Macam tu la Cerita...

Berdasarkan Surat Akuan Bersumpah blogger Raja Petra pada 18 Jun lalu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, mendakwa bahawa Rosmah Mansor berada di tempat kejadian sewaktu mendiang Altantuya dibunuh. Dalam kejadian malam pembunuhan itu tiga orang telah disyaki berada ditempat kejadian iaitu Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Timbalan Perdana Menteri, Pemangku Kolonel Aziz Buyong (kini Leftenan Kolonel) seoarang pakar C4 dan isteri Aziz iaitu Norhayati yang merupakan ADC bagi Datin Rosmah, kata Raja Petra dalam surat akuannya itu.

Menurut Raja Petra lagi bahawa ketiga-tiga mereka ini sehingga kini masih belum disabitkan dalam kes ini ataupun di panggil sebagai saksi lagi dan berharap pihak polis akan menjalankan siasatan atas dakwaannya itu. Lebih mengejutkan, Raja Pertra mendakwa menurut sumbernya bahawa Aziz telah menempatkan bahan letupan C4 itu di beberapa anggota badan Altantuya sambil disaksikan sendiri oleh Rosmah dan Norhayati.

Surat Akuan bersumpah ini turut disiarkan melalui laman web yang dikendalikan Raja Petra iaitu Malaysian Today dan beberapa blog yang lain.

1 Cucuk Satay Tak Habis Makan... Comment Sikit !:

Tirana 2 August 2008 at 11:40  

Macam tak percaya aje diorang sanggup buat perkara macam ni. Saya selalu tengok CSI dan criminal movie.. tapi tak pernah menyangka bahawa perkara2 seperti ini ada dalam reality...saya ingatkan dalam movie aje..

Related Posts with Thumbnails

Lorem Ipsum

E-mail kan kepada..... sheikh@mytownkajang.com

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP