Nak Baca Boleh, Tak Nak Baca Pun Boleh


Ini citer aku copypaste jea... dan aku pun tak baca abis lagi...!

Tidak berkelip mata lelaki itu melihat hingga dia rasa tidak senang.Rasanya penampilannya biasa-biasa sahaja.Baju kurung purple yang telah terperuk dalam almari hampir 2 tahun menjadi pilihannya pagi tadi.
Mama dan papa pun hairan dengan pilihannya kerana dia memang jarang berbaju kurung.Lebih senang dengan jeans dan polotnya.
“Kenapa kau tengok aku macam tu.Tak pernah tengok perempuan..?”
“You always look gorgeous in your baju kurung..”puji Damien dengan senyuman.
Dia hanya menggeleng.
Lelaki.Makhluk Tuhan yang sememangnya pandai berkata-kata dan bermulut manis.
“Come..I’m so hungry.”
Dia hanya mengekor Damien masuk kedalam Kenny Roger Roaster.Dari dulu Damien memang suka sangat makan dekat sini.
Jam dipergelangan tangan dikerling seketika,cuba menyembunyikan gelodak dalam hati.Sewaktu Damien menelefonnya pagi tadi dan ajak lunch bersama,cepat sahaja dia setuju.
Dan sekarang,dia rasa agak menyesal.Lebih-lebih lagi bila teringat perbualannya dengan Mellisa beberapa hari yang sudah.
“You’re not coming back to office kan..?”
“Why..?”
“Almost 2.By the time you sampai dekat office..dah dekat pukul 4.”
Dia diam.Pandai betul.
“Am I rite..?”
“Yes.I’m not going back to office..”
“That good.Boleh you spend more time with me..”
“Can I ask you..?”
“What is that..?”
“What have you done..?”
“Done what?”
“Kenapa putuskan pertunangan kau dengan Mell.?Apa salah dia.?”
“She come to you..?Aku dah patut mengagaknya..”selamba Damien menjawap.Tanpa ada sedikit pun perasaan bersalah.
“Kenapa buat macam ni..?”
“I can’t married her Shya because I don’t love her.”
“But you choose her before..”
“That is before aku realise yang aku buat keputusan yang salah.The one that I love is you and the one that I should marry is you..not her.”
“Kau dah gila agaknya....”bulat matanya memandang geram terhadap kata-kata Damien yang bersahaja.
Namun lelaki itu tetap selamba seperti selalunya.Dan kerana sikap itulah dia begitu sukar untuk mentafsir apa yang ada difikiran Damien.
“Come on Shya.I make mistake and I want to correct it back.Aku tak boleh berkahwin dengan Mell.Aku tak sanggup untuk terus berpura-pura dan mempermainkan perasaan dia.Dia harus tahu kedudukkan yang sebenar.Aku tak cintakan dia dan aku tak mungkin akan hidup bersama dia.Tak guna kalau aku teruskan juga..”
Allyshya diam.Hanya nafas dihela panjang.Damien direnung seketika.Lelaki itu mengangkat muka dan mereka berbalas pandang.Segaris senyum muncul dibibir namun dia tidak terasa hendak membalasnya.
“I know you miss me..”
Gila..
“And I also know that you love me..”
Dia ketap bibir.
“Kau memang cantik bila buat macam tu.”
Spontan dia menarik tangan Allyshya,cuba mengenggamnya.Namun pantas ditarik semula oleh gadis itu.
“Please Damien.Aku tunang orang.Dont you ever do that again.”bentaknya.
“Kenapa susah sangat nak mengakui perasaan kau Shya?Kenapa nak tipu diri sendiri.Kau terima Mukhreez bukan sebab kau cintakan dia.Tapi sebab nak menjaga hati dan perasaan orang lain.”
“Cinta boleh datang kemudian.Aku boleh belajar untuk menyintai Mukhreez..”
“Berapa lama masa kau nak ambil untuk kau belajar cintakan dia..?”
“Aku tak kisah berapa lama pun..”
“Dan biarkan hati kau menderita..?”Damien renung dalam anak matanya.Dia cepat-cepat larikan pandangan.
Ada getar dihatinya setiap kali memandang wajah Damien.Perasaan rindu dan sayang masih menebal namun untuk mengakuinya tidak sekali.Dia tidak mahu kecewakan harapan mama dan papa yang mahu dia berkahwin dengan Mukhreez.
Dia tidak mahu jadi anak derhaka.Dia harus padamkan semua perasaannya terhadap Damien.Dia harus lupakan lelaki itu.
“Shya..we love each other.Kenapa kita nak biarkan perasaan kita terluka kerana orang lain..”
“Kau mungkin sanggup melihat orang lain menderita..tapi tidak aku..”
“I admit..that I’m wrong.But I love you.Yes..dulu aku seakan gembira bila bersama Mell..but when we together..aku sedar yang tidak ada orang yang lebih menggembirakan ..membahagiakan aku selain kau.Bukan aku tak pernah untuk belajar menerima Mell..but I can’t.Sebab in my heart.. cuma ada kau.Trust me Shya,when somebody in your heart..it’s not easy to love anybody else..”
Dia letakkan garfu dan pisau kesisi pinggan yang masih bersisa.Seleranya mati.Dia angkat muka dan membalas pandangan Damien.
“Kau tak pernah faham..”dia bersuara perlahan.
“Then make me understand..”
“You had make your choice and so am I.For you..it might easy to hurt people feeling as what you had done to me before.You know I like you..but you turn to Mell.Dan bila you not happy with Mell..you turn back to me.Mukhreez hadir seakan tepat pada masanya.Hmmm..sweet nice guy.And he love me.It might takes few year untuk aku menerima Mukhreez..but I know..I’ll get over it.Belajarlah menerima kenyataan Damien.We are not meant for each other..”ujarnya perlahan.
“Shya..It is not wrong to be with people you love..even you have to break others people heart.I love you..and I don’t care what people say.As long I can be with you..”
“You’re too much Damien..”ujarnya kesal.
Kesal dengan penerimaan dan pendirian Damien dalam hal ini.
Memang tak salah berusaha dan berjuang untuk bersama orang yang kita cintai.Tapi untuk menyakiti hati orang lain…ahh..tidak.Aku tak sanggup melakukannya.
“Do you love me..?”soal Damien tiba-tiba membuatkan dia sedikit tidak keruan.Ruang dalam hati sememangnya terisi untuk lelaki itu.Sejak dulu lagi.
Namun kerana sikap Damien sendiri membuatkan dia mengosongkan semula ruang itu.Sungguhpun ada Muhkreez..namun lelaki itu belum berjaya menempatkan dirinya disitu.
Benar kata Damien.Dia memang hipokrit.Bibirnya berkata..begitu juga hatinya.Namun bibir dan hati membicarakan perkara yang berlainan.Bibir menyebut Mukhreez namun hatinya hanya ada Damien.
Ya ALLAH..what is happening to me.
“Shya..I’m asking you.Do you love me..?”
“Hmm..ya.But it was before you choose Mell..now..no more.”
“Don’t lie..”Damien senyum.Manis dengan lesung pipit dipipi kanan.Dia diam.Malas hendak membalas kata-kata Damien.Bimbang dia sendiri terjerat dengan jawapannya kelak.
Jam hampir menunjukkan ke angka 4,bila mereka meninggalkan Kenny Roger.Bila Damien beritahu mahu ke gents,dia ambil kesempatan berlegar di VINCCI.Melihat himpunan kasut yang baru tiba.
Cukup Shya..kasut kau dah penuh satu almari..
Alah..bukan aku nak beli…tengok-tengok aja..
Hatinya berperang sendiri.Dia senyum sambil mencapai kasut berwarna merah dengan tumit setinggi 3 inci.Hmm..cantik.New arrival.Patutlah tak nampak last week.


“Masih tak hilang lagi hobi tu ya..”satu suara menyapa dari belakang membuatkan kasut dipegangan hampir terlepas.
Dia pusing kebelakang. Seakan tak percaya dengan apa yang dilihat matanya.Benarkah itu dia.
“Hello..Masih dekat sini atau dah jalan jauh..?”
Dia senyum.Malu dengan dirinya sendiri.Yang diawang-awangan.
“Rezal..What are you doing here.?”
“Shoppinglah sayang.Sayang buat apa..”
Dia telan liur.Terasa terkejut bila mana Rezal masih memanggilnya sayang.
“I’m sorry.Rezal tak patut panggil Shya macam tu.I’m sorry,okay.”pantas Rezal meminta maaf bila tersedar keterlanjurannya.
“It’s okay.By the way..Rezal sorang ker..?”
Lelaki itu geleng.
“Where’s your wife..?”
Dalam pada bertanya muncul seorang perempuan,membimbit beberapa beg kertas dari berbagai jenama popular.Segera dia ukir senyum sekalipun perempuan itu kelihatan sedikit terkejut.
“Mimie..how are you.?”
“Mimie sihat.Kak Shya okay..”
Dia angguk.Masih dengan senyum palsu terhias dibibir.Ikutkan..dah lama airmatanya tumpah.Melihat bekas kekasih yang meninggalkannya tanpa berita..yang mana akhirnya dia dapat tahu bahawa bekas kekasihnya itu telah berkahwin dengan adik angkatnya sendiri.
How tragic..
“Mimie minta maaf kak..Mimie..”
“It’s okay.Benda yang dah lepas tak perlu kita nak ingat.Kak Shya dah lama lupakan semua tu.Sorry sebab lambat nak ucap selamat pengantin baru..”
“Mana ada baru lagi Shya.Dah basi dah..”Rezal berjenaka.Cuba menutup gelodak dihati.Tidak dinafikan hatinya terusik bila berjumpa kekasih lama.
Yang terpaksa ditinggalkan bila papa dan mama memaksanya berkahwin dengan Mimie.Mimie yang waktu itu telah mengandung 2 bulan.
Kerana tidak mahu papa dan mama malu,dia akhirnya akur.Selepas bernikah mereka terus menetap diLondon.Rancangannya bila Mimie sudah melahirkan baby itu mereka akan pulang semula ke Malaysia.Mungkin dalam tempoh 2 atau 3 tahun selepas itu.Tapi Mimie keguguran..dan atas desakan mama dan papa..mereka pulang ke Malaysia setelah hanya 6 bulan di kota London.
Dia ketawa kecil mendengar jenaka Rezal.Mimie senyum.Serba salah sebenarnya.
Dia sedar dalam hati Rezal hanya ada Allyshya.Walau Rezal tidak pernah melupakan tanggungjawap sebagai suami namun Rezal tidak pernah menyentuhnya walau sekali.
Mungkin Rezal jijik terhadap dirinya.Dan dia tidak salahkan Rezal dalam hal ini.Sememangnya dia yang bersalah kerana memisahkan kasih Rezal dan Allyshya.
“What so funny ni..”
My GOD..Damien.
“Damien..meet Rezal and his wife Mimie..”
Kedua lelaki itu bertukar salam dan senyum.Dia nampak seribu pertanyaan diwajah Rezal.Pastinya lelaki itu pelik dan hairan.Mukhreez,abangnya yang tua diamanahkan untuk menjaga dan membahagiakan Allyshya..dan setahunya Allyshya juga telah bertunang dengan Mukhreez tapi..what is this guy doing here with Allyshya.
“So…you are the man..”
Rezal angkat kening tanda tak faham.
“Guy yang broke her heart sampai she suffer tak ingat dunia..”selamba Damien bersuara dalam senyumnya.
Rezal terpana.Namun itulah hakikatnya.
“Don’t listen to him..He’s crazy..”cepat Allyshya menyampuk.
Bimbang Damien akan terus berkata yang bukan-bukan pantas dia meminta diri dan menarik Damien sama.
“Handsome juga Rezal tu ya..”
“Handsome bukan boleh kenyang..”
“No wonder you separuh mati when he broke your heart..”
“Apa-apa sajalah you ni..”balas Allyshya geram.

.

2 Cucuk Satay Tak Habis Makan... Comment Sikit !:

Sheikh Azmie 29 July 2008 at 19:39  

Nak tau jugak apa ending cerita tu! Takkan abis macam tu aje!

lemangcute@chah 15 August 2008 at 12:15  

ehhh.. mana sambungan cerita niehh..

Related Posts with Thumbnails

Lorem Ipsum

E-mail kan kepada..... sheikh@mytownkajang.com

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP