuya dibunuh. Dalam kejadian malam pembunuhan itu tiga orang telah disyaki berada ditempat kejadian iaitu Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Timbalan Perdana Menteri, Pemangku Kolonel Aziz Buyong (kini Leftenan Kolonel) seoarang pakar C4 dan isteri Aziz iaitu Norhayati yang merupakan ADC bagi Datin Rosmah, kata Raja Petra dalam surat akuannya itu.

Menurut Raja Petra lagi bahawa ketiga-tiga mereka ini sehingga kini masih belum disabitkan dalam kes ini ataupun di panggil sebagai saksi lagi dan berharap pihak polis akan menjalankan siasatan atas dakwaannya itu. Lebih mengejutkan, Raja Pertra mendakwa menurut sumbernya bahawa Aziz telah menempatkan bahan letupan C4 itu di beberapa anggota badan Altantuya sambil disaksikan sendiri oleh Rosmah dan Norhayati.

Surat Akuan bersumpah ini turut disiarkan melalui laman web yang dikendalikan Raja Petra iaitu Malaysian Today dan beberapa blog yang lain.

Read more...

Siapa Concern Stock Market Merudum ?

Pagi tadi drop punyala banyak...Ada sape concern ? Rakyat M'sia masih dok stim dgn scandal... konspirasi wayang gambar najib vs anuar.. Sampai lupa...sedangkan economy negara ni semakin nak merundum... Ini terjadi mungkin lanjutan dari kes ketidak tentuan politik malaysia kebelakangan ni.

Pemimpin no 1 dan 2 malaysia tengah masalah. Pak Lah dijangka akan didesak turun nanti. Orang no 2 abang bijan tu dgn skandel atantoya & bini dia. Tetiba Anwar yg sebelum ni harapan pelabur luar utk stabilkan balikekonomi masa depan dituduh meliwat pulak. So sebagai langkah berjaga-jaga, pelabur luar + dalam, cabut la.dulu lagi orang dah cakap..apa yg kita lakukan sekarang akan ada kesannya pada masa akan datang.Sekarang dah pun terjadi, suka tak suka kena la hadapi...Yg aku angin..bukak surat khabar cite scandal tu ini...Bukak internet pun sama... macama tak kesah apa nak jadi kat kita sok... Ada kerja ke lagi ke esok... Ada cukup duit tak nak beli makanan...? Berapa kerat rakyat M'sia yg concern pasal stock market ? Tu la pasal...rakyat malaysia lebih suka stock geli2 daripada stock market...huh !

Kira berjaya sungguhlah agenda kerajaan gunakan main stream utk mengalihkan pandangan rakyat drpd hidup dok pikiaq susah sbb nilai ringgit yg menyusut kepada..gossip dan scandal yg lebih menarik...sedangkan semalam, sebab teknikal problem Bursa Msia rugi RM450,000. Aku dulu ada laa follow sikit sikit... so tadi aku gi jengok jengok BSKL, mak oi...banyaknya yg loss drpd gain...! mahu jahanam Malaysia lepas ni...orang orang Cina sendiri pun dah naik pening. sebab diorang nie yg banyak monopoli bab bab saham nie.

Ini lah jadi nyer bila pemimpin sayang politik lebih drpd sayang negara terima jer lah... dah memang rakyat suke diperlakukan mcm tu... peduli haper mereka pasal ekonomi, Satu hal lagi rakyat Malaysia pulak gemar pada slot hiburan, kebetulan pulak orang malaysia suka dengan cerita2 skandal...tambah2 lagi yg ade sex-sex sikit. Cuma malam jumaat jea baca yasin...tolak bala la konon !

Letak jawatan ganti dengan puak tu jugak hasilnya tetap sama... sana kasi kacau sini kasi kacau.. last last yg menderita pasti bukan Pak Lah, bukan Dato Najis... puak puak nie kayaraya, kita la yg akan jadi mangsa dan papa kedana... hantu hantu nie pandai berjanji jea... selagi boleh semua nak dibalun ! Ingat ini hanya permulaan.... banyak lagi bakal terjadi selepas ini silap aribulan bakal jatuh kaw2 lepas nie... harap2 takde la teruk sangat... sakit wooo...!

Nasib baik juga majority pelabor KLSE ialah orang Cina. Kalau bankrupt pun, maybe nisbah 9 orang Cina, seorang melayu.

dalam perkembangan lain
HARGA PETROL DI NEGARA BUKAN JIRAN
Iran Rm0.29 seliter , UAE Rm1.19 seliterVenezuela Rm0.16 seliter , Nigeria Rm0.32 seliter
Arab Saudi Rm0.38 seliter . Mesir Rm1.03 seliter Kuwait Rm0.67 seliter , Brunei Rm2.03 seliter
MALYSIA BOLEH RM2.70 seliter !

Read more...

SALAM !


Selamat Datang Ke Kajang
-bandar satay-

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Lorem Ipsum

E-mail kan kepada..... sheikh@mytownkajang.com

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP