Harga Minyak Turun Lagi !

minyak kelapa sawit la... bukan minyak petrol... !
Ketika ekonomi dan politik negara masih di dalam kegawatan, umat islam didatangi oleh bulan penuh berkat, Ramadhan al-Mubarak. Namun tidak ramai sedar bahawa bulan Ramadhan sebenarnya adalah bulan latihan dan juga bulan pembaharuan politik yang sangat bermakna kepada umat islam sepanjang sejarahnya.

Biasanya khalayak menyambut Ramadhan dengan zakat fitrah, puasa, terawih, qiyamullail, bersedekah, memberi makan dan lain-lain. Jika dahulu tazkirah yang begitu bermanfaat untuk yang beriman pernah diharamkan oleh kerajaan BN di bulan Ramadhan. Sebenarnya melalui sesi tazkirah inilah para ulama dapat menyampaikan seruan-seruan agama islam yang bersifat merahmati alam.

Pada bulan Ramadhan ini Allah telah mentakdirkan berlakunya beberapa peristiwa politik yang penting kepada umat islam. Allah mahu memberi kita pengajaran bahawa bulan Ramadhan bukan semata-mata bulan ibadat atau kita bersikap lemah kerana kelaparan, sebaliknya Allah mahukan kita jadikan ia sebagai perjuangan. Kita berjuang melawan hawa nafsu bagi membolehkan kita bertahan sehingga matahari jatuh di ufuk. Sedarkah kita bahwa di bulan Ramadhanlah Rasulullah dan para sahabatnya berhadapan dengan musuh-musuh dalam Perang Badar. Perang Badar ini merupakan satu batu pemisah di antara politik kotor dan jijik beralih kepada satu politik baru yang telus, adil dan berkebajikan berasaskan kepada wahyu Allah swt.

Islam tidak mengajar kita untuk berperang atau membunuh musuh, tetapi yang di ajar oleh islam ialah setiap umatnya wajib ber'jihad' untuk menegakkan kebenaran. Pemisahan antara kebenaran dan kebatilan ini menjadi isu utama dalam agenda Ramadhan.

Ketika kita berpuasa, ada dua perkara yang asalnya halal untuk kita tetapi diharamkan dari menikmatinya. Pertama, makanan, kita diharamkan memakannya di waktu siang hari biarpun tubuh lencun berusaha mendapatkan rezeki tersebut dengan cara yang halal. Yang kedua - bersetubuh dengan isteri. Mesej ini cukup jelas. Jika makanan yang halal pun kita sanggup tinggalkan kerana taat kepada Allah, maka bagaimana seorang yang beriman sanggup makan benda yang haram di sisi Allah.

Orang yang berpuasa tidak makan rasuah, tidak mengamalkan riba, tidak membenarkan lesen judi, tidak menyeleweng, tidak salah guna kuasa, tidak beri projek kepada anak beranak, tidak menggunakan duit rakyat untuk mengkayakan kroni.

Kita juga tahu dalam Perang Badar, ketua penjenayah, Bu Jahal telah dijatuhkan daripada tahta kerajaannya apabila dia dibunuh dengan hina oleh orang yang pernah dihinakannya dahulu. Kisahnya satu dekad sebelum Perang Badar, Abu Jahal telah menzalimi Abdullah Ibnu Mas'ud dengan mencederakannya kerana melaungkan 'reformasi' akidah. Di dalam Perang Badar inilah Abdullah Ibnu Mas'ud yang lemah ini telah diberi peluang oleh Allah untuk menjatuhkan seorang pemimpin yang zalim.

Dalam konteks politik negara kita hari ini, suasana kalut dan maca marba, wujud sekian lama. Ternyata pilihan mak bapak kita dahulu kurang tepat. Dan kita juga tidak menyalahkan mereka kerana membuat pilihan itu setelah menerima maklumat yang salah dari corong radio, tv dan di dada akhbar. Namun kini, sebagai generasi yang bertanggung jawab harus menolak semua kesilapan itu demi generasi akan datang.

Jika khalayak di negara ini menghayati Ramadhan, ia sudah cukup membuka peluang kepada kita bagi melakukan perubahan politik dalam bulan Ramadhan ini. 16hb. Sept. khalayak mengharapkan perubahan. Benar atau tidak, tolong jangan dipersoal ! Yang penting di sini rakyat harus bertekad untuk menamatkan kekuasaan politik oleh kerajaan yang zalim, menindas, menyeleweng, rasuah, mengutamakan kroni dan keluarga dan sebagainya.

Semangat dan roh Ramadhan ini harus ditanam 'kejab' dalam diri masing-masing bahawa rakyat selama ditindas dan dizalimi akan bangkit untuk menjatuhkan kezaliman dan melakukan perubahan poltik besar-besaran dalam masa yang terdekat ini tak sampai pun 7 hari lagi dari sekarang. Lawan tetap lawan !

3 Cucuk Satay Tak Habis Makan... Comment Sikit !:

Tirana 9 September 2008 at 16:02  

Semalam terdengar berita di radio kata harga baru petrol akan di tentukan oktober ini..nak turunkan sedikit sbb harga minyak mentah di pasaran antarabangsa turun..

Sheikh Azmie 9 September 2008 at 19:38  

harap2 benarla... dan kita bersyukur pada Allah bukan pada Bee End puak nie la yg banyak main Game...!

Related Posts with Thumbnails

Lorem Ipsum

E-mail kan kepada..... sheikh@mytownkajang.com

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP