Kadar Fitrah 08 - bolehkah ia dipertikai ?

Kadar fitrah tahun ini akan membuat ramai ketua keluarga Islam dibanyak negeri terngadah. Di Sabah umpamanya, kadar fitrah untuk seorang ialah RM7.70.

Pada kadar ini, bagi sebuah keluarga dengan lima anak dalam tanggungan, campur suami dan isteri jadi tujuh kesemuanya, jumlah fitrah yang wajib dibayar ialah RM53.90.

Mungkin RM53.90 adalah satu jumlah yang termampu bagi seorang kakitangan kerajaan. Tetapi saya tidak fikir jumlah ini boleh diterima dengan senang hati oleh umat Islam dari kalangan perkerja kilang, petani, nelayan, peniaga kecil dan amnya mereka-mereka yang berkerja sendiri.

Bukan setakat di Sabah, bahkan sentimen ini akan dirasai di seluruh negara, terkecuali mungkin di Selangor.

Darihal kenaikkan mendadak kadar fitrah tahun ini, tiga perkara songsang perlu dihalusi dan ditengkeng.

Pertama, harga beras di Malaysia amnya rosak – atau dalam slanga ekonomi dipanggil “herot” -- tidak mencerminkan harga beras semasa dunia kerana UMNO telah menjadikan industri peruncitan beras negara satu kartel yang tidak sihat.

Di puncak kesongsangan ekonomi ini ialah lesen monopoli perdagangan beras yang diberikan kepada BERNAS, sebuah syarikat swasta yang diketahui umum milik dan dikawal oleh proksi-proksi Tun Daim Zainuddin.

Kedua, pembuat dasar di majlis-majlis ugama negeri nampaknya telah tidak mengambil kira harga beras sejak awal tahun, sebaliknya menetapkan kadar fitrah berpandukan, memfokus kepada harga beras dalam tempoh dua-tiga bulan yang terdekat sahaja.

Sehubungan, amati bahawa harga beras dunia hanya mula melonjak, mula dispekulasikan, pada bulan April (satu fenomena jangka pendek) tetapi kini spekulasi itu telah pun reda.

Diberi keadaan itu, tiada salahnya jika harga purata beras untuk satu tempoh kebelakang, katakan, satu tahun sejak bulan Ramadhan tahun lepas diguna sebagai harga tanda aras menetapkan kadar fitrah.

Sekaligus dengan itu jika pegawai-pegawai ugama kita mempunyai hanya sedikit keprihatinan, mereka tentu saja boleh menentukan jenis dan harga beras yang menjadi makanan ruji bagi 75% umat Islam. Maka tidaklah mereka jadikan jenis dan mutu beras yang mereka konsumpsi hasil mereka makan gaji welfare sebagai pegawai kerajaan itu benchmark untuk marhaen lain. Amati tidak ramai orang mampu makan beras Jasmin, beras wangi, beras Siam cap Arnab Mas dan seumpamanya.

Ketiga, lapuran akhbar membayangkan wujud semacam satu “kegembiraan” di kalangan pegawai-pegawai ugama negeri akan prospek jabatan mereka mengutip hasil fitrah yang berlipat ganda tahun ini – purata lonjakkan 52% untuk seluruh negara. (Macamlah selama ini rekod mereka menguruskan wang zakat fitrah itu tersangat efisyen dan berkesan.) seterusnya..

sumber diambil dari blog Rudin X

0 Cucuk Satay Tak Habis Makan... Comment Sikit !:

Related Posts with Thumbnails

Lorem Ipsum

E-mail kan kepada..... sheikh@mytownkajang.com

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP