Aku Cabar TB3 Bersumpah... Ada Berani ?

Pada awalnya Ana/saya tidak mahu memanjangkan isu sumpah laknat Si saifulbhalol. Tetapi Ana dapati rata-rata komen yang Ana baca tidak memberi gambaran yang tepat berkaitan dengan sumpah laknat yang telah dibuat. Rata-rata pembaca merujuk kepada laporan akhbar tetapi tidak melihat sendiri rakaman peristiwa tersebut. Ana melihat rakaman awal yang disiarkan oleh Berita TV3 jam 7.30 am dan Ana dapati rakaman ini belum banyak diedit. ANA MENCABAR TV3 SUPAYA MENYIARKAN SEPENUHNYA PERISTIWA TERSEBUT TANPA DIEDIT...

Mengapa Ana membuat cabaran ini? Kerana disitu saudaras saudari akan mendapat sesuatu petunjuk bagi mereka yang hendak berfikir. Sekurang-kurangnya ada dua(2) petunjuk besar yang ditakdirkan Allah

Pertama. Semasa Sisaifulbahalol melafaskan sumpah, dia TIDAK dapat menyebut kalimah WATALLAHI, tergagap-gagap sehingga dibetulkan oleh Imam yang duduk disisinya. Jika diikutkan, dia mesti mengulang semula ketiga-tiga kalimah tersebut dengan lancar tanpa tergagap-gagap.

Kedua. Dia bersumpah ba hawa dia telah diliwat pada 26hb.8... kemudian dia terdiam. Lepas itu di menyebut 26hb.6.2008. Apabila dia terhenti tanpa beristigfar dan menyebut pula suatu tarikh yang baru bermakna dia telah diliwat dua kali. Sekiranya beliau tersilap menyebut tarikh 26hb.8 dan ingin membetulkan apa yang dila faz kannya, maka beliau mesti beristigfar memohon keampunan dari Allah dan memulakan semula la faz sumpah tersebut. Betapa perlunya Sisaifulbahalol memohon keampunan dari Allah setelah melakukan kesilapan ini tidak boleh diambil mudah. Bala Allah pasti datang!

Ada beberapa petunjuk Allah yang memberi tahu kita sisaifulbahalol ini berbohong Contohnya semasa dia bersumpah? Adakah dia ada menyebut, "..... dengan nama Allah saya bersumpah dengan bersaksikan AlQuran bahawa saya ..." Adakah beliau berkata demikian? Tidak, tidak sekali-kali. Perkataan AlQuran tidak langsung terkeluar semasa beliau bersumpah... AlQuran itu kalamullah. Mesti dihormati. Mesti dijunjung. Ini tidak! Dipegang dengan tangan kiri!!

Kedua-dua peristiwa diatas berserta beberapa keadaan yang lain yang telah Ana nyatakan adalah petunjuk kepada kita ba hawa beliau seb ena rnya berbohong! Ana tak kesal sangat kalau dia berbohong kepada Ana sebagai seorang rak yat biasa yang turut mendengar pengakuannya. Tetapi dia berbohong kepada Allah tuhan semesta Alam. Laknat Allah pasti datang...!

"Ya Allah, jika engkau menurunkan bala kepada sesaorang atau sesuatu kaum, janganlah kiranya engkau libatkan kami ya Allah, kau lindungilah kami ya Allah yang berusaha mentaatimu. Kami tahu, bala dan laknatmu amat dahsyat . Lindungilah kami ya Allah.

Allahhuakbar!"

4 Cucuk Satay Tak Habis Makan... Comment Sikit !:

Akak 26 August 2008 at 13:24  

Salam...

Hanya Allah yg tahu segalanya!..

yOnnA 26 August 2008 at 23:11  

kalau betul saiful berbohong,
biar allah yang memberi azab,
dan sekiranya saiful tidak berbohong,
kita tgk apa seterusnya..

bukan senang nak buat sumpah laknat.
kita tidak berada di tempatnya.
dia dah bersumpah dengan nama Allah.

allah maha mengetahui =)

Sheikh Azmie 26 August 2008 at 23:55  

kita tunggu jea la....!



yang tak seronoknya bila azab Allah turun, insan lain pun akan menerima kesannya...!

.. faizuRa .. 1 September 2008 at 15:15  

sy setuju dgn 'akak' ->Hanya ALLAH yg tahu segalanya!!-amin...

Related Posts with Thumbnails

Lorem Ipsum

E-mail kan kepada..... sheikh@mytownkajang.com

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP