Celah Kangkangnya Tertusuk
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang kelmarin, Mohd Zain serta beberapa rakan sedang membantu anak saudaranya menurunkan sebuah jentera pembajak dari atas sebuah lori di kawasan rumahnya. Pesawah itu berkata, sebelum kejadian, mereka menghidupkan enjin jentera pembajak bagi memudahkan ia dibawa turun dari lori berkenaan.
Bagaimanapun, katanya, sebelum sempat ia dikawal sepenuhnya, jentera berkenaan tiba-tiba menggelungsur dari atas lori menyebabkan mereka cemas. “Saya dan dua lagi rakan yang ketika itu berada berhampiran lori terus mengelak, namun kayu yang diletakkan pada bahagian tayar jentera itu tiba-tiba patah, sebelum terpelanting dan menusuk bahagian kemaluan saya.
“Pada ketika itu, saya menjerit kesakitan dan melihat seluar berlumuran darah lalu menyuruh mereka mencabut kayu yang tertusuk itu tapi mereka tak berani. “Saya percaya mereka tak mahu mengambil risiko berikutan bahagian yang tercedera itu terlalu sensitif,” katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, malam kelmarin.
Dia kemudian dikejarkan ke HSB kira-kira 30 kilometer dari tempat kejadian dengan kereta oleh beberapa rakannya. Katanya, ketika dalam perjalanan, dia terpaksa memegang kayu yang tertusuk sedalam kira-kira 10 sentimeter di bahagian kelangkangnya dan hanya mampu melihat darah mengalir tanpa henti sambil ditenangkan rakan.
“Perjalanan ke hospital dirasakan saat paling menyeksakan. Saya rasa perjalanan itu terlalu jauh dan hanya mampu berdoa supaya segera tiba di hospital,” katanya. Difahamkan, kayu berkenaan diletakkan pada bahagian tayar sebagai ‘laluan’ untuk memudahkan jentera itu diturunkan dari lori berkenaan. Mohd Zain yang dirawat sebagai pesakit luar terpaksa menerima 10 jahitan akibat luka di tempat sulitnya.
Katanya, dia akan menyimpan kayu itu untuk dijadikan bukti kenangan pahit yang dialaminya kerana menusuk kemaluannya.
WAAAAAA..... tertikam kat telo





2 Cucuk Satay Tak Habis Makan... Comment Sikit !:
pergh!!... kene telor plak tu... aduss... sakit woo... jentik pun da sikit...ekekeke...
Nak baca pun rasa ngilu..kalau kena tak tau nak cakap la..
Post a Comment