Inilah Chap Ayam Pengganti yang Telah Pergi...

Pemacu Kor Dua baik la sikit dari Bini Dua

Di sana ada yg dipanggil pembekal kuasa , Kotak Menara , Emak Papan , Aziz Satar, Pemain Cakrawala, Penghalang Cacing dan tah hapa hapa la lagi termasukla Pinggan Keras yang paling mahal siap ada 'Driver' lagik !

Sempena Bulan Shawal Yang Mulia Ini Aku nak mohon kemaafan Zohir&Batin kepada semua sohabat Bloggers yang selalu berkunjung di blog aku begitu juga blogs kawan2 yang sering aku kunjungi... Biasa la kan... susun atur bahasa aku yang kelam kabut mungkin ada perasaan yang tersinggung... jadi aku sekali lagi mintak mahap bebanyak...aku mintak hampun aku sayang kat korang,walaupun korang belum tentu sayang aku !

Apa perasaan korang setiap kali menyambut Hari Raya ? seronok ker? sedih ker? haper haper ker? Setiap kali raya aku tak pernah rasa sedih bahkan aku sentiasa bergembira walaupun tak segembira kanak kanak dapat angpau sana dapat angpau sini ataupun segembira golongan artis artis lonjak sana lonjak sini tongang tebalik, dlm TV la maksud aku... sampai juling bijik mata ngadap.

Kita sebenarnya digalakan bergembira menyambut raya semestinya dalam 'beringat ingat la' sesuai dgn ayat yang selalu dibaca imam imam dlm solat sunat e'dulfitri perasan tak ? sebab tu kena hati hati masa memandu , makan terlalau banyak hingga menjejas kesihatan, yang penting menjaga iman dan taqwa hasil dari ibadat puasa, silap aribulan sia sia amalan bulan ramadhan abis gitu jea... maklum la setan pun dah lepas siap join lagik...

Aku ingat lagi shawal tahun lepas aku kehilangan seliper jepun masa solat e'dulfitri nasib baik la rumah aku cuma kurang dari 50 langkah dari masjid, bila ingat balik kelakor jugak tapi ada baik nya... dapat jugak kongsi selipar raya aku pakai sebelum semayang raya, makhluk tu pakai selepas raya !
Tahun nie seperti yang korang tau la... sebuah PC dan sebijix laptop meninggalkan aku buat selama nya... dan seperti yang di janjikan inilah aku kembali dengan PC Cap Ayam aku, bulan depan aku cuba carix sebijix komputer riba pulak harap bila aku gi raya rumah korang isi la angpau lebih sikit !

Satu hal yang lain, aku masih boleh nak mengendap blog jika aku nak, cuma buat brutal sikit... tapi setakat nie aku cuba tak nak guna barang Bos untuk tujuan peribadi

nanti aku sambung..........

1 Cucuk Satay Tak Habis Makan... Comment Sikit !:

azlin hashim 18 October 2008 at 10:13  

perghh, sedap nyer tgk satay tue, aduh lapar perut.. mkn 5 cucuk kenyang tu, besar sgt.

Related Posts with Thumbnails

Lorem Ipsum

E-mail kan kepada..... sheikh@mytownkajang.com

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP