Saya Tak 'Caras' Dato' K ! - Rozita Che Wan

seorang peminat seni tanah air yang membuat pengakuan bahawa cerita Datuk K menghadiahkan sebuah kereta mewah BMW kepada Rozita Che Wan sempena hari lahir beliau tidak lama dahulu adalah benar belaka. Peminat ini bercerita bahawa sepupu kepada rakan beliau adalah bodyguard kepada Siti Nurhaliza. Bodyguard ini memberitahu yang Siti mengamuk sakan apabila mengetahui yang Datuk K menghadiahkan kereta buat Rozita Che Wan. Sejak kejadian itu, Datuk K sering mengekori Siti Nurhaliza ke mana sahaja sebagai tanda ambil hati. Itu yang keluar kenyataan masa saya 99% dihabiskan bersama Siti Nurhaliza kenyataan dari mulut Datuk K. -sumber dari bulan

dalam perkembangan lain


Saya Tak 'Caras' Dato' K ! - Rozita Che Wan
Rozita Che Wan antara aktres tercantik di Malaysia. Tidak hairanlah ramai VVIP dan orang kenamaan yang mahu mendekati dan 'menghimpit' ibu kepada dua orang cahaya mata ini.

Terbaru, Rozita dikatakan menerima sebuah kereta BMW dari Dato' K! Kononnya, Dato' K pernah menaruh hati kepada Rozita sehinggakan sanggup berbelanja besar bagi memberikan sesuatu yang istimewa kepada pelakon berasal dari Alor Setar, Kedah itu.

Rozita yang dihubungi hanya ketawa besar. Menurut Rozita semua itu cerita bohong yang sengaja diada-adakan oleh pihak tertentu. "Kalau saya nak caras suami orang, bukan Dato' K orangnya" akui Rozita berani.

Rozita yang menyifatkan tuduhan tidak berasas itu sebagai satu perkara biasa di kalangan artis, namun mengaku kereta BMW yang dimaksudkan itu adalah keretanya sendiri yang dibeli kira-kira dua tahun lalu. Jadi tidak timbul soal kereta itu diberi atau dihadiahkan oleh Dato' K" ujar Rozita Che Wan lagi. Rozita juga menafikan pernah bertemu dengan Dato' K sebelum ini.

"Saya tak pernah bertemu dengan Dato' K. Tak ada sebarang urusan antara kami. Dengan Dato' Siti pun saya hanya pernah berjumpa dua tiga kali. Saya harap Dato' Siti tidak akan risau dengan semua khabar angin tersebut. Memang saya bekas pramugari tetapi bukan saya pramugari yang dikaitkan dengan Dato' K itu" tegas Rozita.
-Oleh: Hanez Yussof

* Dato' K tak der yg mustahil dalam dunia dia... mungkin bagi dk'
BMW untuk lambang Betina Mata Wang

7 Cucuk Satay Tak Habis Makan... Comment Sikit !:

nurein 17 November 2008 at 12:40  

betul ke cerita ni... kesian dgn siti...

Myza Pesona 17 November 2008 at 14:40  

Betul atau tidak hanya mereka yang terlibar je tau! Just wait n see!

nasron 17 November 2008 at 19:21  

pakcik tak kesian dengan siti, pakcik kesian dengan rozita... :)

WhenImBored 17 November 2008 at 22:05  

wah abg mi dh boleh jadi wartawan melodi..hehe

Kamsiah 18 November 2008 at 05:44  

biasa la dunia artis...takde gosip tak panas dan meriah la..tp kalau betul,padan muka siti...dulu x wife dato k dok makan ati mcm tu la...

Sheikh 18 November 2008 at 07:02  

Dato K' jenis jantan yang tak boleh duk diam... very aktif adeeeer jea kerja dia nak buat...

untung betul si siti dapat laki yang pemurah, kepada dato K' syabas teruskan amalan bersedekh anda...

Ietams 20 November 2008 at 23:24  

amboi,fokus lebih kat rozita je nampak,peminat ker

Related Posts with Thumbnails

Lorem Ipsum

E-mail kan kepada..... sheikh@mytownkajang.com

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP