Malaysia Negara Paling Sempoi

Kenapa banyak nama Mat Saleh? Mat Saleh penduduk majoriti Tanah Melayu ke? Orang Melayu semua pergi mana? Rupanya negara ini negara British !
Sebab itulah pejuang kemerdekaan adalah askar-askar British! Orang Melayu semua dipanggil komunis Kenapa ukiran wajah muka patung macam muka orang putih? Orang Melayu zaman dulu macam muka orang putih ker ?
United Malays No Otak kata, ini fakta sejarah, siapa tak percaya sejarah ini dia penyokong komunis... he he he Mari sama-sama kita doakan askar-askar kafir British ini semoga roh-roh mereka dicucuri laknat (kalau ada askar British yang beragama Islam doa ini terbatal) "Tanya kambeng, kambeng pun tau British tu penjajah bukan pejuang !"
dari milosuam
You help me I help you
Indon voters 200,000 already registered inside the voting system, now you must
give us Bumiputra status!
Indon benci kita sampai benderapun depa bakar..... Hari ini kita hadiah kemarahan depa dengan bagi kerayatan tetap, bukan sikit tau.... lebih 200,000 ! So... hari ini kita tau siapakah dia yang sebenarnya yang menghianati 1Malaysia Tanahairnya !
Read more...
Menipu Sepanjang Zaman

KITA TIDAK BANGGA – KITA KENA TIPU
Satu Lagi Rekod dunia yang Malaysia cipta tapi tidak di iktiraf oleh Guinness World Records Posted by Kedah La Nie Menggemparkan!!! Malaysia Miliki Rekod Dunia Paling Ramai Penduduk Tertua Di Dunia, Tapi Kenapa Kita Tak Pernah Tahu Pun???
Tetapi!! Tahukah anda Malaysia juga mempunyai ramai manusia yang masih hidup dan usianya melebihi 100 tahun? Di Perak sahaja terdapat 1538 orang pengundi yang berumur melebihi 100 tahun dan yang menakjubkan kesemua mereka masih hidup dan boleh mengundi..
Manusia tertua yang masih hidup dan boleh mengundi di Perak itu ialah seorang yang berbangsa Cina iaitu Wong Seng yang telah dilahirkan pada tahu 1879 dan kini berusia 132 tahun jauh lebih tua dari manusia tertua yang disenaraikan oleh Wikipedia.
Begitu juga dengan lapan lagi manusia yang panjang usianya juga mengatasi iaitu Nazmi Binti Harun 131 tahun, Ng Khoa 126 tahun, Kong Kew Kee 126 tahun, Ng Ah Kow 125 tahun, Wong Yee 124 tahun, Itam Latihah Bin Mohd Ali 123 tahun, Mohammad bin Haji Mohd Noor 123 tahun, Wong Pin 123 tahun dan Murugai A/P Ramamoorthai berusia 122 tahun iaitu sama dengan usia manusia
paling tua di dunia yang pernah direkodkan..
Korang tengoklah sendiri senarai 50 dari 1538 orang dibawah ni yang diambil dari Daftar Pemilih.. No_KP_Baru/ No KP Lama/ Nama/ Bangsa/ Tahun_Lahir/ Umur
790610740022 1448642 WONG SENG CINA 1879 132
800501030028 A0993271 NAZMI BINTI HARUN MELAYU 1880 131
850710740048 3498040 NG KHOA CINA 1885 126
850608740017 1453245 KONG KEW KEE CINA 1885 126
450826085273 0592818 NG AH KOW CINA 1886 125
870608740058 1392190 WONG YEE CINA 1887 124
881101080023 0336299 ITAM LATIH 1888 123
881112610069 2106517 MOHAMAD MELAYU 1888 123
881003740059 0439199 WONG PIN CINA 1888 123
890624713118 2110938 MURUGAI A/P RAMAMOORTHAI INDIA 1889 122
901102740113 0363429 HOW TOH YOON CINA 1890 121
910103740048 0387294 MOK SOON HOONG CINA 1891 120
910812740032 0914383 AH SEE CINA 1891 120
921012750017 2112135 DOORASAMY S/O PARASAMY INDIA 1892 119
921108740075 0439792 LIANG KWAY CINA 1892 119
931218740147 0596852 LEE KOOI CHIEW CINA 1893 118
931108080037 0357301 HAJI ABDUL MUTALIB MELAYU 1893 118
931116080010 2587063 HAJI HALIJAH BINTI ENDUT MELAYU 1893 118
930920740089 3841080 WONG AH SIEW CINA 1893 118
930104750019 2779357 SUPPIAH S/O SUPPIAH INDIA 1893 118
941124740073 0617600 POON SUM CHOON CINA 1894 117
940601740064 1413720 CHONG CHUI CINA 1894 117
940503740167 1042990 LEONG YAK CINA 1894 117
941231080015 4063070 YOK GUNONG ORANG ASLI 1894 117
951129740055 0608134 LEE AH NGEE CINA 1895 116
950720710019 7599200 ASA SINGH INDIA 1895 116
960913740088 1850228 SADRI B ALAM MELAYU 1896 115
961024740074 2077418 LOH YAN TAN CINA 1896 115
961122740078 0588769 LOH TAI HOI CINA 1896 115
960408740255 7603072 YONG CHAN CINA 1896 115
971123740159 0392250 LAI CHOONG YOOK CINA 1897 114
970811080049 3514775 GOVINDASAMY INDIA 1897 114
971231743699 1066220 HEE PENG FOOI CINA 1897 114
980605740076 1413246 WONG SAM NOOI CINA 1898 113
981121080256 0585983 LEE YOKE KWAI CINA 1898 113
>980503740147 1042943 YON LOON CINA 1898 113
980531750019 1382853 A K RETHNAM CHETTEER INDIA 1898 113
980607750059 1449825 SINNATHAMBY S/O AVADAI INDIA 1898 113
981125740100 0623105 CHAN SOON CINA 1898 113
980410750573 7638932 K.SHAIK DAWOOD INDIA 1898 113
981017740031 0366169 NG AH TEE CINA 1898 113
991107740157 0326715 WONG SEN CHEANG CINA 1899 112
991203740069 2583162 TEOH KOK TONG CINA 1899 112
991202710052 0591839 LAU TEE CINA 1899 112
991231741990 8156595 NGAN SUAR @ NGAN OH SUAR CINA 1899 112
991120740020 0619180 THAM LEAN TAI CINA 1899 112
991126710148 0410514 LEE KWAI FONG CINA 1899 112
990615740079 1406250 YIP PENG CINA 1899 112
990509740083 1078174 CHANG KWONG CINA 1899 112
Yang peliknya tiada seorangpun dari mereka tersenarai dalam 100 manusia paling Tua di dunia.. kenapa agaknya.. mungkin SPR boleh jelaskan.
Amik dari Isham Tukar Tiube
Kita Memang Tiada Masa
Cemas tak kita dalam hal nie ? mesti la cemas... gila la kalau tak cemas sedangkan kita tak punya banyak masa lagi, buatnya ajal sampai... apa kita nak jawab nanti ? I tak ada masa la... agak agak boley tak jawab gitu nanti ? Tak apa la jika kita memang tak ada masa, nak buat macamana kan... ? Apa pun kita memang betul betul tak ada masa jika tak mampu nak klik video 10 minit di bawah nie just hanya nak tahu di mana kita berdiri di masa ini ?
Read more...
Makan Ubi Rebus Lagi Bagus

Daripada korang sembang pasal sumpah lahanat baik korang makan ubi rebus, nie ha... Sedap pun sedap lemak-lemak berkerim gitu...! boleh cicah dengan gula campor kelapa parut, ada jugak yang cicah dengan sambal belacan... masuk mulut kunyah hancur-hancur and terus telan pun sedap jugak, nikmat ooo... makanan orang tua kita dulu-dulu ! *macam la yang tulis entry nie muda sangat... he he.
Cakap pasal ubi rebus cicah gula nie kan.... teringat pulak aku yang harga gula dah naik 20sen, bengang betul aku... 20sen tu bagi aku tak la besar sangat, tapi... tak jugak kecik ! sebabnya aku nie jenis Tea Tarik Mania, kalau harga tea tarik naik, cepat la kempis poket aku... !
Biasanya kalau ada apa-apa kenaikan harga barang sure suratkhabar tulis Kenaikan Ini Masih Jauh lebih Murah Berbanding Harga di Negara Jiran... betul tak kata aku ? Ini Lagu Lama yang diberi Napas Baru.... menyampah betul aku...! bukan aku sorang jea... semua la yang jenis gaji kecik macam aku... kalau yang jenis perasaan neutral jea, mungkin la jenis puak-puak tue... puak yang tak faham masalah problem !
InsyaAllah sikit waktu lagi Ron95 naik lagi... ! itu jam ramai yang kata, kami sekeluarga dah tak reti makan ayam... kami memang tak makan lembu kambing sebab itu punca darah naik... kami jugak tak makan ikan siakap sebabnya gini... Siakap Sinohong Gelama Ikan Duri, dah terbiasa Membohong lama-lama Makan Diri ! So apa lagi... untuk pilihan yang akan datang tak payah lagi pilih Siakap Sinohong Gelama Ikan Duri... !
Rasanya aku nie dah terbabas nie... cadang tadi nak cerita pasal ubi rebus tetiba terkutuk orang pulak... mintak maaf je ala zohir dan batin ! Soon aku nak cerita pasal outdoor aktiviti la pulak lama dah aku tak cerita pasal mendaki gunung !
Ingatkan M'sia kekurangan ayam......
Malaysia eksport 12 juta ayam ke Oman
Nor Mohamed Yakcop menyaksikan pertukaran dokumen perjanjian pembekalan ayam di Putrajaya, semalam.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani kontrak antara syarikat Mutiara Bernas Sdn. Bhd. dan Global Food Solutions LLC dari Oman. Menerusi perjanjian itu, Mutiara Bernas akan membekalkan ayam kepada Global Food Solutions selama 10 tahun berdasarkan Standard Malaysia (MS) 2400:2010 (MS 2400) yang berasaskan prinsip Halalan-Toyyiban (HT).
Dalam pada itu, Nor Mohamed berkata, keadaan politik semasa di negara Asia Barat dan Afrika Utara yang masih belum menentu tidak akan memberi kesan kepada eksport Malaysia."Permintaan akan kekal stabil kerana manusia perlu makan dan harga daging di sana telah naik sehingga 400 peratus dan mereka perlu mencari sumber protein yang lain iaitu ayam," katanya.
Apa kata manusia-manusia di luar sana...
dengan bangganya kuarkan cite camni kat paper. rakyat satu negara mencemuh pon wat bodo jer. pastu naikkan harga kata stok ayam tarak
utk eksport, ayam m'sia sekor 10 hinggit...... utk pasaran tempatan sekilo7-8 hinggit, alasan bekalan kurang......
selalunya mmg cam ni lah...kalau harga barang tempatan naik.. kebiasaannya sebab kerajaan lebihkan ekspot...biar yg kat dalam negara ni kebuluran... yg penting duit masyukkkkk.....
ayam malaysia mahal sgt....smpai puluh2 ribu.....yg spm pon 10k....yg ada banyak2 degree lagi mahal... tu makan ayam import je la....murah skit.....kulit pon x berkerak.....lagi muluss...
lah... patutlah mahal sekarang... smua dah antar ke tmpat lain...CHEH
rakyat di last kan...
ayam penyek dari China berbondong bondong datang Malaysia . . . .
sampai VIP pon kantoi. . . .
lepas ni rega ayam dijangka melambung lagi sebab ada ura ura supplier ayam eskay nak kena dakwa.
kalau ada pun bekalan ayam...bila tanya kat tokey pasar tu...encik...datang pun mahal,
macam mana kami nak jual murah.
bila suruh plak boikot...ada plak kata...ko boleh la tak makan ayam...
anak aku tak makan ayam sehari boleh mati... anak dia tak makan ayam sehari boleh mati ?!
habis... terima jelah mahal macam mana pun... !
tapi yg peliknya..satu buket KFC sampai rm50 boleh plak bayar.
KITA DIPERBODOHKAN... ATAU KITA MEMANG TELAH SEDIA BODOH... ?
Banyak la komen komen lain yg malas aku nak paste kat sini ! Read more...
Video Hitam Putih
Rakyat tak nak lagi disajikan dengan cerita-cerita bodoh... faham tak ? Rakyat sekarang sedang menunggu bila kenaikan harga minyak akan berlaku... malam ini kah ? minggu depan kah ? atau bulan depan ? atau selewat-lewatnya selepas mengundi ? Rakyat lebih cemas menunggu berita ini dari cerita dan lakun layar dari pengarah yang munafik. Rakyat tak nak dengar siapa menang siapa kalah ! yang rakyat nak tau Bila Harga Minyak akan Naik ? sebab Rakyat nak buat bajet..... ! Paham tak nie apa aku cakap nie.... ?!
Ini video video nie apa cerita nie ? lawak tau... lawak ! kau tau tak lawak ? Sekarang mana ada orang nak tengok movie hitam putih... ? pelakun pulak jenis nyonya jual kangkong, sapa nak tengok... ? Eey, dengar sini... filem hitam putih nie cuma laku zaman P.Ramlee jea tau ! kalau P.Ramlee hidup lagi dia pun tak hingin nak buat pilem itam putih macam korang bikin tue ? Bodoh jenis apa korang nie ? Bodoh murakab ker....? bodoh jenis yang bersusun-susun.... ? hahaha gelak aku
Cerita helikopter terhempas dan menyebabkan pilotnya terkorban bukan satu hiburan pada rakyat sebaliknya rakyat nak tahu apa macam dua olang telejun tingkap... ? lagi ada ka nomo tiga punya...?
Tiba-tiba aku rindu Altantuya... mana pegi budak tue haa... ?
Tiada Kata Secantik Bahasa
RAWATAN TRADISIONAL
ini minyak gusuk metcam matcam buli baek :
lumpu
lukak
gatar-gatar gigitan han jing
ta patuk ular
parampuan habis baranak
kenna ratsun
mati putcuk
salain dari ini sakit buli hubungi=N= TL=016-8153 526 P- Kadil
kaciwa sakit malawan ubat... ada sabab niya !
TIADA KATA SECANTIK BAHASA ha ha ha..... ! Read more...
Kerajaan lulus kemasukan 45,000 pekerja asing
Kerajaan lulus kemasukan 45,000 pekerja asing 28.02.2011 cerita nie aku percaya... pecaya penuh punyer bukan half half.... handred pesen ! kalau cerita Datok T aku tak caya... handred pesen jugak ! Kalau Datok K tue harus la kut...Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam, berkata pengagihan semua pekerja asing itu kepada sektor terbabit dijangka selesai dalam tempoh sebulan. Beliau berkata, kerajaan meluluskan kemasukan pekerja asing itu selepas mendapati beberapa sektor menghadapi masalah kekurangan pekerja yang kritikal terutama di restoran dan kedai runcit. “Gabungan Dewan Perusahaan dan Perindustrian India Malaysia (MAICCI) memohon kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk membawa masuk 90,000 pekerja asing. (dan aku lebih percaya angka 90,000 tue berbanding 45,000 ) Ha ha ha...

tak hbs2 dr india aritu menteri ni juga cakap ramai India takda mykad... nanti puak2 yg msk ni akan mohon warganegara pula sekarang dah ada Indon , Amoi dari Tong San
Sikit hari lagi depa layak la mengundi !
Lamborghini Gallardo
Bagus jugak buat camnie... tapi lebih bagus kalau sedekahkan kat aku, boleh aku tukar masuk enjin kancil...
Read more...
Rindu Bertandang Lagi
RINDU bertandang lagi KEKASIH... hati ku merintih kerana Mu
kesepian mencengkam
lautan kenangan...
ajaibnya perasaan
Rindu membawa daku oh Kekasih
pada musim-musim bersama MU...
rasa kasih dan rindu
yang tertanam buat MU
di jambangan usiaku
korang nak caya boleh tak nak caya pun aku tak kisah !
Aku rasa sedih banget, rasa bersalah rasa bimbang macam-macam rasa... terkadang aku bertanya pada diri apakah Tuhan sudah tinggalkan aku atau... aku yang sudah meninggalkan Tuhan... Kepada Allah aku tidak mahu berputus dari rahmat Mu.. Maka ampunilah aku ampunilah kami berilah kami taufiq dan hidayah yang berterusan dalam kami menjalani kehidupan... Amin ya robbala'lamin
*pic di atas adalah pic Tok Guru Ustz Hj Latif yg dikenali sebagai Pak Teh.
*klik nikmat terbest to the lagu...
Read more...
Gunung Nuang
Mendaki Gunung Nuang
aku anggap sebagai tak kena jika aku tak try test...
Apa barang nama jea tinggal kat selangor tapi tak pernah layan Nuang, bukan jauh pun dari rumah ! Tak sampai 60km pun dari bilik tidor aku ha ha ha Puncak tertinggi di Selangor beb tak kan tak nak test power !
Biasanya aku mendaki dengan geng geng rock gunung Nyonya Pie Pie, John Harip, Nyonya Tun, Nyonya Hita, Non Patimah tapi aritu Si John Harip dengan Nyonya Hita gi Singapura si Nyonya Pie Pie domam tumbuh gigi Si Non Patimah pulak banyak kerja sekolah so aku shoot berdua denagn Nyonya Tun... berdesup sampai ker puncak !
Mendaki gunung nuang tak la semudah yang di sangka, boleh tahan jugak azabnya berbanding gunung gunung lain yang aku pernah mendaki azab itu rasanya perkara biasa jea bagi seorang pendaki, tapi bagi aku yang punya enjin power yang kurang dari 2000 cc nie panjang jugak la lidah dan terhangok-hangok nak menyampaikan ker puncak. Pendakian kali nie bukan la pendakian kali pertama tapi sebenarnya ini pendakian kali kertiga, maknanya tak banyak atau sikit tau jugak la keadaan lenggok trail gunung nuang macamana macamana !

Jalan lagi jalan lagi jalan lagi sampaila ker penghujung jalan tadiiiiii... lepas tu jalan sikit lagi dan lalu jugak dua atau tiga batang sungai haaa... tue kira nak mula sampai la tue yang namanya Kem Lolo. Sampai Lolo Base Camp pun dah azab ooo mendaki belum lagi, tak payah la aku tunjuk gambat air terjun, nanti korang mendaki tidak berendam jea yg lebih... hahaha
Trail dari Kem Lolo Ker Kem Pacat..(tapi tak ada pacat pun) ha ha ha, dari sini kira mula mendaki la... Walaupun trail nie pendakian dia tak mendongak sangat, tapi laluan pendakian dia agak panjang ini pun sakit jiwa jugak ! hahaha Dalam keadaan speed biasa mau jugak amik masa satu jam setengah.Kalau yang jenis pancit dua jam pasti rasanya. Trail ker Kem Pacat nie laluan dia banyak laluan bertanah merah kalau hujan walau sehari sebelumnya sure licin trail dia, Kalau hujan masa mendaki baik gostan... tak payah carix bala laa... nanti nyusahkan kawan jea ! tu tak kira lagi pokok pokok tumbang yang besar besar semua tu menguji mental oooo...Lepas Kem Pacat akan jumpa pulak Kem Pengasih apa orang putih panggey apa haa Pengasih Camp ? Loving Camp la tue agaknya hahaha ! Kem Penagsih nie bukan untuk romen romen buat maksiat tapi ia adalah tempat rehat-rehat terakhir sambil minum-minum, sebelum pendakian ker puncak ! Trail dari Kem Pacat ker Kem Pengasih memang betul-betul tak ada rasa kasih langsung... laluan dia agak curam dan berbatu batu ada ketika kena mendaki kecerunan sembilan puluh darjah. Walaupun lalauan tidak sepanjang Lolo-Pacat tapi di sebabkan laluan dia banyak menegak berbatu-batu dan licin maka azab dia makin bertambah-tambah nak sampai sini pun may be amik satu jam atau satu setengah jam bagi yang jenis pancit... !
Dari Kem Pengasih pulak biasanya orang amik masa empat puluh minit hingga satu jam untuk sampai ker puncak Gunung Nuang Trail dia ok la... tak mencabar lagi dah sonang jea lepas nie laluan dia ada sikit berlumut-lumut ada la macam ala ala Gunung Irau gitu... dari Kem Pengasih trail dia menurun menurun menurunnnnn... lepas tu menaik menaik menaikkkk... sampaila puncak Ha ha ha ! Puncak Gunung Nuang nie tak la besar sangat boleh la setakat nak buat sekolah tadika dengan 40 orang murid. Sebagai tanda pulak puncak Gunung Nuang nie di tanda bierut betul ker tidak aku heja nie ? jangan korang bunyikan sebagai burit dah la sia sia aku terajang nanti ! alaa yang macam kemah besi tue... tue haa macam dalam gambar tue !Ok la aku malas dah nak type panjang-panjang
nanti tidur aku pulak jadi pendek.
Kalau aku rajin nanti aku cerita pasal Bukit Broga pulak atau pun Gunung Tok Wan ! Read more...
Pine Tree Hill &Twin Peak di Fraser's Hill
Kami sampai di Fraser's Hill lebih kurang jam 6:50 pagi... dan pagi tue rezeki kami sangat bagus, kami disambut dengan hujan yang lebat jadi kami terus ke masjid tunaikan solat sementara menunggu hujan berhenti
Selesai buat tugasan di masjid kami bergerak menuju gerai... korang tau tak apa kitorang buat kat warung tue... ? makan pagi la... lagi mau tanya... ! Hujan masih turun kejap renyai kejap lebat, dalam hati kata... waduhh gawat dong kayak ginie... rencananya mau mendaki jam 8.30, tapi kok jam 9 pagi masih di sini.... gie mana nie sihh.. ! gue bisa mati konyol... sementara di sini sejuk bangat nihh.. !
Hujan dah mula berhenti... ada la pulak geng-geng dah mula kena penyakit Sawan Bergambar tapi aku tak kisah, lantak korang la nak posing kepala ke bawah ker, lutut atas dagu ker itu korang punya pasal... lagi pun aku tau bukan korang selalu sampai sini... kan ? kejap lagi ada azab menunggu... Hahahaa*** Geng-geng di sini maksud aku merujuk kepada... si Harip si Pie Pie si Hita si Timah si Tun tapi si Nyonya Tun tak ada aritu dia balik kampung, kecemasan... kucing dia beranak songsang katanya and si Haku... haku tu pulak maksudnya Aku la tue !
Budak nie merayau jea kerja dia... bukan tau sejuk, lari sana lari sini... panjat sana panjat sini... Timah nama dia atau dikenali sebagai Elizabeth Timah anak saper la nie... ?
Ini laluan yang terpaksa di lalui oleh pendaki-pendaki yang berhajat untuk menawan puncak Pine Tree Hill dan puncak Twin Peak , pada hari pendakian kami aritu laluan berkabus agak tebal juga maklum lah lepas ujan, macam aku ceritakan kat atas tadi la... tue pun nak kena ingatkan balik... memang melayu nie mudah lupa.... !
Alamakkkkk.... pokok la pulak tumbang.... inilah antara halangan yg kami kena tempoh semasa pendakian ker Pine tree Hill & Twin peak ! tapi hal-hal yang macam nie memang biasa la dihadapi oleh mana-mana pendaki walau di gunung-gunung lain, tak ada benda-benda camnie pun tak best jugak ! nak yang lebih power punya cabaran pun ada !
Nie haa budak tadi... yang aku kata asik merayau tak kira apa jua keadaan.... hahaha last-last dia yang sampai dulu kat puncak Twin Peak sebelum tue dia jugak sampai dulu kat puncak Pine Tree Hill . Kuat betul ko yea Timah.. !
Alhamdulillah sampai jugak kami kat puncak Pine Tree Hill & Twin Peak ! gambar di atas nie menunjukan keadaan di puncak Twin Peak la tue ! Keadaan sentiasa dalam keadaan berkabus sejak mula sampai hinggalah waktu kami bergerak meninggalkan puncak Twin Peak tue... jika keadaan baik tentu dapat lihat pemandangan sekitar gunung-lain dari puncak sana... InsyaAllah aku nak naik balik sini... ada sesiapa yang nak hikut aku... ?
Nanti aku sambung.... aku nak kuar jap ader hal... itu pun kalau aku rajin harap-harap jangan termalas la nanti !Memang Payah Bercakap Dengan Orang pekak
Aku gelak... memang aku gelak ! lain yang di tanya lain yang dijawab.
Orang kata bercerai dia kata..
Abu kenapa kau nak pergi sampai Gunung Jerai nie buat apaa ? hutan hutan...
Siti mintak saya nak jadi pelayan.. saya tak bagi...
Dia jawab..... Abu kau bukan tak tau abu... rumah aku nie jauh dari tepi laut kalau dekat senangggg....
senang apa bang... ?
Jadi nelayan.....
Orang cakap pelayan dia cakap nelayan... hahaha
Asal aku cakap semua tak kena semua salah salah salah....
Memang salah la bang.... lain di soal lain yang dijawab...
Astaghfirullahhaladzim... Siti tue ikut Ahmad Nawab ?
hahaha hahaha aku gelak lagi.... hahahaha
Gunung Datuk
Mendaki Gunung Datuk tidaklah sesukar mana seperti yang digambarkan... sebelum nie banyak jugak aku baca bloggers blog dari kalangan pendaki yang mengatakan yang Gunung Datuk nie sangat mencabar, tapi aku rasa pendapat nie tak berapa tepat la.... kalau terasa mencabar mungkin kerana baru nak mula mencuba-cuba jadi pendaki. Sekiranya ada asas-asas bersukan macam main bola ker jogging ker tak ada masalah la nak tawan puncak Gunung Datok nie. Kalau tak berlaku hujan semasa mendaki atau pun hujan sehari sebelum mendaki semuanya akan menjadi lebih mudah.
Trail Gunung Datuk nie memangla sentiasa menaik hampir tak ada laluan landai... kalau ada pun kurang dari 50m jea... Dari starting point tu ada sungai dan selepas menyeberang sungai tue pendakian dianggap bermula la tue... ! Pada pendakian sepuluh minit pertama trail banyak batu-batu may be sikit slow la, lagi pun badan belum panas lagi lepas pada tu boleh la mengorak langkah boleh la jika nak speed tapi ingat la kawan -kawan yang tinggal belakang... jangan la nak menang sendiri jea ! Trail nie dianggarkan sebagai dua jam untuk sampai ke puncak itu kira pada kelajuan biasa la... kalau ada yang kurang angin faham-faham sendiri la... kenapa tak isix dulu kat petronas ker kat shell ker... Ha ha ha lawak bodoh la pulak... ! Aku sendiri pun amik masa satu jam tiga puluh lima minit jea aritu. Mungkin jugak la power lebih sikit berbanding biasa !Ok la sampai sini dulu... nanti aku story-story pasal Gunung Nuang pulak tapi coming sohun la.... !
Gunung Irau Cameron Highlands Trail Lord Of The Rings
Mendaki Gunung Irau tidak la banyak mengunakan tenaga, cuma banyak menguji ketahanan mental jea la... Dari base camp atau starting point hingga ker puncak cuma mengambil masa lebih kurang 4 jam jea, jika korang bukan jenis sawan bergambar sure awal dari tu boleh sampai to Irau summit ! (pic atas menunjukan papan tanda Puncak Gunung Irau)
Inilah laluan yang terpaksa dilalui oleh pendaki-pendaki untuk sampai ker puncak... pemandangan memang menarix superb kata orang melayu... kebanyakan pokok-pokoknya di selaputi lumut... kata orang lumut-lumut tu dah ribu-ribu tahun yea ker tidak, aku tak pasti... tak sempat nak kaji lagi !klik gambar untuk besarkan !
Read more...
1Malaysian Islamic Fashion Festival
Korang fikir la habis-habis.... ada mata pandang, ada telinga dengar, ada mulut berkata-kata jangan ingat nak melantak jea tapi... jika ada hati jangan biarkan hati itu MATI !Hal gambar di atas terpulang la nak bangkang atau nak terima ?
tapi.... yang ini jangan berani nak bangkang iaitu Surah An-Nur ayat 31 kalau nak bangkang jugak, sila pindah dunia lain dan carix Tuhan lain jika ada... !
Why don't you rape me... ?
Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.
Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan bersaorangan.
Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.
Ketika dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.
Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.
Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.
Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain.
Dia pun bertanya perogol itu... “Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”.
Perogol tu jawab: “No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”
Wanita ini rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.
Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Wanita ini adalah antara wanita-wanita yang solehah menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.
"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..." [Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]
Sebuah kisah yang sangat sangat menarik pada pandangan ku... semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat... sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….
semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari
kejahatan syaitan yang di rejam…….
SHARE FROM MD REDZUAN
Inilah Al-Kisah Tentang Bunyi Hon
Kalau korang semua ingat hanya kuntuman bunga jer yang ada maksud tertentu disebaliknya, korang silap... ! Pernah tak masa driving, kadang-kadang kita dengar kereta yang berselisih atau kereta di belakang kita membunyikan hon?
Percaya atau tidak ?
OK now pahamkan ayat-ayat yang tertera di bawah hehehe... !
Tahukah anda bahawa setiap bunyi hon itu ada maksud tertentu disebaliknya. Saya bongkarkan maksud disebalik bunyi-bunyi hon tersebut untuk anda sekarang. Please take note yer !
2 x HON PENDEK - pemandu tu nak cakap “TERIMA KASIH” atau “JUMPA LAGI”
3 x HON PENDEK - pemandu tu suruh kenderaan depan tu... cepat sikit la WOOI (biasanya kat traffic light time dah hijau tak reti-reti nak jalan...)
2 x HON PANJANG - pemandu tu marah “HOI…! BODOH TAK DER OTAK KE”
4 X ATAU LEBIH HON PENDEK - PENDEK - pemandu tu nak bagi tau...

Warong DO RE MI
Lokasi warong nie area Sayong, Kuala Kangsar tapi x susah la nak carix tepi jalan jea !
SINGGAH SEBENTAR RASA SETAHUN sampai harinie aku duk sebut-sebut benda nie Korang singgah la gerai nie sebentar... sure rasa setahun !
Jangan Banyak Melantak di Hari Raya
Korang don'worry sebesarmana pun kalau korang ada silap dengan aku haku dah maap kan korang, kalau tak ada salah pun aku mahapkan jugak korang... aku jenis pemaap punya orang ! so... marilah kita bermaaf-maaf-fan !
Kalau korang ketagih sangat nak main mercun, main la sekehendak hati, main laaa... haku tak larang tapi kalau sampai putus nyawa itu bukan masalah aku ! hehehe dan pastinya aku tak sempat nak melawat sebab aku nak jalan-jalan rumah orang carix duit raya... ! hahahaa
Jangan banyak melantak di hari raya nie... dah la style bukak posa tak serupa nabi, masuk shawal pulak sumbat ketufat lomang rendang batang buruk sekehendak hati ! Ingat.. badan baru lepas servis...
Korang Mungkin Tak Sengaja...
Termakan nasi sepinggan pada hari pertama puasa.
Tapi mustahil tak sengaja jika..
Lepas habis tiga pinggan nasi baru teringatkan puasa.
Korang mungkin tak sengaja jika..
Terpegang tangan awek orang ketika berjalan di pasar malam.
Tapi mustahil tak sengaja jika..
Terpeluk pinggang awek tu sampai ke hujung pasar malam.
Korang mungkin tak sengaja jika..
Tertidur ketika sedang mengawal keselamatan premis selaku security
Tapi mustahil tak sengaja jika..
Siap bawak bantal dan tikar serta membaringkan badan ketika bekerja.
Korang mungkin tak sengaja jika..
Tersilap masuk rumah jiran sebelah kerana pintunya sama dan tak berkunci pula tu. Tapi mustahil tak sengaja jika..
Tersilap masuk dan kemudian tersilap bawa keluar barang-barang yang berharga.
Korang mungkin tak sengaja jika...
Terambil dan terpakai duit rakan serumah yang tertinggal di atas meja.
Tapi mustahil tak sengaja jika..
Duit rakan serumah itu korang terambil dari dalam dompetnya sewaktu dia tidur.
Korang mungkin tak sengaja jika...
Terlewat beberapa minit ke tempat kerja kerana jalanraya sesak.
Tapi mustahil tak sengaja jika...
Terlewat hingga beberapa jam dengan alasan jalan tren komuter jem.












