Pengebom Bali Ditembak Mati

Pengebom Malaysia bebas ketawa, ha ha he he ho ho...

Amrozi, Mukhlas dan Imam Samudra dikenakan hukuman mati kerana peranan mereka dalam letupan bom yang meragut 202 nyawa termasuk 88 warga Australia pada Oktober 2002 di Bali.
Hukuman mati itu akan dilakukan di dalam sebuah hutan di luar halaman penjara di Nusakambangan.

Tugas melaksanakan hukuman mati terhadap tiga lelaki yang mencetuskan kebencian rakyat Australia itu terletak pada bahu tiga skuad terdiri daripada 12 penembak yang dipilih secara rawak. Mereka dilengkapi raifal berkuasa tinggi jenis SS1 dan akan menggunakan peluru 5.5 milimeter bagi meningkatkan ketepatan tembakan menusuki jantung tiga pengebom Bali itu.

Menurut sebuah akhbar, anggota-anggota polis tentera Briged Bergerak Brigadier (Brimob)
yang ditugaskan melaksanakan hukuman itu telah menjalani latihan menembak. Mereka membidik dan menembak keratan figur berbentuk manusia yang mempunyai saiz sebenar dan sasaran-sasaran lain. Pada mulanya, anggota-anggota skuad itu menembak sasaran-sasaran pada jarak 100 meter sebelum bergerak lebih dekat pada jarak 75 meter dan akhirnya 50 meter. Skuad menembak itu diarahkan supaya menembak tepat pada sasaran.

Mereka berlatih pada posisi berbeza termasuk menembak semasa berdiri dan berlutut selain beberapa pergerakan taktikal. Jika pesalah-pesalah itu masih hidup selepas ditembak,komander skuad penembak itu akan menyempurnakan tugas dengan menembak kepala pengebom Bali menggunakan sepucuk pistol.

Beberapa sumber memberitahu, komander skuad itu memilih untuk mengambil anggota lelaki yang tidak memiliki anak bagi menganggotai pasukan tersebut. Menurut mereka, langkah itu adalah bagi mengurangkan tekanan mental bagi mereka yang berasa kurang selesa ketika terlibat dalam perbuatan mengambil nyawa manusia lain. Ketua Brimob di Jawa Tengah, Wahyudi Hidayat berkata, terdapat 11 divisyen Brimob Jawa Tengah di mana setiap satunya memiliki 170 anggota.

Menurutnya, mereka yang akan menganggotai tiga skuad penembak itu akan dipilih daripada 1,870 anggota Brimbob."Semua anggota Brimbob dilatih untuk menjadi skuad penembak.
"Kami tidak memiliki mana-mana pasukan khas bagi tujuan itu kerana setiap anggota perlu menjalani latihan untuk melakukannya," kata Wahyudi.

Daripada 12 penembak itu, senjata api milik tiga penembak akan dibekalkan dengan peluru hidup. Sembilan lagi senjata api yang lain pula diisi dengan kelongsong peluru. Para penembak itu juga tidak diberitahu sama ada senjata mereka mengandungi peluru hidup atau sebaliknya bagi mengurangkan risiko diserang tekanan mental atau berasa kesal. - Agensi



6 Cucuk Satay Tak Habis Makan... Comment Sikit !:

Tirana 2 November 2008 at 20:41  

Pengebom Malaysia tersenyum simpul...terlepas dari hukuman.. Jauh di sudut hati, rasa macam tak adil aje.. Rasa macam perbicaraan terhadap pengebom Malaysia tu tak dijalankan dengan adil...macam ada tangan-tangan yang campur dalam membuat keputusan.. tapi tak pe..terlepas di dunia..di akhirat belum tentu...

(¯`v´¯)♥nrina♥(¯`v´¯) 2 November 2008 at 20:46  

artikel ni lebih kepada penembak atau org yg nak ditembak? hehe...

apepun..diorg dah tau bila akan mati...tp mmg itupun yg diorg nak..mati dlm keadaan berjihad agaknyelah...tak taulah tindakan dia tu diterima Allah ataupun tidak sbb melibatkan org awam yg tak berdosa gak matikan...hmm..

Sheikh 2 November 2008 at 22:04  

dlm hal nie saya x berani nak keluarkan fatwa apalagi hukum... kita serahkan kepada Yang Maha Mengetahui membuat perhitungan di akhirat nanti, apa pun kita manusia perlu ada sedikit ilmu jika perlu banyak (ilmu)agar tidak jadi org yg hanya ikut ikutan...

Hukum dalam Agama Islam bagaimana ?
a)Gantung sampai mati
b)Tembak sampai mati
c)Kerusi eletrik
d)Suntik racun
e)Pancung
f)Geli ketiak sampai mati

Sheikh 2 November 2008 at 22:10  

Sheikh-Tirana, di Malaysia cerita mahkamah macam drama sinetron Bawang Putih Bawang Merah tau dah ending dia camana !

cuma penulis blog jea yg tak boleh terlepas... hehe

Kamsiah 3 November 2008 at 16:01  

apapun...saya tak sanggup...membacanya pun dah cukup 'mengerikan'...

kakLuna 4 November 2008 at 10:15  

depa kata 'All is not lost'
apa ke ntah maksud nya chek pun taktau..hihihi

Related Posts with Thumbnails

Lorem Ipsum

E-mail kan kepada..... sheikh@mytownkajang.com

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP