Sakit Betoi Ati Aku...!

Aku bukan cemburu dengan bengali nie, tapi aku bengang sangat lihat bangang bangang yang buta hati yang bagi anugerah tu... Apa..? aku nie tak layak ker terima anugerah Dato' ? tak heran la... Blog aku pun dapat anugerah tau taak ? Tapi tak pea... satu hari nanti insyaAllah aku dapat jugak Gelaran datok tu... ketika tu nanti budak budak panggil aku... " Tok tok.., lalu aku jawab... " Yea cu..."

Sambutan hebat untuk Shah Rukh Khan Oleh Amirullah Andi Nur
arullah@bharian.com.my

PELBAGAI persiapan dilakukan kerajaan negeri Melaka bagi menyambut kedatangan Shah Rukh Khan dan rombongannya. Bintang Bollywood ini hadir bersama rombongan besar untuk menerima anugerah keempat tertinggi kerajaan negeri Melaka

MELAKA, yang kini bergelar Bandaraya Warisan Dunia sudah bersedia untuk menyambut kunjungan bintang terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan @ Shahrukh Khan sempena majlis penganugerahan darjah kebesaran negeri yang membawa gelaran Datuk kepada beliau pada 29 November ini.

Kerajaan negeri sejak beberapa minggu lalu sudah melakukan pelbagai persiapan dan minggu ini, sebahagian besar daripada acara yang akan diadakan sepanjang dua hari tetamu istimewa itu berada di negeri kelahiran Hang Tuah itu, sudah pun dimuktamadkan.

Majlis penganugerahan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) iaitu anugerah keempat tertinggi kerajaan Melaka itu dijadual diadakan di kira-kira jam 10.30 pagi di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, 21 kilometer dari pusat Bandaraya Melaka Bersejarah dan bakal disempurnakan Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob.

Sepanjang dua hari berada di Melaka, Shah Rukh Khan bakal mempunyai atur cara padat. Mengikut risikan penulis, satu daripadanya adalah sesi bertemu peminat di Dataran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Jalan Ayer Keroh pada jam 6 petang.

Pelakon ini dijangka tiba di negara ini menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pagi 29 November. Beliau kemudian akan dibawa terus ke Melaka dengan menaiki sebuah kereta khas yang memakan masa perjalanan kira-kira sejam.

Shah Rukh Khan Sebagaimana lazimnya, kedatangan bintang Bollywood ini disertai rombongan besar dan difahamkan ia membabitkan dua bas besar. Selain pengawal peribadi dan tenaga kerja syarikat produksi miliknya, Dreamz Unlimited, beliau bakal disertai krew stesen televisyen India iaitu Zee TV. (selanjutnya carix la di suwat kaba berita Hairan )

4 Cucuk Satay Tak Habis Makan... Comment Sikit !:

PLBD DUNGUN 12 November 2008 at 21:40  

Itulah hakikatnya bila orang luar di agung agungkan dan rakyat sendiri buat tak nampak aje....Nak bagi Datok bagilah kat ahli ahli sukan negara, artis artis ke...Polis.askar,bomba, kakitan kesihatan dan banyak lagi. Bawak bersabar nanti kena stroke pulak.....he.he.he....!!!!

aliadijamina 12 November 2008 at 22:39  

salam perkenalan dari dijamina.blogspot.com,nak buat camna dah rezeki dia...bawak2 bersabar.

pink_butterfly 13 November 2008 at 19:16  

biarla dia dengan labu2nya...hik3...smoga dpt pangkat datok a.k.a atuk! =p

ras-adieza 13 November 2008 at 23:17  

kan dah dapat banyak award. nanti saya carikan satu award yang ada title 'dato'....saya mesti baginyer. Award tu jer lah title 'dato''.

Related Posts with Thumbnails

Lorem Ipsum

E-mail kan kepada..... sheikh@mytownkajang.com

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP